Dalam hati rasa gentar kelas minggu depan bermula dgn kelas Dr.Hamdan. Kecut perut setiap kali masuk kelas doktor ini. Sy nak cuba masuk dulu kelasnya, sekiranya kelas dgn Dr.Ayasiroh dapat dikekalkan walau pun hanya seorang pelajar mendaftar iaitu sy shj maka sy akan drop madah dgn Dr.Hamdan.
Siapa yg xtakut dgn Dr.Hamdan, sebutlah namanya di klgn pelajar phd tarbiyyah sume kenal dgn ilmunya dan juga kegarangannya. Beliau mmg sangat bagus dlm bidangnya tapi sayang berada dlm kelasnya terasa spt nafas tersekat2 di hujung tanduk. Tidak murtah. Kecut perut. Bersedia klu2 disoal. Xboleh lalai sesaat. Setiap detik menunggu masa dimarahi xkiralah pelajar tua atau muda. Kalau kn herdik tu ya Allah sakitnya hanya Allah yg tahu. Klu xdpt menjawab soalan2 sedialah menadah telinga dihiris2 di bawah pedang yg tajam.
Adakah sy masih boleh menghadapinya?? Teringat kenangan dimarahi ketika semester pertama dulu2. Tersiat2 perasaan. Tapi luka yg ada mjadi sedikit sembuh apabila berjaya lulus dgn 82 markah. Alhamdulillah. Kawan2 arab ckp bukan mudah nak lulus dgn Dr.Hamdan apatah lg utk mendapat markah atas 80. Kamu mmg bertuah.
Mungkin itu kebaikannya bila tok guru garang. Pelajar jd bersungguh2. Tapi sy kurang gemar begitu. Klu tok guru xgarang pun pelajar masih boleh berjaya. Yg penting kn betul dgn cara. Melihat kepelbagaian sikap dan syahsiah doktor2 di sini sedikit sebanyak memberi gambaran pd sy bagaimana menjadi pendidik yg baik pada masa akan datang. Tiga tahun mengajar di UNiSZA belum cukup utk memahami dunia pendidikan. Alhamdulillah atas khibroh ini walau pun pd awalnya adalah pahit. Sekarang sudah mula mengutip manisnya inshaAllah.
Smlm beli carpet kecil di ikea utk kegunaan dlm bilik tidur. Suka sgt sbb sedap dan cantik...
Cantik kan. Kami suka sgt brg ikea. Suami siap cium2 bau dia waktu duk belek2 tagging carpet atas lantai sambil ckp abg suka bau ikea. Amboi!
Dlm kepala berangan2 balik msia nnt nk hias rumah dgn barangan dr ikea. Simple, kemas, moden dan cantik. Suami pun suka.
-------
Petang tadi kami teringin sgt makan syuqof lahm. Lebih kurang mcm daging bakar mcm di msia. Jadi keluarlah kami mencari daging kambing utk dibakar. Balik rumah cari resepinya. Hasilnya...
Makan dgn kacang panggang dan roti...
Subhanallah sedapnya. Best sungguh puji mskn sndiri.
Beli khoruf baladi JD 6 (RM 30) utk stgh kilo. Bahan2 perap sy tgk di slh satu website arab: minyak zaitun, cuka, serbuk lada hitam, kicap, garam, gula perang, serbuk bwg putih, serbuk jintan putih. Harum mewangi bau rempah2.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك