Imtihan nihaie utk madah طرائق التعليم والتعلم akn berlangsung hari ini jam 3-6 petang inshaAllah. Tengah mengulang membaca round ke 4 utk setiap nota. Lagi banyak baca lagi banyak faham lagi banyak ingat.
Bacaan pertama biasanya sepintas lalu, bacaan kedua utk pemahaman, bacaan ketiga utk mengingat maklumat penting yg perlu diambil perhatian, bacaan keempat menyusun maklumat dalam kepala spy mudah direcall ketika exam nanti. Kalau ada lebih masa bacaan kelima boleh menghafal mana-mana ayat yg cantik serta perkataan2 baru yang sesuai digunakan ketika exam.
Kalau dilihat kaedah pembelajaran التبادلي atau reciprocal learning yg digunakan utk sesi membaca di dalam kelas, pelajar perlu mempraktikkan lima strategi ketika membaca:
- Menjangka isi penting التنبؤ
- Menyoal isi kandungan التساؤل
- Brain-storming العصف الذهني
- Menerangkan bhgian bacaan yg sukar difahami التوضيح
- Rumusan التلحيص
Namun demikian, kekangan kemalasan membantutkan usaha padu utk membaca. Ditambah lagi gangguan halus lubna asyyaturoh menyebabkan ummi selalu ilang fokus. Lagi-lagi bertambah duduk depan lapotop tangan gatal membuka resepi2 di blog org ramai serta kesibukan membaca tips2 meyemai wang dan sekarang sibuk pulak kira kalori utk kuruskan badan. Sabar jelah.
Ok sambung membaca sebelum menyesal x sudah!
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك