Semalam pegi kelas طرائق التعليم والتعلم dr. kilani bagi kertas exam yg lepas. Eh tengok markah 22/25 alhamdulillah. Klu mengikut maklumat khaulah minggu lepas sy dpt 21. Saya pulak xpegi kelas minggu lepas sbb nak tasjil mawad.
Imtihan rabu ni tak tau pula mcm mn. Membaca pun curi2 sambil melayan lubna assyatturoh. Tambah dgn kemalasan saya untuk membaca bersungguh2. Banyak berangan dan tengok resepi daripada membaca. Tawakkul 'ala Allah. Yang penting lulus semua subjek spy xmenganggu urusan imtihan kafaah dan menulis tesis inshaAllah.
Tinggal lagi dua minggu semester pengajian akan tamat. Cakap pada suami, tersengih suami seraya berkata, "kan abang dah cakap, sekejap je masa berlalu, dah nak abis dah pun..". Hehehe ini gara2 sy asyik mengadu pd suami udah capek pergi kelas, udah bosan menjalani rutin yg sama di dalam kelas dan mahu abis secepat mungkin seterusnya cepat2 menulis tesis. InshaAllah sekiranya dipanjangkan umur, saya akan melalui semula fasa penulisan tesis yg bg sy sgt mencabar ketika membuat master dulu. Harapnya kali ini lebih mudah inshaAllah.
Eh, panjang benar tulis. Dah abis ke revise madah utk imtihan rabu ni???!Mestilah belum. Keh3.
--------
Petang tadi kuar skjp buat beberapa urusan sblm turun salji yg diramalkan khamis ini. Pam tayar keta yg pancit akibat bocor tertembus benda tajam, fotostat kertas utk presentation sabtu ini dan suami ajak ke syari' garden beli brg komputernya.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك