Monday, 31 March 2014

Nasi mandy ayam (رز مندي بالدجاج)

Penat taip resepi tadi. Abis hilang. Kena taip smula. Resepi yg ni lepas sy perbaharui beberapa kali. Sy rujuk blog2 org Arab sendiri. Rasanya resepi ini the best nasi mandy yg sy prnh bt.

Nasi Mandy Ayam

Beras basmati 2.5 cawan
Ayam 1/2 ekor

Bahan A
Bawang besar 1 biji (potong dadu)
Halia 1cm (Tumbuk)
Tomato 1biji (Potong dadu)

Bahan B
Daun bay 2 helai
Lemon hitam kering 1 bj
Buah pelaga 5 bj
Bunga cengkih 5 bj
Kulit ky manis 1 inci
Serbuk kunyit 1 sd besar
Serbuk jintan putih 1 sd besar
Jintan putih kasar (Tumbuk halus)
Ketumbar biji (Tumbuk kasar)
Serbuk nasi mandy 1 sd bsr (Xbuh pun xpe)
Lada ijau (potong dua)
Hirisan lemon (buh dalam nasi)
Kiub ayam

Garam
Air secukupnya

Tengok gambar lebih jelas. Penat menaip cara nk buat tadi, terpadam semua. Bila rajin baru tulis semula.

Cara: ( baru rs rajin menaip)
Tumis bahan  A hingga garing. Masukkan bahan B dan tumis lagi. Buh ayam, kacau2. Buh air secukupnya utk empukkan ayam & masak nasi. Buh garam. Selepas ayam empuk dan air rebusan & rempah menggelegak, keluarkan ayam dan amik air rebusan tadi untuk masak nasi basmathi. Msk dlm rice cooker utk nasi cantik & jgn kacau slagi xmasak dan xkering airnya. 

Ayam tu boleh ditambah perisa buh serbuk jintan putih, serbuk kunyit, ketumbar biji tumbuk garam dan bkr dlm oven. Hasil lebih cantik klu bakar dlm oven. Nak goreng pun boleh.







Ayam xberapa cantik. Xde oven. Bakar dlm periuk je.

Sunday, 30 March 2014

Angin kencang mengiringi sy ke kelas hari ni...

Malas nak taip sangat. Tulis sikit2 jelah. Hari ni pegi kelas dengan angin kencang menampar2 badan. Mujur pakai seluar panjang hari ni, klu x abis terbang semua.

Dalam kelas, sempat tanya Iman rakan sekelas, biasa ke angin kencang di Jordan. Dia kata biasa, sbb pertukaran fatrah musim sejuk kepada musim bunga. Ohh, patutlah sy tgk muka masing2 selamba je wlupun dr dlm kelas boleh dgr bunyi angin kencang yg sgt menakutkan. Xberenti bertiup dgn ganasnya.

Abis kelas awal jam 5.10 hari ni, dan angin masih bertiup kencang. Abis mata masuk habuk. Tahan badan dr ditolak angin. Rs spt nk terbang. Betapa kuatnya angin. Klu di Malaysia takut ada atap yg terbang. Tp di sini ajaib, xde benda bahaya yg terbang mlayang. Hanya habuk pasir dan sampah sarap yg berterbangan. Patutlah dalam teksi tadi sy tgk ada kertas putih terbang mcm burung atas langit. Subhanallah kuatnya angin.

Tunggu teksi tepi jalan. Teksi yg lalu sume penuh. Angin masih kuat. Berpusar2 angin. Berair mata dimasuki habuk. Tiba2 rasa sebak. Tepon suami, bgtau klu boleh jemput sy dr tabarbour naik teksi. Tp tpaksa batalkan hasrat sbb lubna tgh tidur. Telefon teksi muhammad pulak, mlgnya dia kt umah. Jd tunggu jelah teksi yg lalu. Sesekali kesat mata yg berair akibat habuk dan udara sejuk. 

Sedang menunggu, nmpkRima berjalan menuju ke arah tmpt sy menunggu teksi. Dia nak balik ke Karak yg jaraknya 2 jam stgh perjalanan naik bas. Kebetulan sehala. jd ajak dia naik teksi skali. Sy decide dlm hati nk berenti di trafik light tabarbour jelah. Kesian plk nk biarkan Rima tunggu teksi lain dlm keadaan dia tgh hamil plk tu. Angin pulak kencang bertiup. Sejuk. Gitu gini sampailah teksi yg kosong. Kami pun naik. Lega.

Sy berenti di trafik light dan jln kaki je masuk bandar. Malas nk tunggu teksi lain. Kena lintas jalan klu nk naik teksi masuk ke dalam. Jadi jalan kaki sjlah sambil meredah angin kencang. Habuk dan sampah berterbangan. Masuk mata sekali sekala. Tapi x sekencang depan universiti tadi. Mungkin sbb di bandar penuh dgn bangunan mjadi benteng angin.

Bila dah jalan kaki, singgah bnyk tempat. Singgah beli kinafah...singgah beli beras, beli ayam, tepung, sayur ...(xpadan dgn angin kencang tu, nafsu besar)..

Kinafah, manis. Lapisan putih adalah keju susu kambing..terasa kambingnya...


Exam mid term 27/4/2014.. Nak bersedia dari skrg spy dpt jawab dgn cemerlang inshaAllah.

Nasi lemak pagi tadi. Suami bt sambal ikan. Sy xberapa rajin nk msk pagi td...



Ckp xserupa bikin. Panjang jgk tulisannya. Lain kali bt cerpenlah salwa. Dulu rajin tulis cerpen. Ada beberapa cerpen yg sy dh siap tulis terperam mcm tu je dlm buku cerpen sy. Prnh antar ke mjlh harmoni & tersiar, dptlah RM 100. Prnh antar sajak jgk dpt RM30. Ada masa boleh mula smula inshaAllah.

Friday, 28 March 2014

Cara buat pizza...

Entry yg ni nk tunjuk cara kami bt pizza. Pizza dh jd makanan biasa kami kt sini. Untuk juanne yg minta resepi pizza & cara nk bt. Keh3...

Resepi doh pizza (dpt 2 biji)

Tepung all purpose 3 cawan
Serbuk baking powder 1 sd bsr
Minyak
Garam
Gula 
Air
** satukan & uli spt dlm gmbr


Tumbuk2 sikit. Biar suami bt, sy tukang mik gmbr..


Rehatkan dlm 1 jam dlm bekas btutup. Sblm leperkan doh berbentuk spt di bawah. Bbanding gn yis, doh yg gn baking powder xkan kembang besar mcm gn yis. Xpe yg penting dia akn gebu jgk...


Leperkan. Sy gn tangan je. Tarik2 dan tekan2...


Tepi tu nk buh keju pun boleh pastu gulung sikit. Buh tomato paste pastu...


Yg ini inti tuna! Sangatlah sedap. Harus cuba! Tuna tin, bwg besar, capsicum, cheddar cheese, lada ijau, nenas, garam sikit je...mozarella cheese ltk bila pizza dh masak...


Dah siap slps buh mozarella cheese...


Yg ini inti ayam yg sy goreng dgn capsicum,bwg besar, bwg putih lumat, lada ijau, ld itam, garam...







Selamat mencuba. Untuk yg xboleh mkn yis mmg sesuai sgt bt doh pizza gn baking powder ni. Suami ada gout & antara yg dia kn pntg adlh yis. Kami plk sk mkn pizza. Ini solusinya:).

Kari ikan patin pulak

Gara2 tertengok ikan kukus masam manis yg sy sangkakan kari ikan di photo yg mak post di fFB semalam, hari ni sy pun btlah ikan patin masak kari. 

Sy teringin sgt bljr buat kari ikan yg sedap marvellous tp xtau nk bljr dr siapa.

Makan tghari kami...






Lepas tu sumbat cocktail smangkuk...


Sape ade resepi kari ikan yg mmg sedap teramat tu maila kongsi. 

Ni resepi kari ikan patin sy:

Ikan patin 4 ketul

Bwg besar 1
Bwg putih 3 ulas
Halia 1 inci
Lada kering kisar 2 sd besar
** kisar & tumis.

Daun bay 1 helai
Biji pelaga 2 bj
Halba
** tumis skali

Serbuk kari ayam adabi 1/2 sudu bsar
Serbuk kari madras 1 sd bsr
Serbuk paprika 1 sd bsr
** tumis dgn bhn atas smpi pecah minyak.

Buh whipping cream yg tawar (ganti santan)
Buh ikan & air.
Asam jawa
Gula garam.

Selamat mencuba.

Thursday, 27 March 2014

Kamu bt saya tertanya-tanya..

Ada beberapa rakan di FB saya yg suka bercakap tentang keamanan di Malaysia tergugat kerana wujud suara2 yg suka membangkang & menghina apa yg kerajaan lakukan. Saya rasa agak meluat dgn status2 ni. Seakan dia sorang je yg nak kan keamanan, dan orang lain nakkan kehancuran pada negara sendiri. 

Siapa yg xsayangkan negara? Kalau ada suara yg menegur itu terimalah sebagai nasihat. Memang diakui ada juga suara yg terover dalam menegur kesilapan pemerintah. Tapi kita orang yg rasional xkan sesekali terpengaruh dgn sikap xprofessional segelintir rakyat dlm menegur kesilapan pemerintah. Kita sokong mana yg baik, dan menolak segala yg buruk.

Sekarang semua gusar dengan tohmahan dan hinaan masyarakat luar pada Malaysia sejak peristiwa MH370. Tekanan dari rakyat China, fitnah dari CNN. Dari dulu kita dididik untuk senyap sekiranya org atas melakukan kesilapan. Hari ini bila org luar menegur kita akan kecacatan & kesalahan yg kita lakukan dlm menangani isu MH370, kita terkedu dan nak menangis??!Baru kamu tahu mulut masyarakat luar itu lebih tajam lagi berbisa. Sape yg berani tutup mulut msykt luar spt China yg ternyata lebih kuat dari setiap segi bbanding kita. 

Sedangkan dari dulu ada suara2 rakyat Malaysia yg menegur pemerintahan negara agar mengambil cara hidup Islam (hapuskan riba, rasuah, hiburan dll) tapi kamu sendiri yg menolak. Memandang hina dgn cara hidup Islam yg dikatakan jumud dan hanya utk golongan miskin dan penduduk pantai timur. Menyokong segala maksiat kononnya utk kepentingan masyarakat bukan Islam dan memajukan ekonomi negara.

Bila anak tegur buat xtahu, bila org luar tegur baru rs nak malu.

Jadi sampai sekarang kamu buat saya tertanya2, apakah gambaran sebuah Malaysia yg aman bagi kamu? Saya tidak rasa suara teguran dan nasihat rakyat itu mengancam keamanan, yg sy nampak maksiat dan jenayah itu yg boleh membunuh kita semua.

Xboleh ckp lebih2 sgt psl ni. Kang kawan pun boleh btukar jadi musuh. Pastu ckp kt xbersyukur.

Elaun sara hidup & buku dah masuk...

Alhamdulillah:). Dh masuk pun elaun2 sy slps 3 bulan menunggu. Lega. Tapi masalah dgn elaun kluarga pulak, unisza emel bgtau xdpt masuk duit keluarga sbb mslh no IBAN Jordan bank.

Hmmm patutlah KPT xdpt masukkan duit rupanya bank Jordan yg bermasalah. Jadi pagi tadi kami keluar jln kaki menuju ke bank jordan berdekatan dgn umah sewa jugak. Senangkan duk tgh bandar ni. Semua kemudahan ada. Mmg strategik umah sewa sy ni. Suka sgt. Luas pulak tu, ground floor, tuan umah plk duk sbrg jln. Mudah nk berurusan. 

Selesai dptkan no IBAN baru, kami pun statlah cari mknn.

Gambar khemah perkahwinan di kwsn lpg bdekatan umah sewa...


Odw ke bank...


Singgah beli nasi mansaf di mat'am dar dark...



Menu istimewa, kepala kambing...


Sampai di rumah, menjamu selera...


Beli ayam panggang sparuh jgk di mat'am hanini...


Beli kuftah di mat'am zahir...


Amik, sume menda nk mkn. Mntg2 dah dpt elaun. Dh 2 bulan bjimat cermat hari ni baru rs puas dpt beli lebih sikit dr biasa.

Wednesday, 26 March 2014

Santapan raja hari ni: sambal ayam paprika

Menu sarapan pagi, sy dan suami bertungkus lumus mbuat pizza utk mengisi perut yg mengada2 minta digemukkan. Xpelah, rezeki kamu wahai perut. Baru ni terbaca sebab kita manusia suka mkn mknn yg berkaborhidrat. Rupanya unsur karbohidrat tu bt kita rasa tenang lps mkn, patutlah org suka mkn. Sbb pas mkn rs bahagia je. Sayalah tu.

Pizza cinta hati (masuk dlm perut jd %{#*= jugak)...



Ini pula makan malam. Suami telah TERCIPTA sebuah resepi baru. Saya minta dia bg nama resepi ni sblm sy sndiri yg letakkan nama. Tapi gagal nmpk gayanya nama resepi baru suami ni...

Ayam tabarbour (kononnya sbb beli ayam ni kat tabarbour)
Ayam paprik (kononnya xnk nampak paprika sgt sbgi bhn utama resepi ni)

Dua tu je yg suami sempat piki. Tengok nama resepi sy pulak...

Sambal ayam paprika
Ayam sambal paprika
Ayam paprika sayang

Sumenye somi tolak. Lagi2 cdgn no 3 tu. Tp sbb dh buntu nama apa, kami pun amik nama:

Sambal Ayam Paprika!

Mcm hebat sgt resepi ni. Pdhl xde pe yg spesel pun. Biasalah manusia, bising je lebih. Kih46.



Asalnya sy minta suami perap biasa je sbb sy nk goreng mkn dgn nasi lemak. Gitu gini, akhirnya suami terbuat macam ni.

Resepi sambal ayam paprika:

Ayam peha 2 ketul

Bwg kecil 3 biji
Bwg putih 3 ulas
Halia 1/2cm
**kisar bhn atas 

Serbuk kunyit
Serbuk paprika (jenis pedas)

** tumis sume skali dgn ayam smpi naik minyak, buh gula & garam.

Tu je pun. Keh4.




Jemputan kahwin keluarga belah cina mak

Esok 3 hari berturut2 keluarga cina belah mak jemput seluruh kluarga kami utk hadiri kenduri kawin anak sedara cina mak di Raub. Mula2 sume excited nk pegi tapi lm2 jadi ragu2 takut ada unsur maksiat dlm majlis tu. Harapnya bjalan dgn baiklah sumenya. Tapi terkilan jgk sbb sy, suami & anak xdpt pegi. Kami jauh tercampak di Jordan ni. Klu tiket arga seringgit, hari2 balik msia. Berangan xabis.

Diorg belanja duk hotel  utk 3 hari berturut2. Kata kakak, adik beradik mak ada yg kaya raya. Ada tauke kayu balak, ada yg yg punya kebun berekar2. Punya perniagaan tanaman itu ini. Baru ni mak lawat Raub abg mak bagi durian musang king yg kuning mengancam tu. Sedapnye. Sekilo berpuluh2 ringgit arganya. Mmg jd santapan org cina je. Kita yg melayu mkn yg murah2 je yg penting sdp jugak. Tp org cina, xde duit pun bab mknn mesti yg terbaik wlupun mahal. Tu kata mak dulu2.

Klu tengok adik beradik cina mak pakai baju cokia2 je. Singlet, sluar pendek, selipar jepun. Tapi mcm tulah org cina, kaya mane pun mcm tu jgk pakainya. Kaya mana pun, keta buruk jgk yg dia bawak gi sana sinun. Sbb dia sibuk bkerja smpi xsempat bsenang2 dgn harta dia ada, hasil harta yg ada anak2 yg merasa. Lepas tu anak2 pulak smbung warisan perniagaan, harta2 tu dirasai anak2 mereka pulak lps tu. Mcm tulah org cina berjaya. Dari semiskin2 kaum, dtg merempat di tanah Melayu hinggalah jadi tauke2 perniagaan besar di Malaysia skrg. Dulu siapa sangka.

Klu org melayu plk, klu kaya sikit xboleh pakai baju murah, keta mesti mahal, itu ini mesti branded. Padahal duit gaji bulanan pun bukan bnyk mana. Perniagaan pun bukan besar mn. Jaga standard kononnya. Beli brg umah pun pakai kad kredit. Xckp org lain, sy pun kdg2 terpengaruh dgn sikap tu. 

Sedang mak sy sll ingatkan dari kami kecik lagi, xpelah umah kita buruk pun, keta 2nd hand nk tercabut pintu, asalkan anak2 sume mak ayah dpt masuk ke sek agama (swasta), dpt mkn kenyang2. 
Teringat sjk dari sekolah rendah lagi ada kawan2 ejek keta mak sy yg buruk. 

"Nama je mak cikgu, tp pakai keta buruk..," kata kawan sy sambil ketawa swktu mak sy dtg sekolah mjemput sy & kakak dr sekolah. Memang malu. Sy siap suruh mak parking jauh bila dtg ambil di sekolah. Sy siap ckp malu keta kita buruk, tp mak sy jenis xkisah. Alah, biarlah org nk kata apa pun. Kata mak sambil sengih2 ketawa tgk sy malu dgn keta buruk kami.

Wkt di sekolah menengah pun mak masih gn keta yg sama, keta merah yg smakin uzur. Dgn keta tu kami beruling alik ke sekolah. Beberapa kali rosak di perkarangan sekolah, sampai ada cikgu sekolah tegur mak spy tukar kereta."Tukar keta barulah cikgu rohani, ni dh mcm besi buruk dah..," kata cikgu lelaki tu sambil ketawa. Panas hati sy dgr tapi kelakar bila diingat smula. 

Tp jawapan mak mcm biasa, slagi xbetul2 rosak slagi tu mak akn guna. Pdhl dh berapa kali keta tu rosak tgh jln, berapa kali tbuka pintunya tgh2 trafik light. Kih2, perangai mak ni dh mula menyerap dlm diri saya. Slagi xperlu, xpayah beli. Selagi boleh btahan duk senyap2 jelah. Ada bnyk keperluan utk dipenuhi, mgkn itu dlm fikiran mak waktu tu. Smpi sy form 3 barulah mak ayah terbuka hati nk beli keta baru. Itu pun keta tiara je. Jadilah dr keta buruk warna merah tu. Besar jasanya pd kami. Ayah pun beli van vannette baru. Van dulu pun 2nd hand ayah gn bt gi keja & kami guna bila balik kampung. 

Kami membesar dgn pemikiran yg mak serapkan pd kami. Bnyk pemikiran cina yg mak cuba terapkan dlm peribadi kami. Hinggakan kdg2 mak marah dgn sikap org melayu yg negatif. Padahal dr kecil mak dibesarkan dlm kluarga angkat melayu. Tapi sifat2 yg mak ada masih bnyk mewarisi keturunan asalnya. Ada yg baik, ada yg kurang elok. Susah nk gmbrkn dgn perkataan. Tengok saje org cina, kamu boleh tahu apa yg sy cuba sampaikan ttg mak sy.

Ada satu pengaruh mak paling kuat yg dh terserap dlm diri sy iaitu:

Tidak malu dgn segala kekurangan.

Tuesday, 25 March 2014

Lontong & tiramisu..

Petang tadi abis kelas awal sikit. Jam 5 dah tamat. Balik dgn Abeer. Bagi dia sebekas kecil milomisu yg suami buat tghari tadi. Dlm kelas tadi 4 org je hadir. Yg lain ada intikhabat peringkat sekolah. Kami bincang psl demokrasi. Saya ckp jgk sbb Dr.Amin mmg suh sorang2 bcakap. Ntah apalah sy cakap. Siap kn suh cakap kuat lagi sbb Dr.Amin xdengar huhu.

Balik dr kelas, sy msk lontong spt yg dijanjikan. Pagi td dh siap bt nasi impit. Buat sambal bebola ayam untuk suami, dan sambal ikan bilis untuk saya. Makan mlm kami...





Seperiuk sy bt kuah lontong. Ingatkn xabis rupanya abis suami tolong ratah skali. Tanya dia berapa markah utk lontong, 10/10 kata suami. Suka hati. Perut pun kenyang. Ini sume gara2 tengok gambar lontong juhana kat whatsapp.hik2.

Pastu sumbat dgn tiramisu plk. Heaven!


Tghari tadi sy call Bahagian biasiswa, JPT. tanya psl elaun sy yg belum diterima. Cakap dgn cik hafizah. Dia kt tunggu hingga Jumaat ni, kononnya baucer arahan pembayaran baru dh bt sjk 10 mac lagi. Jadi dlm tempoh 14 hari bekerja spttnya dh masuk . Entahlah labu. Tengok jumaat ni masuk @ x, klu tak, mmg %*}]\<£¥€€>..xtau nk ckp ape dah.

Gmbr lubna tido pagi tadi...



Monday, 24 March 2014

Lubna taip...

Jhjvj.  Yyyhool hholm   bUhddghdgdh h h h h hbhh gt tth h gtgt g h thh h ht h dh.  Hggg😔😒😪😪☺️😨 dg dg ddgdggdgvcvbgyhuyuthy")((()?((,! T n tcccccch hfh cthuvfvchfhhfu fh


Lubna taip kt atas tu. Xnak buang. Biar dia tengok besar nnt. Suka sangat pegang ipad ummi, lepas tu baling mcm bola. Geram ummi tau. Tp xleh nk marah. Lubna bukan tau ape pun.

Sy xtau nk gambarkan perasaan psl MH370. Tengok di FB rkn2 update psl pengumuman DS Najib. Sedih. Tu saje perasan yg ada. Xberdaya. Terkilan. Berakhir mcm tu saje. Entahlah.

Gulai ikan patin pulak..

Pagi ni terus masak utk tghari. Skrg xrajin sgt nk masak sarapan. Lgpun kami xberapa lapar pagi2. Sekadar minum air je.

Sebelum masak, taip sikit bahas utk presentation minggu depan. Smlm turn Khaulah present tp Dr.Naser minta dia bt smula sbb xde rujukan dari sumber2 buku lain. Jadi sy pun kn bt dgn sesungguhnya klu xnak buat smula.

Menu hari ni...saje wat kuning nasi tu...



Yg sbnrnya dh rs muak sgt mkn masakan sendiri. Berapa kali nk ulang cakap. Kdg2 xtau nk masak apa. Ikan plk xbnyk jenis kt sini, yg ada jenis yg besar2 & pelik2. Nk msk pun xtau lauk jenis ape yg sesuai. Nak gi mkn kt kedai Arab pun kdg2 muak. Klu mkn tiap hari kt luar rabak lagilah poket yg dh sedia bocor ni. Nk xnk knlah masak.

Jomlah sambung baca bahan utk bahas.

8.50 mlm: sambung tulis blog. Petang tadi pas asar kami keluar jln2 smbil beli brg & mkn di bndar tabarbour ni. Tengok gambar jelah dulu, malas nk tulis panjang2...

Makan di burger hut...



Beli strawbery tepi jln...



JOD 2.000 sekilo strawberi! Bsamaan lebih kurang RM12/sekilo. Kt msia mmg xdpt arga ni.

Beli nasi beriani plk. Xpuas mkn kt burger hut tadi...





Lubna mkn dkt 13 biji strawberi! Mmg puas hati. Esok boleh beli lg. smntara musimnya mkn puas2. Dip dgn coklat cair mesti lg sedap.

Sunday, 23 March 2014

Mood xstabil hari ni...

Hari ni rase xsedap ati. Xbes je perasaan. Berdebar2. Telefon mak cik kt seremban, telefon mak kat terengganu. Baru rasa lega sikit pas cakap. Tanya bila exactly nk mai jordan. Boring jgk kami sini. Xbersosial sgt terperap dlm rumah banyaknya.

Makan tengahari bt nasi minyak. Tapi hati masih xbes wlupun dh kenyang...



Tadi abis kelas thn teksi mcm biasa. Alhamdulillah cepat dpt teksi xperlu tnggu lama. Minta turun di depan tareq mall sbb sy dh janji nk beli bola besar untuk lubna. Beli 2 biji. Lepas beli bola singgah beli prepaid telifon suami. Jalan lagi, singgah fotostat kertas. Klu boleh sume tmpt nk singgah beli. Pompuan2. Xpdn dgn duit xcukup tu. Nafsu besar.

Bola2 lubna...


Dari tareq mall sy jln kaki masuk tabarbour. Lebih kurang 2km jln kaki. Oklh boleh excercise, dh lm xexcercise. Smbil jln smbil cuci mata tgk kedai2 yg meriah wkt mlm. Wlupun takut2 jgk jln mlm2 sorang tp sbb rmi org, jln sibuk jd xgentar sgt. Alhamdulillah.

Buat IC anak genap 12 tahun di UTC

Dalam jam 8.30 sampai di UTC Paya Bunga. Dapat giliran jam 8.47 pagi. Dalam 9.05 dipanggil di kaunter. Bawa anak, surat beranak asal dan myk...