Hari ni kami jemput yana dan suaminya idan datang makan tengahari di rumah. Buat nasi lemak, sambal ikan aye, sambal sotong, begedil, kuih apam balik suami buat...
Sonoklah pulak wat makan2 ni. Sambil makan sambil berkenal-kenalan dgn lebih dekat.
Yana kerja di sumai hotel di terengganu. Idan pula amik master di msia tp tgh hold sekejap. Diorg dtg sini semata-mata nak belajar b.arab di sini. Amik kursus b.arab di kuliyyah mujtama' selama setahun inshaAllah. Semangat betul diorg dtg Jordan demi nak belajar b.arab dgn belanja sendiri semuanya. Semoga berjaya mencapai impian.
Baliknya kami offer nak hantar. Lagipun boleh jalan2 tengok rumah diorg yg baru pindah di sweileh. Mentang2 cuti sem asyik juga berjalan.
Di rumah yana dan idan, syaqqah mafrusyah..comel juga...
Tak sabar nak dtg lagi kot2 tuan umah nak bt majlis naik umah, kui3.
Oklah, hari ni sy uzur setelah lewat 3 hari dari tarikh bulan lepas. Ingatkan dah lekat rupanya belum ada rezeki. Ai kecewa juga setelah bersiap sedia mental dan fizikal menunggu rezeki anak kedua. Lagipun target sy bulan enam ni kelas sume akan habis. Memang cantik betul klu dpt bersalin mana2 bulan selepas bulan 7 iaitu selepas raya. Pasti ada hikmahnya kata suami. Dalam hati masih rasa terkilan sbb belum pernah uzur sy lewat dr tarikh sebelum ini. Kebiasaannya akan lebih awal dan kekal tarikh itu utk beberapa bulan. Itu yg jadi yakin benih kedua sudah mula bertapak tapi rupa2nya tidak.
Tahun 2016 sy dah plan utk bertungkus lumus dgn respondan kajian tesis. Kalau boleh tidak mahu bersalin pada tahun itu. Tapi kalau itu yg terbaik terima dgn penuh redha dan syukur. Pasti ada hikmah yg tersembunyi yg kami tidak nampak. Alhamdulillah dgn kurniaan Lubna Ulya buat kami. Sekurangnya hari2 kami penuh ceria walaupun ada masa geram dgn kenakalan dia. Kihkoh. Sabar ye lubna, ada rezeki lubna akan dapat adik jg nnt, inshaAllah.
Kalau sebelum ni sy fobia nak fikir dan bercakap psl nak anak dan bersalin. Terbayang2 sakitnya kontraksi yg xtertanggung jasad. Terbayang susahnya ke kelas dgn keadaan pantang dan anak kecil. Jauh dr keluarga beribu2 batu. Sekarang semangat sy telah pulih semula alhamdulillah. Malah bersedia dgn kehadiran zuriat yg seterusnya. Tambah lagi kelas akan tamat tidak lama lagi inshaAllah:).
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك