Wednesday, 7 January 2015

Salji sudah turun..Tahun kedua menyambut salji di Amman

مرحبا بالثلوج في طبربور!

Alhamdulillah berkesempatan melihat salji turun lagi di sini. Area lain dh lebat tapi area tabarbour masih ringan2 saljinya. Hari ni dan esok pula dah diumumkan cuti rasmi di Jordan krn dijangkakan ribut salji akan melanda kebanyakan kawasan di sini bermula dari malam tadi. Petang semalam dah mula kedengaran angin kuat di luar rumah. Berdebar2 takut ada benda2 yg merbahaya terbang di luar dan membahayakan nyawa.

Hari ni juga exam awwal utk madah صعوبات التعلم dibatalkan. Hmm penat jg buat persediaan tuk exam tiba2 dibatalkan. Ape pun alhamdulillah. Kita merancang, Allah yg menentukan.

Makan tengahari kami yg ringkas...ikan selar masak kicap taucu bersambal..


Mkn dgn brokoli dan carrot kukus serta sambal nyonya k.kyn bagi...


Sebenarnya selesai makan tadi sempat kami keluar sekejap ke carrefour berdekatan utk mencari beberapa barang keperluan yg kehabisan dan menambah stok yg berkurangan. Ketika keluar,  hujan batu baru mulai turun. Angin yg kuat lagi dingin menampar2 bahagian kulit yg terdedah. Di carrefour cepat2 kami beli apa yg patut dan bergegas pulang ke rumah. Sampai di rumah dalam beberapa minit tengok salji2 putih mula menampakkan bayangnya. Jam 2 petang lebih kurang, salji mula turun di bandar Tabarbour. Menutup segala sampah sarap yg ada di tepi jalan. Ingat kami je seronok tengok salji turun, anak2 jiran di syuqqoh (apartment) sblh turut ketawa girang tengok salji dari balkoni rumah mereka. 


Slps 2 jam...


Malam tadi kami mkn chickpeas mcm kt kelantan! Mkn dgn sambal kelapa manis...


Sedapnye.

------

Sejak beberapa bulan kebelakangan ni lubna telah pandai membuat kami lelah dgn megejarnya sana sini utk masuk ke dalam tandas, selesai keluar tandas berlari2 lagi minta dikejar, nak pakai baju pun main kejar2. Meronta2 melepaskan diri sbb xmau pakai baju. Klu di msia boleh dibiarkan togel terus dgn pampers tapi kat sini kalau x dipakaikan baju dan seluar alamatnya lepas tu selsema yg lebatlah jawabnya.

Ai memang menguji kesabaran ummi waled yg memang kurang sabar ni. Patutlah tengok para ibu selepas mendapat anak hilang terus ayunya. Suara dah macam tarzan panggil anak. Selekeh di rumah mmg xpelik. Kalau ibu terlebih sabar, dibiarkan saje anak sepahkan rumah, conteng sana sini. Itu lebih baik dari menjerit mengamuk xtentu hala. Tapi kadang2 xtahan juga mata tengok sepa sana sini. Dinding umah yg putih abis penuh dgn contengan pelbagai jenis pen. Hmm macam ni rupanya ada anak.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...