Mendung je tabarbour sepanjang hari ni. Semendung hati saya sebaik mengetahui berita kehilangan pesawat MAS MH370. Rupa2nya hujan nk turun di bumi tabarbour.
Masih belum ada sebarang berita terkini. Tgk di FB suami mcm2 spekulasi & cerita. Tgk CNN ulang berita yg sama dr tadi: no sign of missing plane...
Telahan saya & suami, lepas 16 jam tanpa tanda dgn takdir Allah ia pasti terhempas di lautan yg luas. Hakikat teramat pahit yg setiap ahli keluarga mangsa harus diterima. Tapi jauh dari sudut hati,biarlah telahan sy ini salah.
Knpa sy begitu terkesan dengan berita ini? Bnyk lg isu di Malaysia tp sy xprnh rs nk bkongsi rasa ttg isu2 tersebut kt blog sy. Mgkn sbb rasa mbazir bckp ttg isu2 yg manusia sendiri cipta & cari mslh.
Isu kehilangan MH370? Sgt mempengaruhi perasaan sy. Terasa kematian itu di depan hidung shj. Siapa prnh sangka saudara kita di Malaysia akn berhadapan dgn tragedi spt ini? Selama ni dgr nahas & kemusnahan di negara lain xprnh terpiki akn berlaku pd rakyat msia. Betapa kematian itu pasti.
Kehilangan MH370 yg dikatakan mgkn terhempas di laut china selatan, sekiranya ia benar2 berlaku adlh sebuah pengakhiran kehidupan insan yg menyayat hati. Sebuah perjalanan penuh risiko. Siapa yg xpernah berdebar bila pesawat bersedia utk terbang. Dgn kedudukan yg senget ke atas benar2 mcengkam hati. Rasa mau turun smula dr kpl terbang. Belum lagi bergegar2 mlawan awan tebal. Perasaan berdebar ketika flight mendarat. Meletop2 hati tatkala tayar pesawat mlanggar keras tar jln. Sebuah ketakutan yg indah apabila kt sampai dgn selamat...tapi mjadi sebaliknya buat penumpang2 yg tlh mati dlm nahas.....
Masih setia menunggu dpn tv laporan berita dr CNN. Berita psl kehilangan pesawat MH370 mjadi breaking news utk hari ni.
Makan pagi tadi mrngkp tghari...wkt ni perasaan mengharap mereka selamat masih menebal. Belum rasa gusar yg berlebihan. Stat tghari tadi sy rasa gelisah yg amat. Xtahulah, alhamdulillah xde org2 tsayang dlm flight tu. Klu lah ada entah apa jd pd sy. Bgtau suami, andai ada pluang sy nk pegi tgk dgn mata sendiri apa yg blaku di sana. Suami bls, klu ada jet peribadi boleh kt pg. Sy tgelak dlm hati...semangat je lebih, tgk darah pun sy nk pengsan...
Meja bulat lantai kami yg baru. Muhammad teksi tolong belikan smlm & antar ke rumah, JOD 10 arganya..ikan percik menu utama. Hasil tangan suami...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك