Saturday, 24 January 2015

Misi mengurangkan berat badan!

DIET MELALUI KIRAAN KALORI:

Kalori harian dperlukan saya (anggaran kasar) : 1550kcal
Kalori harian diperlukan utk penurunan berat: 1200kcal

Saya bahagikan meal kepada tiga: 1200kcal / 3 hidangan makanan: < 400kcal setiap hidangan > ATAU kurang dari 450kcal utk setiap menu secara anggaran kasar.

Contoh menu sarapan pilihan saya:
  1. Nugget dua keping :60kcal x 2=120kcal
  2. Telur mata kerbau sebiji: 100kcal x 1= 100kcal
  3. Sup sayur campur 1 mangkuk: 45kcal x1 = 45kcal
  4. Roti putih sekeping =80kcal
  5. Cucur bawang 2 keping = 60kcal
JUMLAH Kcal: 120+100+45+160 = 405 kcal 

Menu saya hari ini mengikut cadangan menu di atas:


Nugget tu sekeping tuk lubna. 

Contoh menu petang hari ini:

  1. Pisang sebiji: 90kcal
  2. Susu segar rendah lemak: 70kcal
JUMLAH: 90+70= 160 kcal.

Contoh menu malam pilihan saya:
    1. Ayam panggang 1 = 130kcal
    2. Cucur bawang 3 ketul = 80kcal
    3. Roti putih sekeping = 80kcal
    4. Tomato 1 biji = 20kcal
    JUMLAH Kcal: 130+300= 310 kcal

    Resepi  ayam panggang suami:
    Ayam - Garam - Perencah hilal - Lada hitam - Serbuk cheese - Kicap - Sos tiram - Sos steak


    Bila sudah biasa makan dengan portion yg kecil macam ni, lama2 kita akan terbiasa makan sedikit dan xperlu kira kalori dgn detail. Boleh agak berapa kalori utk setiap potong makanan inshaAllah.

    Boleh rujuk http://www.celikvitamin.com/testimonial/senarai-jadual-kalori-makanan-dan-minuman-malaysia/ untuk mendapatkan senarai lengkap hampirsemua makanan yg biasa kitamakan.

    Saya nak try x makan nasi utk dua hari ini sahaja. Selepas tu boleh amik nasi tapi secawan shj. Misi berat yang sy nak turun ialah dalam 2kg dahulu. Nampak sikit tapi payah jugak. Tambah lagi bila kena sediakan menu lain utk suami dan lubna. Harap berjaya utk sihat dan cantik, cewah. Kihkoh.



    Berat dlm kg pada 24 Januari 2015: 79.5kg
    Tinggi: 165cm
    Berat terakhir ketika berkahwin: 66kg
    Berat terakhir  ketika mengandungkan lubna:  87kg

    No comments:

    Post a Comment

    شكرا على تعليقاتك

    Almari berlaci..

    Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...