Tuesday, 7 January 2014

Perancangan untuk Lubna

Terus terang, satu-satunya perancangan yang saya tetapkan untuk Lubna adalah memasukkan dia ke sekolah rendah islam. Itu sahaja. Harapnya kalau dapat mulakan darjah 1 sewaktu umur 6 tahun seperti saya lagi baik.

Tengok ibu-ibu lain bersemangat mengajar anak-anak masing-masing dengan alif ba ta, abc, 1 2 3 sejak dari umur 6 bulan lagi. Saya? jangan ditanya. Memang tak buat langsung. Rasa macam lubna tu kecik je lagi untuk diajar itu ini. Campur dengan malas. haip.

Sekarang, saya hanya  mendedahkan lubna dengan lagu kanak-kanak arab di tv. Bermain dengan buku-buku dan alat tulis saya. Bermain dengan apa yang ada di sekeliling dia. Mendengar dan melihat. Sebabnya? Kerana saya terlalu sibuk menfokuskan diri dengan study. Saya rasa belum bersedia untuk mengajar lubna ilmu akademik. Tapi sekarang umur lubna dah nak masuk 1 tahun 2 bulan. Nampak gaya harus memulakan langkah mendidik lubna dengan lebih serius.

Berikut perancangan saya yang serius untuk bahasa Arab lubna:


  1. Mengajar nama barang-barang dalam bahasa Arab. Saya ada terbaca sekiranya ingin anak mahir lebih dari satu bahasa ibu dan ayah harus menggunakan dua bahasa yg berbeza untuk anak sejak dari umur setahun lagi. 
  2. Menyanyi lagu kanak-kanak arab dengan lubna dengan sebutan yang lebih jelas.
  3. Menggunakan bahasa-bahasa sapaan b.arab dan cara menjawabnya. Ada banyak sampai kadang-kadang saya pun keliru bila nak guna.
Itu jelah setakat ni yang saya mampu nak buat. Selebihnya biar lubna belajar melalui qudwah hasanah. Solat, tilawah quran, adab2 yang baik xperlu diajar dgn serius lagi. Secara automatik, kuasa serapan minda anak2 kecik akan ikut apa yg kita buat selalu depan mata dia. Jadi kena buat perkara yg baik-baik sj depan lubna. Sebab dia dah pandai mengulang apa yg kita buat.

"Syaatiroh enti!", "Syatuuroh!", kata saya setiap kali lubna berjaya membuat sesuatu yg membanggakan seperti membuang baju2 dari laci & menyimpannya semula (kemudian mencampakkannya kembali)...

(Bilik ummi ngn walid ni dh macam tongkang pecah sebab lubna syaatiroh (cerdik) sangat.

Perkembangan lubna setakat ni:

  • Pandai berjalan sendiri ketika umur 11 bulan 2 minggu. Terkejut kami suami isteri.
  • Umur 7 bulan dah stat makan makanan solid. Ummi malas nk kisar bubur utk lubna. kesian anak ummi.
  • Dah pandai respon perkataan لا, تعالي, هي,يلا..nak, nah, lubna cium ummi, cium walid memang dia datang bersusah payah untuk cium. comelnyee..hi2
  • Dah pandai ajuk ummi sebut 'abang'..pandai immitate 'kakak' (panggilan utk anak sedara khadeeja).
  • Papa, mama, dada berulang kali sebut. Baru-baru ni perkataan 'baby' tapi dengan 'bii..' je yang jelas. Itu pun ikut dalam lagu arab dalam tv. Kalau duk depan tv lagi bnyk bahasa alien yg keluar. Ummi sengih jelah kat dapur. 
  • Pandai mengejek orang & main agah2.
  • Suka ketawa terkekek2.
  • Suka terjun stunt atas tilam. Berderau arah ummi & walid.
  • Masuk bawah meja xleh keluar balik.
  • Suka keluarkan barang dari laci, beg, dompet ummi, almari kabinet, bawak lari pinggan ummi.
  • Suka punggah baju2 ummi dah lipat.
  • Suka letak baju atas baju dan bahu konon2 nk pakai sendiri kot. Letak stokin atas kaki.
  • Dah nak pandai pakai selipar sendiri.
  • Kalau nak bagi barang mesti bt suara nk nangis sampailah kita amik barang yg dia nak bagi. Ingatkan kenapa.
  • Kalau kita nak pakai stokin atau telekung, dia kan tolong amikkan stokin sebelah lagi bagi smentara kita pakai yg sebelah lagi. Kita tgh pakai ikat kain dia bagi telekung pulak. 
  • Kalau dapat laptop, abis keyboard dipicit2. Kalau dapat ipad kdg2 dibaling, dipijak, dipicit butang2 yang ada. 
  • Pandai berebut barang. Kalau dia nak kita tarik pun dia xkan lepas sambil mjerit2. Kalau dulu kita sebut 'nak' je dia bagi terus. comel sgt. sekarang jgn harap, kdg2 bagi pastu amik semula. siap menjerit2 lagi.
  • Tengah2 dia berjalan tiba2 dia merangkak. Tak taulah permainan apa dia tgh main.
  • Dah pandai tengok baby dalam gambar @ video. Sengih2 suka. 
  • Pandai ikut ummi dan walid solat. Angkat takbir, rukuk, sujud sampai meniarap. Sebut Allahuakbar terus angkat tangan sebut 'Awwah'. Kami solat dia duk tonggeng2 solat depan kita. Kadang2 sujud kat buntut dia. 
  • Bila ummi baca quran, dia pun konon2 ikut dgn bunyi2an bahasa alien.
Apa lagi yg lubna buat?ummi pun xberapa ingat. Yang ummi harap lubna membesar dengan normal dan sihat. Jadi hamba Allah yg solehah dan cerdik.

                     

    V.              


1 comment:

  1. Hahahahaha..skit prut akih gelak baca..mmbuak2 rndu kt lubna, dh bnyk dia pndai buat..part bwak lari pinggan tu yg pling best..kekeke

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...