Tuesday, 31 December 2013

Asam pedas & gelama ikan masin

Tengahari tadi masak simple2 je. Kebetulan hari ni duk kalut beli halawiyyat tuk keluarga di Malaysia. 



Resepi saya: (khas tuk kawan Juhana-asyik minta resepi dr dulu2 keh2)
- Bawang besar, bwg putih, cili besar dikisar
- tumis hingga naik minyak, buh tomato puri.
- buh serbuk kunyit, kicap sikit.
- buh daun kesum, daun kunyit.
- buh air, didih bubuh ikan.
- garam & gula sikit.


Ni pula makan malam kami. Suami goreng makaroni. Sedap! Berebut mkn dgn lubna. Tengah makan teringat khadeeja. Klu dia ada mesti berebut jgk sbb xcukup...

                      

Satu pinggan kongsi 3 mulut. Tengok lubna...

                      

Makaroni tu suami goreng gn puri tomato.

- Tumis bawang besar yg diracik.
- tomato puri.
- isi daging.
- capsicum.
- serbuk bwg putih.
- buh makaroni.
- garam & gula.





Khadeeja & ayahnya berangkat pulang

 Cv.   V ee
'WL! ,,m.w

Yang atas tu bila masa lubna taip xtahulah. Xnak padam. Biar jadi kenangan duk situ. Sambung citer, khadeeja dah balik ngn ayahnya tgahari tadi. Flight balik kul 5pm. Transit di dubai 11 jam. Sebak pulak rasa. Bila piki tiap rabu pegi kelas dgn dia, minggu depan kn pegi sorang2 jadi sebak. Sempat nangis tanpa pgetahuan suami lps solat zohor tadi. Teringat kenangan gi kelas, nunggu teksi dgn dia. Beli barang kt kedai sini.

Khadeeja hari ni aunty awa bnyk kali teringat kadija tau. Pastu aunti awa akn nangis sorang2. Bila dengar lagu arab yg khadija suka dgr auntie awa terus sebak. Bila tgk lubna suka sorang2 tgk tv tadi, lg auntie awa sedih. Bila teringat khadeeja tolong auntie awa jg lubna, main dgn lubna, auntie awa terus nangis. Auntie awa sedih tengok bilik khadeeja dh kosong. Dah xde beg2 khadeeja & baju2 yg khdeeja sangkut. Auntie awa nangis lagi. 

Ni beg2 khadeeja & ayahnya tghari tadi. Xsempat mik gambar diorg sbb diorg pg ke rumah kawan (k.kin) jumpa anak2 k.kin kawan khadeeja kt sini.


Gambar k.kin send...


Mesti khadeeja seronok balik Malaysia jumpa ummi & adik2 yg dirindui saban hari. Kasihan khadeeja kdg2 duk sini boring, auntie awa xterlayan mcm dulu2 wkt auntie awa bujang lagi. Esok lusa mesti lubna akn cari khadeeja dlm bilik.


Monday, 30 December 2013

Dugaan penuntut ilmu, perantau di bumi asing

Kelas petang ni kul 6-9 malam. Tiba2 kawan call xdapat pegi kelas sebab masih demam sejak bberapa hari yg lepas. Alahai, mcm mana ni. Teksi pergi mudah nak dapat, teksi balik dari jamia'ah yg memang susah nk dapat. Lagi2 jam 9 malam. Kebiasaan suami kawan akn ambil kami sepulangnya dia dr uni of Jordan.

Jam 9 malam musim2 sejuk ni umpama jam 11 malam di Malaysia. Jam 6 petang dah azan isyak. Bayangkan sorang2, pompuan plk tu diselimuti kegelapan sambil tunggu teksi bwh jambatan. Mula rasa nak nangis bila terfikir balik kelas nnt mcm mn. Gelisah.

Bagitau suami. Nampak dia pun runsing. Kebetulan khadeeja & ayahnya keluar beli barang di pekan tabarbour dr jam 5 ptg dh keluar. Kunci rumah pulak dgn kami. Nak telipon ayah khadeeja anset dia xde line jordan. Alahai sedihnya cerita.

Saya minta suami ikut teman ke uni bawa lubna jg. Tawakkal keluar rumah bwk lubna dgn susunya mn tahu klu xterserempak dgn khadeeja & abg ipar, mgkn kn bawa dia pg universiti jgk. Kesian dia dahlah sejuk. Odw nk tunggu teksi nampaklah mereka bjalan di tgh kesibukan pekan. Lega rasa. Bagi kunci rumah & minta tolong abg ipar tgkkan lubna. Kesian plk diorg nk beli barang. Tp xde jalan lain dah. Dalam hati risau lubna menangis mengamuk2.

Jam 8 malam kelas abis awal. Cepat2 sy keluar cari suami. Kesian dia tpaksa menunggu di bilik kelas yg kosong. Mujur ada heater. Terus kami berjalan ke jalan raya utk menunggu teksi. 

Sy cakap kt suami,kat sinilah sy selalu tunggu teksi. Dahlah gelap, lampu jalan pun xde.



Saya tanya suami bahaya x klu pompuan sorang2 tunggu kt sini. Suami kt memang bahaya...


Gelap x? Kat sinilah tmpt yg sy & anak sedara khadeeja menunggu teksi tiap hari rabu & kdg2 ahad lepas magrib. Gelap & sejuk. Tawakkal pd Allah sentiasa. Xberani lagi balik sorang2. Selalu angkut ank sedara ke jamiah. Xtaulah cmne minggu depan dia dh balik malaysia. Pernah 2-3 kali tunggu sorang. Sekali tu menunggu dalam keadaan hujan tiba2, turun naik jambatan berteduh dari tempias hujan. Bukan stkt menangis dlm hati, siap menangis smbil tunggu teksi di bawah kepekatan malam. 30 minit menunggu sambil call suami. Alahai sedihnya bila teringat smula. Ujian penuntut ilmu.


Bangunan kelas saya dari seberang jalan raya...


Tahan teksi beberapa kali tp xde yg nak masuk pekan tabarbour, frust rase. Suami mesej suami kawan yg habis kelas dari uni of jordan, klu lalu sini minta tumpang amik kami. Alhamdulillah, akhirnya balik dgn suami kawan jg.

Sampai di rumah, tgk lubna tertidur ats sofa arab berselimut satu badan. Khadeeja kt dia menangis lama tadi. Kasihan anak ummi. Xsampai berapa minit, lubna bangun. Waaaaa kuat betul nangis. Sambung nangis. Memberontak benar lubna malam ni. Meraung2. Saya & suami dah peluk pun meraung2 lagi. Mungkin marah sebab ummi & walid tingalkan dia. Manja bertingkat2 skrg. Mcm pernah tgk je ayat tu. Lubna lubna..dugaan ibu si penuntut ilmu. 

Beberapa kali saya hampir tumbang...

Saturday, 28 December 2013

Ayam masak asam rebus.

Hari ni mesti guna dedaun yg mak kirim dari Malaysia tuk masakan. Piki punya rancang akhirnya timbul  asa nk makan asam rebus gn daun kesum & daun kunyit. Hai sedapnya. Seperiuk nasi habis...

Asam rebus ayam...klu hirup memang sedap. 


Makan dengan budu!







Friday, 27 December 2013

Manisan atau halawiyyat

Semalam keluar ke pekan Tabarbour berjalan kaki dengan anak sedara khadeeja. Sempat singgah di beberapa kedai membeli beberapa barang keperluan, barang untuk dikirim ke Malaysia dan barangan kehendak nafsu. Teringin makan halawiyyat jadi singgah beli manisan...Ini dia...

Jeng jeng...


jeng jeng jeng...


Ini dia kegemaran saya. Manis seakan susu pekat manis. sedapnye. Nanti kirim untuk mak dan abah di Malaysia...mesti mak membebel2 manisnyaaa, tapi abah mesti senyum lebar sebab suka pastu pening kepala sebab manis sangat. 


Harganya sekilo JOD 14. Saya beli setengah kilo sahaja JOD 7 = RM 31.50. Makin besar rabak di poket.

خطة دراسية (STUDY PLAN)

Lagi berbaki 4 minggu semester I, 2013/2014 bakal berakhir. Rasa tak sabar untuk menghabiskan semester ni membuak-buak. Kenapa?

Sebab kadang-kadang rasa bosan untuk ke kelas. Teruk kan. Inilah jadinya bila kadang-kadang belajar tak ikhlas kerana Allah. Kena cari motivasi lain untuk meningkatkan keikhlasan diri belajar kerana Allah dan demi kepentingan umat Islam.

Apa study plan saya? Ini yang saya dah congak-congak dalam kepala:

1) Bulan 10 hingga bulan 1, tahun 2013:
Sem I, 2013/2014   : Habiskan dengan jayanya 4 subjek.

2) Bulan 2 hingga bulan 6, tahun 2014:
Sem II, 2013/2014  : Daftar 3 subjek sahaja.

3) Bulan 10 hingga bulan 1, tahun 2014:
Sem I, 2014/2015   : Daftar 3 subjek sahaja.

4) Bulan 2 hingga bulan 6, tahun 2015:
Sem II, 2014/2015  : Daftar 3 subjek sahaja.

Bermakna pada Julai 2015  saya akan bebas dari kelas. Alhamdulillah.

Bila pula nak ambil imtihan kafa'ah? Mungkin akan daftar pada sem II, 2014/2015.

Bila pula nak hantar khuttah al-bahas? InshaAllah pada cuti sem pendek antara bulan 6-9, tahun 2015 akan cuba siapkan khuttah dan hantar untuk diviva.

Kiranya saya ada tempoh 1 tahun setengah (1.5 tahun) untuk siapkan tesis PhD. Kalau ikut tempoh tamat ialah pada 22 Mac 2017.

Kalau rasanya perlukan penambahan semester, pada bulan 6, tahun 2016 saya perlu membuat surat permohonan ke KPT dan UniSZA untuk pelanjutan phd.

Kalau ikutkan selepas 3 bulan pengajian kena hantar laporan kemajuan ke KPT. Tapi saya xbuat apa-apa laporan pun. Cuma kalau diorang minta saya copy post sy kat blog ni jelah. haha. Masalahnya jadual kemajuan yg KPT bagi adalah utk pengajian PhD 3 tahun sahaja. 

Pelajar phd Malaysia yg belajar kat Jordan ni manalah sempat nk abiskan 3 tahun, kelas saje dah 12 subjek. Dah abis 1.5 tahun untuk kelas sahaja. Kalau ada madah istidrakiyyah macam saya tambah lagi 1 subjek jadi 13 subjek sume sekali. Mahu x mahu kena bahagikan subjek kepada 4 sem. Abis 2 tahun dah untuk kelas sahaja. Mana nak larat ambik 5 subjek dalam 1 sem. 4 subjek ni pun terkontang-kanting. 

Konon sem depan nak ambil 5 subjek, tapi terpaksa mengaku kalah. Mustahil untuk saya ambil 5 subjek dalam 1 sem dengan perangai pensyarah di sini yang bermacam gaya. Bukan kena menghadapi subjek tu saje tapi kena menghadapi sikap pensyarah Arab yg tidak boleh dijangka. Letih otak tiba2 bila bercakap pasal kelas.hik3. Kalaupasal makanan bersinar je mata ye salwa.

Keropok lekor buat sendiri!

Kali pertama dalam hidup buat keropok lekor. Inilah antara kesan positif bila duduk jauh dari tanah air. Menjadi lebih rajin, kreatif & tahan lasak (konon). Guna ikan makerel, tepung ubi, garam. Sepatutnya guna tepung sagu tapi xde jd keras sikit kopok.

Jomlah tengok langkah penyediaan kopok lekor dari Jordan ni...








Seperti di atas hasilnya. Mudah rupanya buat kopok lekor. Di Terengganu berlambak jadi xpernah rasa nk buat sendiri. Kat sini barulah belajar untuk buat segalanya sendiri. Lepas ni kalau pergi mall nak cari ikan yg lebih sesuai & sedap untuk buat keropok lekor.

Malas nak masak hari ni

Hari ni saya bertungkus lumus membaca subjek istiratijiyyat tanfiz minhaj utk midterm sabtu ni. Bila terfikir exam & kelas dgn dr hamdan pada pagi sabtunya terus ilang mood utk meneruskan kehidupan. Motivasi jadi jatuh serta merta bila terlintas gambaran dr hamdan. Oklah, ni mkn tghari ni. Kicap telur...



Pizza ni suami buat utk makan malam. Sedap sampai berebut xcukup.



Rasa dah penat nak membaca. Perlu tidur & menyiapkan lubna utk tidur sekali. Tu nampak masih aktif bermain. Ummi dah capek sayang. Capek kerna bnyk berfikir.

                                 

Wednesday, 25 December 2013

Pizza pizza

Makan malam ni suami rajin nak menguli doh pizza. Saya sokong dari belakang je harapnye sedap menjilat jari...


Percubaan pertama bakar pizza dalam oven baru...


Rasa sedap dah cuma kemasaman tomato puri tu saya kurang suka. Lain kali boleh buat yg lagi sedap ye sayang.


Dedaun dari Malaysia, terima kasih mak:)

Seronok tengok dedaun yang minta mak kirimkan dari Malaysia. Walau pun ada yg rosak tp kebanyakannya masihh boleh dipakai...




Dedaun ni mak kirim dgn kawan suami, cg fauzi yg dtg sebagai ketua rombongan yayasan amal ke Jordan. Lepas 3 hari barulah sampai ke tangan kami. Xpelah, yg penting dedaun tu sume ade!xsabar nk buat asam pedas & asam rebus maian dgn budu yg mak kirim!

Ape pun, sedikit tips yg baru dipelajari, utk dedaun2 sume ni xperlu diracik @ dipotong halus2. Biar dlm bentuk asalnya & ia akn lebih tahan lama dlm beg. Serai yg mak kirim sebatang2 masih elok berbanding serai yg mak racik halus. Nk nangis tengok serai racik tu dahlah bnyk, lansung xdpt nk gn sebab dh lembab & bkulat. Sedih. Mujur ada yang batang. Daun kesum pula better keringkan dulu sblm bungkus lebih thn lama. Bunga kantan pun xperlu racik. Yg mak racik dh xberapa elok. Waaa...



Nasi mandy rempah emirates

Tengahari ni kami makan nasi mandy lebihan semalam. Saje masak lebih semalam spy hari ni xyah susah payah masak lagi. Cuma perlu tambah ayam yg sy bubuh rempah ayam emirates & bakar dalam microwave. Saya tambah cili kisar jg...


Cili + tomato + bwg putih + cuka + daun ketumbar + gula + garam= cili kisar


Licin habis. Alhamdulillah. Sape nak mai Jordan mari singgah rumah kami masakkan nasi arab simple resepinya ikhlas dari hati. Kui2.




Tuesday, 24 December 2013

هاي إقامة سنوية لأهلي! Visa keluarga!

Pagi semalam dengan hati yg mendung keluar bersama suami, lubna dan anak sedara khadeeja menaiki teksi menuju ke balai polis di Tabarbour. Dalam hati berdoa semoga Allah mudahkan urusan pembaharuan visa ahli keluarga saya. Risau kalau2 lama urusan di sana kesian lubna dgn cuaca yg sejuk.

Tambah risau fikirkan jumlah denda yang harus dibayar memandangkan kami dah lewat renew visa hampir 3 minggu. Gara2 tunggu muwafaqah (persetujuan) dari wizarah dakhiliyyah selama 3 minggu baru siap. Inilah muwafaqah yg kami tunggu2. Persetujuan untuk pemberian visa tempoh setahun untuk bermastautin di sini. Tahun depan kena mohon lagi dgn proses yg sama. Tiap tahun ye...


Sampai di balai polis, bagi segala dokumen yang diperlukan dan perlu isi borang2 untuk 3 permohonan. Suami, anak dan anak sedara. Jenuh juga mengisi borang.Selesai isi balik semula ke kaunter dan serahkan segala apa yang patut. Berdebar2 tunggu berapalah jumlah kena denda. Dalam kepala dah congak2 dalam JOD160 juga ni. Sorang mungkin dalam JOD55 (JOD30 wajib dh utk visa & JOD25 tu congak2denda yg kena) Isk2. Menangis dalam hati.

Tiba2 pegawai polis tu cakap sorang JOD38 ye sekali dengan denda. Terkejut campur gembira sebab jumlah denda xbanyak!mujur saya xbersusah payah pergi tila' ali untuk permohonan pengecualian denda lewat renew. hihi. Alhamdulillah. Ini resit tiap seorang. Jumlah semua sekali JOD114. Lega...


Tapi kali ni Allah uji sikit dengan sistem komputer yg sedikit lembap kami terpaksa menunggu lama sikit untuk mendapatkan kad visa tiap seorang. Dengan anak sedara pn dapat kad jugak padahal minggu depan dah nak balik. Ni kad masing2 setelah menunggu :)...




Selesai semua kami pun keluar dengan hati yang lega dan girang (sayalah tu). Petang tu kena bersiap2 pula untuk rombongan tetamu dari yayasan amal.



Suami & anak dah boleh keluar masuk dari Jordan bila dah ada visa untuk setahun ni. Alhamdulillah!:)

kek keju bertimbun

Baru2 ni buatlah kek keju segera. Teringin sangat2 nak makan lepas tengok kawan2 kt FB letak gambar2 kek keju yg meleleh2 tu. Saya beli tepung kek segera perisa vanilla (JOD 2.85), cheddar cheese, whipping cream, cream cheese dan balik rumah pujuk2 suami suruh mesinkan sume tu. Saya bab buat kuih ni suka tengok ngn makan je sebab saya tak suuuuuka buat kuih @ kek. Remeh sebab kena ikut sukatan. Tapi sesuai dengan karakter suami yg agak detail buat kerja. Pas pujuk-memujuk puji-memuji suami pun senang hati nak tolong putarkan sume tu. Saya bg semangat pom pom girl sambil amik2 gambar...




Hasilnya seperti berikut...






Rombongan yayasan amal!

Rombongan yayasan amal datang lagi ke Jordan bagi menyampaikan sumbangan utk pelarian syria. Kali ni kami jemput lagi diorang bertandang menjamu selera di rumah. Cuma xorder dar restoran, kami masak je menggunakan rempah2 nasi arab mandy. Nilah kerja kami petang ni lepas balik dari buat visa keluarga. Alhamdulillah pagi tadi selesai renew visa setahun utk semua:). Post lepas ni sy citer pasal visa setahun utk ahli keluarga.

Ini hidangan kami untuk tetamu dari Malaysia...

        

Nasi dalam periuk. 3 saiz periuk saya masak nasi ni tau. Khas utk tetamu 15 orang & kami juga berempat...

                                    

 Sedang menjamu selera...

         

         

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...