Monday, 17 March 2014

Persediaan pembentangan kecil esok...

Esok hari selasa setiap pelajar dalam kelas Dr.Amin, kena bentang dalam masa 10 minit isu masing2. Saya kena bahagian pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Atau dalam bahasa Arab التفكير الناقد والتفكير الابداعي.

Menarik tajuk ni. Kena banyak baca utk kaitkan dengan kurikulum dan bagaimana merangsang pemikiran kreatif dan kritis dari kalangan pelajar.

Tiba2 teringat sewaktu penyediaan soalan kertas peperiksaan subjek bahasa Arab di Jabatan Bahasa Arab UniSZA. Ada satu bahagian soalan kefahaman utk teks yg kami sediakan utk pelajar jawab secara kritis dan kreatif. Tapi satu tu je soalannya, yg lain xde kaitan dgn kritis mahupun kreatif. kui2.

Malangnya, saya sendiri jarang merangsang pelajar dalam kelas utk menjawab secara kreatif dan kritis dalam kelas. Saya tidak pasti mungkin cara penyampaian saya yg terlalu formal mjadikan pembelajaran kelas bertumpu pada buku teks semata. Saya jarang bertanya perkara luar dari pelajaran yang mana sungguh xpatut utk seorang bergelar pendidik yg berjaya.

Harapnya pulang ke Malaysia nanti sy dapat mempraktikkan  cara pengajaran para dakatir di sini. Bertanya soalan, berbincang bersama2, membentang secara spontan adalah cara beberapa dakatir di sini yg menarik perhatian saya. Walau pun mengerunkan tetapi membantu pelajar utk berfikir dgn cepat dan pantas.

Teringat swkt menyertai debat di universiti dulu. Segala teknik dan pengalaman menyertai debat bahasa Arab dulu sangat membantu sy utk bertenang dan berfikir sebelum bercakap dalam kelas di sini. Tapi kebanyakan masa masih gelisah sblm bercakap. Apatah lagi bercakap di kalangan  orang arab rasa kerdilnya diri. Masing2 nk dengar apalah budak pompuan malaysia ni nak cakap sebenarnya. Dengar suara tenggelam timbul. Ayulah konon.

Kalau nk tahu, para pensyarah sini xsuka sangat kita cakap perlahan. Hatta pelajar Arab pun kena sound sebab suara xkuat bila bercakap @ mengutarakan pendapat. 

"Suara pelajar di luar lebih kuat dari suara kamu..."

"Kamu rasa kawan kamu di hujung sana dengar x suara kamu?"

"Saya xdengar apa yg kamu cakap, kamu bercakap dengan diri sendiri ke?"

Itu antara dialog biasa doktor di sini kalau student cakap perlahan. Ambik salwa, skrg kn belajar bercakap dgn jelas dan terang klu xmau kn sound juga. Pernah kn sound juga sbnrnya huhu. Tapi xpe, itu yg baik kita ambil. Sebenarnya sy sgt tertarik dgn cara Arab bercakap, memang jelas dan sedap sangat pada telinga saya.

Oklah, penat berceloteh. Sambung berlatih utk bentang esok. Bersedia utk soalan doktor boleh tahan jugak. Profesor  mmg bnyk mbaca, hasilnya dia xsuka klu kita mjawab mendatar saje. Mesti mendalam dan berbukti. Kalau tidak dia kan buat muka menyampah. Tercalar tau hati. keh2.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...