Wednesday, 11 February 2015

Roti canai jordan

Nak seribu daya, xmahu beribu dalih. Macam tulah sy kadang2 bila malas ade saje dalihnya.

Pernah buat beberapa kali roti canai semenjak duduk jordan tapi kali ini yg paling berjaya...


Tarik atas dulang je x pandai nk tebar...





Resepi:

Air sejuk 1 cawan + garam + telur 1 bj + susu pekat manis 2 sd B + butter 1 sd B= campur dan kacau.
Tepung gandum 4 cawan 
Minyak masak 1 sd B

Campurkan tepung dan minyak masak ke dalam adunan cecair tadi. Gaul dan uli hingga xmlekat di tangan. Tepung mmg agk lembut spt chewing gum. Siap uli perap 30 minit. Kemudian bentukkan kpd doh yg lebih kecil dan salutkan dgn butter atau marjerin atai minyak spenuhnya spt gambar paling atas. Perap semalaman dgn menuang sedikit minyak pd bekas perapan. Canai atas dulang dgn menarik2 doh hingga mjadi nipis. Bentukkan ikut suka bulat atau lipat mjadi empat segi dan bakar dgn sedikit minyak atas non-stick pan.

---------

Tengahari tadi sy hadir perjumpaan dgn beberapa rakan AJK SELAMA dengan pegawai2 di EMJ. Ada isu penting berkaitan pelajar yg baru datang utk mendaftar PhD di sini. Macam2 isu, kasihan juga adik2 yg baru sampai pasti tertekan yg amat atas kelemahan pengurusan universiti di sini. Nak buat macam mana begitulah Arab, qoror dan nizom boleh berubah sekelip mata. 

Yang bercita2  nak datang belajar di sini kena tahan lasak ye. Dan jangan menjangka terlalu tinggi atau terlalu positif dengan sistem di sini. Sudah pasti xsama dgn Malaysia dan negara maju yg lain. Lebih2 lagi datang dengan tajaan bukan satu jaminan segala urusan selesai dan mudah bila berjaya mendapat surat tawaran ke Jordan. Pertama kali menjejakkan kaki di Jordan maka mughomaroh yg sebenar baru sahaja bermula!

Teringat kisah saya mula2 sampai di Jordan, mahu mendaftar di universiti tapi tidak berjaya kerana course tidak ditawarkan pada sem tersebut! Terkejut monkey waktu tu. Tidak ada sebarang intake baru utk pelajar PhD curriculum & teaching. Biar betul?! Macam mana surat tawaran boleh diedarkan sedangkan intake tidak dibuka?!Saya tekad utk berkeras juga. Elaun berbelas ribu dah pun ada dalam tangan. Keluarga semua dah sedia ikut. Xkan sy nak balik malaysia semula?? Menangguh fasol dirosi ke fasol seterusnya bukanlah pilihan paling tepat ketika itu.

Seminggu pihak universiti amik masa utk decide status saya. Selepas meeting tergempar antara dekan dan pihak berkenaan maka pada pagi yg hening sy menerima panggilan dari seorang pegawai wanita dr universiti. Berdebar2 nak dengar keputusannya. "Kamu boleh datang ke sini dan bawa segala dokumen ye...". Oh gembiranya hati bukan kepalang. "Jadi adakah saya boleh mendaftar masuk sem ini juga?" Tanya saya semula (dlm b.arab lah juga). "Ya, selamat datang ke universiti kami..." Jawab pegawai tadi dgn ramahnya. Alhamdulillah!

Dipendekkan cerita maka mendaftarlah sy seperti pelajar baru semula. Lengkap dgn sijil asal dan salinan. Isi borang semula. Kelakar betul. Kalau tahu dtg on the spot je daftar dulu. Kui3. Jadi semester itu hanya saya seorang yg mendaftar utk qism manahij wa tadris. Buktinya no pelajar saya *******001. Hiii.

Alhamdulillah. Ok lubna nangis.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...