Thursday, 19 February 2015

نزلت الثلوج مجددا!

Salji turun lagi hari ini. Tp di tobarbour tak selebat di tempat lain. Ramalnya malam ini ribut salji turun di beberapa manatiq mukhtalifah sehingga setinggi 5 meter. Kheir hrpnya inshaAllah. Yang pasti dgn suhu -2c sejuknya yang amat hingga ke tulang. Tak senang duduk, berdiri xkena, baring pun xkena. Sobah pun xcukup memanaskan bila dah suhu sejuk sebegini. Dalam kepala duk bayang camne lah org rusia boleh bertahan dgn suhu bawah -30c??

Adik pompuan sy nak bertunang dah esok. Sedihnya xdapat hadir. Isk3. Cakap pd suami nak abiskan cepat kelas dan tesis. Suami tanya kenapa? Sy jawab sbb banyak perkara di msia yg kita terlepas. Hahaha..gelak suami dan sy pun tergelak sekali. 

Ya memang betul. Banyak perkara kami terlepas sejak duduk di Jordan lebih kurang setahun empat bulan ni. Rasa sedih jugak. Mak cik kesayangan belah suami meninggal kami xde di sisi. Atok sy meninggal tanpa sempat sy bercakap dgn atok bertentang mata spt dulu. Atok meninggalkan kami tanpa sepatah bicara krn sudah nazak ketika sy sampai di msia tahun lepas. Ust kesayangan suami ust ABC pun meninggal saat kami berjuang hidup di sini begitu juga dgn kembalinya Tok guru Nik Aziz ke pangkuan Ilahi belum sempat menziarahi kuburnya. 

Banyak masa berharga bersama orang2 tersayang terlepas begitu shj. Sudah masanya mungkin sy x boleh terlalu pentingkan diri. Kalau sebelum ini sy berniat utk bersantai2 menyiapkan tesis tp skrg xboleh lagi. Mak abah makin tua. Selalu bimbang sekiranya tidak punya masa yg bnyk bersama mereka sekiranya sy lewat pulang ke msia. Sedih. Adik2 juga perlukan saya sekiranya sampai jodoh masing2 xkan sy masih nak bersantai2 di sini?? Sy akan kehilangan peluang paling berharga meraikan hari bahagia adik2. Walau hakikatnya sy mungkin tidak berpeluang hadir majlis kahwin satu2nya adik perempuan sy tahun ni. Sedih. Hanya mampu mendoakan dr jauh semuanya baik2 shj. 

Jadi kn study bersungguh2! Abiskan imtihan kafaah bulan empat ini juga. InshaAllah berjaya!

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...