Umpama menulis blog ni, bila kita tulis sgala pengalaman yg kita lalui, kita baca semula, kita akan mjadi lebih matang utk tulisan & tindakan kita pd masa akn datang. Kita memberi pembaca lain gambaran & pengalaman baru serta masing2 belajar dari kisah dan cerita org lain.
Begitulah budaya Islam dahulu berkembang. Mereka menulis segala ilmu, dan manusia yg hidup selepasnya menjadikan tulisan & ilmu itu sbgi rujukan pg zaman mereka pula. Bila mana aktiviti menulis itu terhenti, maka manusia pd zmn seterusnya akn muka mencedok pengetahuan dari luar yg mgkn menyalahi Islam, dan mengangkatnya sebagai karya yg agung.
Saya ada terbaca, kesilapan besar ulama' pd zaman sebelum kejatuhan empayar Islam ialah mereka enggan menerima segala ilmu2 moden kerana disangkakan menyalahi syariah Islam. Akhirnya kerajaan Islam jatuh, org Islam tidak berkembang. Sedangkan ilmu Islam syaratnya hendaklah bersifat syumul iaitu meliputi segala ilmu2 syariah & ilmu2 terkini mengikut peredaran zaman. Sekiranya memfokuskan pada satu jenis ilmu iaitu syariah maka ia bukanlan sifat ilmu yg sebenar dlm Islam. Islam adalah keseimbangan antara ilmu2 akhirat & dunia.
Rujukan kitab:
عبد الله، عبد الرحمن صالح (١٩٨٦). المنهاج الدراسي أسسه وصلته بالنظرية التربوية الإسلامية، مركز ملك فيصل للبحوث والدراسات الإسلامية.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك