Selasa pagi baru ni kami sekeluarga dan k.kyn sekeluarga bermusafir ke aqobah. Satu2nya mantiqoh di Jordan yang punya pantai seperti di Malaysia.
Syaqqoh mafrushah sbgi tempat penginapan kami utk satu malam sahaja...60 dinar satu malam.sgt berbaloi! Kami duduk di dua bilik yg berasingan sblh menyebelah tetapi bersambung bila dibuka pintu tengah. Masing2 ada tandas dan dapur sendiri. Ada ruang tamu kami jadikan ruang makan. Sebuah bilik dilengkapi dgn katil king size, sebuah bilik lg dgn 3 katil single. Dapur ada utk kedua2 bilik tp hanya satu dapur gas disediakan utk master bedroom. Seronok sgt! Hihi. Rs mcm bukan di jordan plk. Suasana dan suhu yg berbeza pdhl dlm satu negara. Di Aqobah cuaca lebih panas seakan di Malaysia krn berdekatan dgn laut...
Malamnya pusing2 cari ikan celup tepung. Dlm kepenatan tp masih bersemangat tuk makan...gmbr ada di bawah sekali..
Suasana pasar ikan di pagi hari...beli ikan ayer putih 2 ekor besar (8jd), ikan kembung 3kg (9jd), sotong 2kg (11jd), udang 1 stgh kg (21jd)..
Tepi jln jual sayur seperti di Amman juga...
Dlm bandar di aqobah penuh dgn pokok. Rs seperti di malaysia! Jauh berbeza dgn amman ibukota jordan...
Sarapan kami pd keesokan hari. Nasi lemak k.kyn siap bw dr amman. Kami beli udang dan sotong masak di hotel. Uish sgt sedap...manis udangnya!
Ikan bakar di mat'am...
Sotong dan udang celup tepung..sedap!
Harga sume skli 38dinar. Waah bg kami boleh thn murah. Jgn convert ke duit RM sudahlah. Klu convert lebih kurang RM192 utk mkn 4 org dewasa 3 knk2...
Gmbr replika kapal odw ke aqobah...
Perjalanan dr Amman ke Aqobah lebih kurang 5 jam sekiranya berhenti sekejap. Jalan pulak straight saje xbnyk lengkok2. Lane jln mmg besar sbb mjadi laluan utama lori2 besar mngangkut barag dan kontena yg turun di pelabuhan Aqobah. Cuma kualiti jln xberapa elok. Jalan xrata dan bnyk merekah2 akibat tekanan dr kenderaan berat yg mmg banyak. Mujur jln lebar. Next time kami sume plan nk pegi lagi. Nk memborong brg elektrik pulak yg smemangnya murah berbanding di Amman. Sambil membeli ikan dan seafood. Seronoknya! Sy beli oven sebuah. Puas hati dpt size dan harga yg mmg sy cari2. Next entry ltk oven baru kami anak beranak kihkoh.
Ok, penat menaip.
Majlis kesyukuran dan pengisian ilmu di umah dato' duta Malaysia di kediamannya di Amman malam isnin baru ni..
Gmbr nasi kerabu kelantan dan laksa penang serta kuih muih xsempat nk amik.
Imtihan ahad ni inshaAllah berjaya!
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك