Wednesday, 4 December 2013

Perkara penting saya buat sebelum & selepas tiba di Jordan

Sebelum bertolak (ketika di Malaysia)

1) Buka bank HSBC untuk kemudahan keluar duit di Jordan nnt. Bank HSBC banyak cawangannya di bandar Amman. Saya buat kad ATM & kad kredit sekali. Kad kredit HSBC tu saya gn ketika beli belah di mall. Xlarat nak kuar duit cash tiap masa. Lagipun boleh bayar hutang kredit ansur2 untuk barang2 yang mahal seperti peti ais, mesin basuh dll. Jangan lupa maklumkan pd pegawai bank penggunaan kad2 HSBC di luar negara. Diorang akan setting penggunaan kad2 utk luar negara. ( sy buat dalam tempoh 3 bulan sblm fly)

2) Pergi bank islam. Maklumkan pd bank penggunaan kad ATM & kad kredit di luar negara utk tempoh 4 tahun. Malangnya, bila cuba keluar duit di sini, mesin xdapat baca & xdpt nak keluar duit. Teruk betul, macam mana pegawai tu buat keja. Kas kredit bank islam belum pernah cuba kt sini. Takut berlaku hal yg sama. Xyakin betul nk gn kad2 bank islam kat luar negara. 

3) Call celcom customer help line utk buka international roaming pd nombor celcom. Saya perlukan no celcom di sini sebab segala mesej2 dari bank2 akan sampai ke nombor ini. Penting utk saya kekalkan no ni. Cuma klu saya bt panggilan guna nombor celcom ni memang mahal. Kalau orang malaysia call, duit saya pun kena potong.  Hanya boleh terima mesej shj dengan free. Cuma orang yg hantar mesej tu yg kena potong banyak.hik3

4) Beli handset yg boleh letak 2 sim kad. Sangat penting! Mujur terpikir nk beli anset jenis tu. Kecuali kalau yg suka pakai 2 anset mgkn xperlu.

5) Cop sijil2 akademik di wisma putra, kuala lumpur. Setiap 1 cop berharga RM 10. Setiap helaian kena cop ye. Wajib ada cop pengesahan dari wisma putra sebelum bawa ke jordan. 

6) Ambil gambar dan buat passport. Mujur sekarang tempoh passport siap dalam masa 2 jam je. Tp sebaiknya buat passport 2 @ 3 minggu sebelum fly. Jgn buat awal sangat. Rugi tempoh yg ada kat malaysia tu. saya buat 2 minggu sebelum fly. Time mik gambar pastikan pakai tudung & baju hitam. Lubna pakai baju pink mik gambar. Bila sampai kaunter imegresen utk buat passport, xlepas. Kn pegi kedai gambar semula untuk adjust softcopy gambar jadi baju gelap. Dugaan dugaan. Sabar jelah & ikut arahan. Bukan mudah nak senang.

Selepas sampai di Jordan (dalam tempoh sebulan)

1) Telefon: Saya beli line telefon dari syarikat ZAIN - postpaid. Suami beli line prepaid je. Jadi saya ada 2 sim kad telefon, zain & celcom berfungsi pada 1 handset.

2) Bank: Saya buka akaun islamic bank of jordan yg berdekatan kawasan rumah sewa. Hari ketiga sampai sini terus buka akaun. Mujur ada kawan semalaysia tolong. Kak syikin namanya. Mahir menggunakan lahjah amiyyah. Kena buka akaun bank sini sebab UniSZA nak masukkan elaun keluarga menggunakan duit Jordan. Lepas 2 minggu  urusan baru dapat kad atm. 

3) Rumah sewa: carilah umah sewa berdekatan universiti & ada banyak kemudahan. Kawasan umah sewa saya sangat dekat dgn pekan tabarbour. Jalan kaki je pegi beli barang harian. seronok. Ke universiti naik keta dlm 5 minit shj. Dapat pula apartmen tingkat atas tanah. Bes xyah naik tangga. Umah pulak besar. Nanti lain kali lepas hias umah cantik2 saya tunjuk gambar. Sewa sebula JOD 270 bersamaan RM 1230.

4) Visa: untuk dapatkan visa sementara bg tempoh 3 bulan di sini perlu pastikan kita dah dapat rumah sewa. Maknanya kita tak duduk umah setinggan & terjamin dari sudut keselamatan. Pastu baru boleh pegi balai polis terdekat utk dapatkan cop visa utk tempoh pelanjutan 3 bulan. Sekeluarga akan dapat tempoh perlanjutan ni. Di balai nanti, sebaiknya tuan umah sewa ada sekali utk proses tandatangan & pengakuan sbgi tuan rumah. Surat aqad sewa rumah & passport masing2 wajib ada sentiasa.

5) Internet: Kami guna internet WIMAX dari Umniah. Kami pilih pakej UMAX utk 6 bulan, kelajuan 3 Meg dgn kapasiti download 100GB berharga JOD 216 lebih kurang RM 982.70. Mahal kan. Harga termasuk router. Bila dibahagi 6 bulan, umpama RM164.00 sebulan untuk internet. Boleh tahan laju. Setakat ni puas hati. Kalau ikut pegawai Umniah, dia kata rumah kami xde line dan bermati2an xnak bg kami beli pakej tersebut. Sehingga tpaksa kami pinjam router kawan dr Sweileh semata2 nak test. Lepas daftar, siap buat akujanji yg kami x akan tuntut apa2 kerugian jika tiada service internet kat rumah.

6) EMJ: Jangan lupa lapor diri dengan EMJ secepat yg mungkin. EMJ akan beri beberapa dokumen untuk membolehkan kita mendaftar di universiti nanti. Antara dokumen ialah surat sokongan untuk mohon visa setahun, dokumen untuk sokong kemasukan universiti, dokumen untuk sokong penempatan di Jordan. 

7) Cop sijil2: sijil2 akademik yg dah cop di wisma putra wajib bawa sini yang asli dicop. Tujuannya kita perlu dapatkan cop pengesahan di kementerian luar, dalam & kedutaan malaysia. Lepas dapat cop2 ni baru boleh daftar universiti. Panjang lagi citer. Ke hulu ke hili naik teksi utk urusan2 ni di sini.

8) Muadalah SPM: kena buat grade SPM ikut sistem grading Jordan. Pergi bahagian idarah imtihan & bayar JOD 50. Tunjuk sijil SPM asli yang siap dicop semua & copynya sekali. Dalam tempoh 2 bulan baru boleh dapat. Lamanya. Mujur pendaftaran universiti tolak ansur utk saya daftar tanpa muadalah ni. 










No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...