Friday, 11 April 2014

Orang Malaysia cerdik2...kecuali yg suka duduk di takuk lama

Saya tak rasa masyarakat Malaysia bodoh. Selepas tonton satu video pembentangan seorang watak yg dikenali ramai dgn kepakarannya dalam bidang ekonomi di parlimen, saya rasa kita sangat bertuah kerana mempunyai orang2 yang berani dan cerdik pandai yg hebat.

Orang2 di barat hatta di negara Arab suka mengambarkan Malaysia sbgi "kekampungan". Mempunyai penduduk yg tidak cerdik dan hidup seperti orang asli. Lebih2 lagi negara Arab yg kaya seperti Arab Saudi, UAE penduduknya memandang kita sbg orang Asia yg miskin sama taraf seperti orang kulit hitam di Amerika.

Cuba tengok kebanyakan dokumentari barat suka mengambarkan Malaysia dgn pemandangan hutan dan sungai2 di Sabah dan Sarawak. Dengan gambaran orang utan kononnya trademark semulajadi negara kita Malaysia. Masyarakat pribumi asli di hutan2. Rumah2 kayu yg buruk. Bencana alam dgn banjir sana sini. Gambaran yg menunjukkan masyarakat Malaysia hidup dalam kemunduran dan kemiskinan.

Teringat seorang rakan Arab di sini bertanya, kenapa di Malaysia banyak rumah kayu? Saya dengar di sana banyak kejadian banjir...

Soalan tu buat saya sangsi. Apa maksudnya dgn soalan itu? Adakah bermakna batu lebih baik dari kayu? Memandangkan bangunan di Jordan dibina hampir 100% dgn batu. Lebih tahan lasak sekiranya dilanda angin ribut. Hmm saya termanggu2 xtau nk jawab apa. Xpernah terfikir akan jawab soalan seperti ini. Akhirnya jawapan paling xbes sy bg ialah rumah kayu kebanyakkannya di kawasan kampung, rumah batu pula banyak di bandar. Balik rumah baru sy terfikir sbb negara kami kaya dengan pokok, sbb tu rumah kami bnyk dibuat menggunakan kayu...salwa, salwa.




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...