Friday, 9 January 2015

Sabtu cuti lagi!


تعليق الدوام  في الجامعة يوم السبت!
Paparan portal universiti yg sy tengok baru saje tadi!


Ya Allah seronoknyeeee esok cuti lagi! Berita esok cuti dan xde kelas lebih seronok dr cuti rabu lepas. Sebabnya rabu lepas ada exam dan rasa agak terkilan exam dibatalkan. Sedangkan otak dan fizikal sudah bersedia utk menghadapinya. Manakala esok pula ada presentation, walau pun sy dah siap fotostat salinan utk rakan2 dalam kelas sebanyak 13 copies isnin baru ni tapi sy xkisah sebab sy xbersedia pun nak present! Stkt siapkan bahan je kihkoh.

Minggu ni rs lapang dan lebih banyak masa dgn lubna dan kurang stress dgn lubna. Memang sebenarnya punca stress sy melayan lubna adalah apabila terpaksa membahagikan masa antara dia dan belajar! Bukan senang nak membahagiakan masa untuk perkara2 yg kita sayang. Kejar yg itu takut tercicir yg ini begitulah sebaliknya.

Oklah makan tengahari kami yg serba ringkas..ikan susu bakar dan air asam..




Dah beberapa hari makan yg berminyak hari ini makan yg bakar shj. Sedap! Lagipun nak jimat gas sikit takut2 esok salji lebat xde lori gas yg dtg susah pulak nak masak. Tong gas kami dh dua bulan xbertukar. Macam2 masak pun sampai tiga bulan bertahan ikut pengalaman yg lepas alhamdulillah. Tapi skrg bimbang juga kalau kehabisan. Salji pulak kejap2 turun. Tadi k.kyn mesej bgtau kalau ke kedai gas minta tolong tukarkan gasnya. Kami pun xtau kat mana kedai gas di sini. Kebiasaan kami tunggu di rumah shj sbb lori gas akan lalu hari2 depan jalan rumah. Cuma hari ini jumaat mungkin kedai cuti jd xde yg lalu.

Selesai makan tengahari, sy siapkan lubna utk main salji yg makin lebat di luar. Seronok betul lubna sbb dah lama xmain kat luar. Hari ni dia macam terpegun tengok ada benda putih jatuh atas kepala dan mukanya. Terkebil2 mata dia tengok salji yg jatuh menimpa bumi. Ummi dan walid pun seronok. Walau pun salji xbanyak berkumpul macam rabu baru ni tapi tengok salji turun dpn mata dah rasa sgt puas dan seronok. Alhamdulillah atas pengalaman ini. Balik Malaysia nanti pasti merindui.

Gambar kami...


 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...