Sunday, 19 January 2014

Bermanis mulut (مجاملة) @ membodek?

Saya xberapa pandai bermanis mulut. Melainkan saya betul-betul maksudkan. Kalau sampai pada situasi saya terpaksa bermanis mulut, saya akan cuba memerah otak sedaya upaya memikirkan kebaikan & keelokan orang tu spy sy boleh memuji seikhlas hati. Kalau tidak, rasa seperti hipokrit, menipu orang dgn kebaikan yg dia xpernah lakukan. Pujian yg berlebih2an & tidak benar lebih banyak meruntuhkan peribadi daripada membina. 

Hadith: 
احثوا التراب في وجوه المداحين

Ertinya : Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji ( Abu Daud, no 4170 )

Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132 )


Hatta muji-memuji ketika bergurau pun sy susah nak buat. Saya menganggapnya serius walau pun sekadar bergurau. Terutama memuji orang yg suka sangat dipuji. Kalau salah puji, bongkak pulak jdnya kawan tu. Akhirnya kita jgk yg benci. Puji pun kn tengok situasi & tahap. Xboleh puji setiap masa. Dalam strategi pendidikan pun "enhancement @ تعزيز مادي او معنوي xboleh diberi selalu kpd pelajar. Hanya yg benar-benar berhak yg harus menerimanya. (Saya tidak mggunakan perkataan layak tetapi berhak, krn kanak-kanak yg lemah dlm pljrn turut berhak menerima enhancement sbgi salah satu cara meningkatkan motivasi mereka)

Ada setengah orang sangat pandai memuji, bila sembang-sembang terutama dalam mesej berbentuk teks (whatsapp,wechat,mesej FB dll), mujamalahnya & membodeknya menjadi-jadi. Kadang-kadang bosan pulak baca. Banyak sengih senguh dgn emotican meleret-leret, puji itu puji ini, pastu orang tu puji balik, masuk org lain puji pulak. Perbualan kosong. Yg pelik bila bertemu muka xbercakap mana, mcm xpernah kenal, pdhl dlm whatsapp mesra pulak. Itu bahaya komunikasi alam maya. Di dalam lain, di luar lain. Klu di dalam mesra spttnya di luar sama @ lebih mesra. Kalau remove kan diri dari group tu kang nnt org kata sombong pulak. Kalau nak bersosial dlm tu kn memuji2 dulu, barulah dpt ngam. Nmpk gaya kn silentkn butang notification. Saya xberapa suka leweh2 dlm bercakap.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis :-

عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ

Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )


Apa pun, elakkan budaya memuji terlampau & membodek. Elakkan menjadi pemuji yang dikeji. Sekiranya perlu memuji, renungi dulu hadith ini:

Ingatan Nabi s.a.w bagi orang yang ingin memuji adalah :-
إن كان أحدكم مادحًا أخاه لا محالة فليقُل: أحْسَب كذا وكذا إن كان يَرى أنه كذلك، وحَسِيبُه الله، ولا يُزكِّي عَلَى الله أحدًا

Ertinya :  Sekiranya ada dari kalangan kamu ingin tidak dapat untuk mengelak dari perlu memuji saudaranya, maka katakanlah : "Aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya..dan Allah akan mengiranya, dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah ( Riwayat Al-Bukhari, no 2519, 2/946)


Saya letakkan link di bawah ini tentang isu puji, membodek & mengampu yang dikupas oleh u.zaharuddin. Sangat menarik.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...