Sunday, 1 December 2013

Memohon visa keluarga (طلب إذن للإقامة)

Hari ini kami keluar menaiki teksi ke kementerian dalam negeri di Amman utk memohon visa keluarga. Jam 9 .15 kami keluar dari rumah sewa. Sampai saje di sana, lihat ramai sudah orang berurusan. Ada yg beratur ada yg berdiri, xkurang yg duduk. Pergi ke kaunter bgtahu apa yg patut, dapat borang utk diisi. Ish3, punyalah banyak maklumat kena isi! 3 borang perlu diisi iaitu permohonan visa untuk suami, untuk lubna dan khadeeja anak saudara.

Visa saya baru je dapat utk tempoh setahun. Itu yang terus pegi wizarah dakhiliyah utk urusan visa keluarga pula. Di sini saya belajar berdikari & tidak dapat bergantung 100% pd suami utk selesaikan kebanyakan urusan rasmi mau pun tidak rasmi. Sebabnya kekangan bahasa. Arab di sini tidak berapa mahir English, susah utk berkomunikasi mlainkn dlm b.arab.

Punyalah pulun & lama saya isi segala borang diberi. Tunggu nombor dipanggil, sampai di kaunter, pegawai tu cakap sy isi maklumat pada ruang yg salah! Ruang مستدعي adalah ruang utk diisi maklumat peribadi saya  & ruang مستدعي له ruang maklumat ahli keluarga yang ingin dipohon visanya!

Akhirnya, pergi minta semula borang2 dan isi buat kali kedua. Dengan sabar menyalin semula maklumat tadi & Ini hasilnya...


Lepas sejam, penuh tempat duduk. Semakin ramai orang...




Akibat tersalah isi maklumat, urusan di sini berakhir selepas 2 jam..oklah jugak. Kalau xsalah isi borang tadi kurang dari sejam dah boleh beredar. 

Selesai urusan di sini, kami bergegas ke city mall pula. Hampir 3 jam lebih berada di sini. Beli itu ini. Rabak poket. 



                                










No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...