Pagi tadi buka whatsapp, tengok FB suami ada beberapa rakan suami update pasal kehilangan flight MAS MH370 yang baru dalam penerbangan dr KLIA menuju ke Beijing jam 12.35 am semalam. Rasa berdebar2. Terkenang pengalaman sy dan suami menaiki pesawat Cathy Pacific Air dari KLIA-Hong Kong-Beijing tahun 2011 dulu. Kami melalui route yg sama. Laut China Selatan...
Satu2 komen di FB suami saya baca semata2 nk tahu berita terkini pasal pesawat tu. Tapi xde sebarang berita yg betul2 boleh percaya. Pelbagai jangkaan & telahan. Menurut tentera laut Vietnam, pesawat MH370 mengalami nahas di perairan mereka. Tapi belum ada sebarang kepastian.
Dan sekarang dah jam 12.55 waktu tempatan (Jordan) tapi masih belum merima berita terkini tentang kehilangan pesawat MAS ni. Kami buka channel CNN dan AL-JAZEERA yg xputus2 melaporkan berita pasal kehilangan pesawat MAS ni. Sedih, xde sebarang berita terkini juga dari kedua channel ni.
Sementara tu, sempat baca beberapa nahas pesawat kapal terbang yg terhempas di serata dunia di internet. Saya terjumpa beberapa persamaan antara insiden2 dahulu dan MH370 ini. Namun, harapnya salahlah jangkaan saya ini. Jauh sari dudut hati, ya Allah selamatkanlah mereka. Saya xdpt bayangkan sekiranya saya & org2 tersayang berada dalam pesawat tu.
Antara yg sy sempat baca, ada beberapa pesawat yg pernah terhempas di lautan dan hilang tanpa sebarang kesan utk beberapa hari. Langsung tidak dapat dijejaki. Lepas beberapa hari menemukan berita sahih melaporkan pesawat terhempas dan keseluruhan krew serta penumpang mati dalam nahas kapal terbang yg dikatakan hilang kawalan menjunam ke dalam lautan luas. Ke semuanya membina kubur di lautan yang sepi.
Sangat sukar menjejaki pesawat yg terhempas di lautan. Tambah lagi bila terhempas dengan impak yg kuat. Habis berkecai tenggelam tanpa sebarang tanda. Adakah MH370 mengalami nasib yg sama? Gusar. Sedih. Mengharapkan keajaiban dari Allah tuhan alam semesta. Segala rahsia milikMu ya Allah. Lihatlah manusia, betapa lemahnya kamu, masih bersombong bjalan atas muka bumi Allah ini.
Rasa sgt lemah. Sgt fobia dgn kemalangan dan nahas. Sgt takut berada dalam situasi mendebarkan & ketakutan. Sentiasa terfikir2 apa yg penumpang2 tu lakukan sebelum nahas sekiranya ia benar2 terhempas. Memikirkan kami akan pulang Malaysia tengah tahun ni menggunakan pesawat kapal terbang menambahkan lagi gusar di hati.
Amman-Muscat, Muscat -KL
KL-Muscat, Muscat-Amman
Perjalanan jauh yg sy rasa sungguh jauh sekarang. Tidak pernah tau di mana ujian Allah pada kita.
Terfikir, selama ni naik flight tengok pramugari buat demo pemakaian jaket keselamatan & pintu keluar kecemasan, langsung tidak memikirkan yg buruk2 & enggan fikirkan yg buruk2. Tapi kehilangan MH370 hari ni buat saya tersedar berkali2 dr mimpi, betapa kematian berada di sebelah sy setiap kali menaiki kapal terbang.
"Andai kutahu letak nyawaku, pasti kumati sebelum waktu,"
Sebaris sajak yg sy pernah tulis waktu zaman muda2 dulu.
Semangat sy pudar hari ini. Rasa tidak bersemangat untuk ke kelas jam 5 nanti. masih menanti2kan berita sebenar kejadian kehilangan MH370. Saya mendoakan kalian. Sekiranya benar kalian sudah tiada, saya antara jutaan yg akan bersedih....
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك