Rasanya ramai yang masih belum tahu tentang Jordan. Post kali ni akan bercerita sedikit sebanyak tentang Jordan. Kami menetap di bandar Amman ibu kota Jordan. Rumah yang kami sewa terletak di daerah Tariq iaitu di pekan Tabarbour. Lebih kurang 20 minit menaiki kenderaan kalau nak ke tengah bandar. Tak jauh tak dekat. Jom tengok peta Jordan...
Jordan juga merupakan salah satu dari negara Arab dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan. Tapi awas, penduduk di sini menggunakan mustolahat a'miyyah dlm perbualan harian. Susah tau nak faham. Benci betul. Teringat hari ke-8 duk sini cuba borak dgn isteri tuan rumah, sepatah pun sy xfaham! teruk betul b.arab aamiyyahnya! pekat mcm org hulu. Minta dia cakap b.arab fasihah tp dia xboleh. Baru tahu, b.arab fasihah ni hanya orang yg berpendidikan shj yg tahu menggunakannya. Selepas dah 3 bulan duk sini alhamdulillah barulah boleh faham apa isteri tuan tumah ckp wlupun masih ada yg sy xfaham. Memang bahasa kn banyak mendengar, lama2 kita akn serap dgn sendirinya bahasa tu.
Jordan turut mengalami perubahan cuaca 4 musim. Terkejut juga ada ramai yang x tahu tentang ini.
Tertanya-tanya negara apa yang dekat dengan Jordan? Ini ada peta yg lebih besar utk yang malas nak google...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك