Setelah beberapa hari tidak menulis rasa spt setahun ditinggalkan blog ini. Kui3. Kelas pun bermula minggu ini. Agak sibuk ke sana ke mari. Memohon dipinda mawied kelas dan sbgainya. Pengalaman demi pengalaman sy kutip di sini. Teringat selasa baru ni ofis Dr.Tahani ketua jbtn manahij wa tadris ketika memohon pindaan masa kelas beliau memarahi sy krn tidak alert dgn masa pindaan kelas tidak boleh sebelum jam tiga petang. Baru pertama kali bersua sudah dimarahin. Huwaa. Alhamdulillah mujur kelasnya semalam dia mesra, terlebih mesra pun iye. Arab mmg pelik. Moodnya berubah dan berbeza dari masa ke masa.
Esok kelas taqwimil manahij wa tadris pulak jam satu ptg. Dr.Ayasiroh juga baik orgnya. Satu2nya doktor yg sy perasan memulai kelas dgn ucapan yg mulia iaitu bismillah. Sejuk rasa hati bila melihat doktor yg mengamalkan islam dalam perbuatannya walau pun sekecil zarah. Satu perasaan lega dan manis. Qudwah hasanah utk para pelajar. Doktor menyebut bahasa Arab skrg semakin tidak diminati oleh penuturnya sendiri. Dalam dunia internet 95% bahan maklumat adlh dlm b.inggeris & hanya 5% dlm bahasa2 yg lain. Bayangkan bahasa Arab antara 5% bahasa yg ada sdgkn ia adalah bahasa agama dan umat Islam. Zaman sekarang org melihat mempelajari b.Inggeris bermakna kemajuan dan belajar b.Arab membawa kemunduran tambah doktor. Kali pertama mendengar pengakuan dari mulut orang Arab sendiri di sini.
Ok, makan tengahari hari ini. Sup ayam...
Malam tadi teringin makan bakar2 macam bbq. Ketung2 suami isteri di dapur maka terhasillah seni seperti di bawah...
Nasi impit tu masak macam biasa tapi lebihkan air, lenyek2 bila dah masak. Siap buh dalam bekasa kaca empat segi dan sejukkan dalam peti ais. Dua jam sudah cukuo utk dapat hasil nasi impit yg cantik dlm masa yg singkat. Ada sambal kelapa ikan juga suami buat utk dimakan dgn nasi impit. Oh sedap betul.
Lubna suka hati makan sate. Kesukaan lubna...
Ok tata.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك