Saturday, 3 January 2015

Cable ipad rosak

Sejuk makin mencengkam. Pagi ni sarapan kopok keping shj. Lubna dah sebut nak makan nasi. Sian anak ummi kena ikut diet ummi dan walid. kui2. Cadangkan lepas suami solat jumaat baru makan berat.

Ipad saya berada dalam keadaan kritikal. Cable yg baru beli bulan lepas dah pun rosak gara2 ditarik lubna. Kepalanya dah tercabut. Suami cuba caj ipad guna cable yg dulu. Caj sambil pegang dgn tangan. Alhamdulillah, mujur dapat juga caj walau pun xpenuh. Jadi skrg dalam fasa guna ipad bila ada hal perlu saja. Macam amik gambar atau whatsapp keluarga. Bila xguna saya akan off kan ipad.

Bagus jugak. Kalau tidak, serabut juga kepala nak membaca mesej whatspp bepuluh2. Kalau xbuka jadi beratus2.  Kadang bukan urusan kita pun duk piki urusan orang lain yg xde kaitan dgn kita. Pelik jugak, xbosan ke mesej whatsapp hari2. Lebih baik cakap berdepan dari cakap kot skrin. Xpuas. Lagi pelik dalam whatsapp nampak mesra, tapi tengok kat luar xmesra macam dlm whatsapp. Saya terfikir ramai orang mungkin xtahu cara berkomunikasi wajhan li wajhin (face to face) di luar. Saya pun jadi kekok jumpa orang camni. Dalam whatspp sgt peramah, tp bila berjumpa macam xpernah kenal & berchatting. Sejak dari tu saya xberapa suka nak whatsapp  sangat @ berkomen2 di facebook. Cakap dan balas benda perlu saja dan xperlu chatting hari2. 

Kemas umah mlm tadi, vacum dan susun atur sofa arab. Lebih lapang susun sofa tindan2. Sy sukakan suasana yg lapang xbnyk barang. Brg yg perlu sj perlu ada. Senang nk bergerak dan mudah nk kemas...



Ok, nak sambung baca sebelum membebel berjela2.

--------- 

Lepas asar tadi pegi sameh mall beli brg keperluan. Telipon k.kyn skli kot nk pegi juga...



Lubna tidur keletihan.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...