Hakikatnya, kalau anda sambung belajar & anda adalah seorang ISTERI segalanya menjadi sebaliknya. Dengan kekangan bahasa, hampir segala urusan rasmi & x rasmi isteri selaku pelajar yg kena uruskan. Urusan rumah sewa, beli barangan elektrik, kerosakan sana sini, mohon visa keluarga, urusan kesihatan sumenya terpaksa diuruskan sendiri. Pergi ke hulu ke hilir naik teksi kadang-kadang suami teman & kebanyakan masa anak sedara khadeeja yg temankan.
Tambah lagi down bila banyak masalah bertimbun dalam satu masa. Ke sana sini masuk pejabat2 kerajaan belum masuk urusan keluar masuk di universiti lagi. Kementerian pelajaran, kementerian kesihatan, kementerian luar, kementerian dalam, balai polis sume saya dah masuk. Ni dah sebulan visa lewat direnew, kena pergi kementerian idarah wal hudud untuk pengecualian denda. Kemudian pergi pula ke kementerian dalam negeri, pastu pergi semula ke kementerian idarah wal hudud untuk dapat cop kalau lulus pengecualian denda baru pergi balai polis. REMEH!. Tapi saya dah tekad nak bayar je denda tu. Malas nak pening kepala dengan banyak urusan. Exam pulak hampir tiap minggu, dengan assignment xsiap2.
Belum lagi urusan dalam rumah dengan anak baru seorang kadang2 rasa tunggang terbalik je study phd ni. Time nak belajar tulah dia minta perhatian. Kadang2 sambil menaip assignment sambil berlawan2 dgn lubna yg nak main laptop jugak. Besar juga dugaan untuk bersabar.
Daripada sekecil2 urusan hinggalah sebesar urusan kena uruskan sendiri. Sebab utama ialah saya sorang yg boleh bercakap bahasa Arab walau pun kokak2. Sedih xdapat nak bergantung harap pada suami di sini. Rasa terbeban bila berdepan dengan pelbagai urusan. Atau mungkin saya yang terlalu manja. (Dalam hati harap suami mengerti setiap kali sy mengeluh psl ni)
Bagi sahabat2 terutama para ISTERI yg nak sambung belajar di luar negara (mungkin dlm negara jg), bersedialah dr sudut mental juga. Anda bukan saje perlu menjadi pelajar tapi seorang ibu dan seorang isteri. Kalau belajar di luar negara, anda umpama ketua keluarga di mana ahli2 keluarga anda adlh di bawah tanggungjawab & jaminan anda xkiralah wlupun ada suami.
Teringat sembang2 dgn kak nisak, kawan gelak tawa sedih pilu sejabatan bahasa Arab. K.nisak kata dia ada baca dr.zaharuddin pernah sebut kalau suami yg sambung belajar, suami akan mula fokus pada diri sendiri tanpa menghiraukan anak bini. Tapi kalau isteri yang sambung belajar, isteri masih menjadi seorang isteri, seorang ibu & dlm ms yg sama sebagai pelajar! Terima kasih kak nisak sebab bkongsi dgn saya pasal kata2 ustaz zaharuddin ni.
Sekarang xkiralah cemerlang atau tidak kelas2 phd yg saya hadiri. Yg sy utamakan adalah lulus setiap subjek & dapat menyiapkan tesis phd pd masanya, itu sudah cukup baik utk saya. Baru seorang anak rasa sudah mengalah belum lagi beranak pinak.
Salam.
ReplyDeleteSetiap entri anda saya baca. Menarik. Banyak benda yang awak buat sendiri. Mulanya saya ingat anda bersama anak sahaja yg berada di Jordan. Kagum dgn kesungguhan anda yg boleh buat byk benda dlm satu masa. ( study,masak2, layan anak, jaga suami, buat semua hal2 dlm rumah). Semoga sukses.
Salam..terima kasih sudi baca blog sy. Sekadar berkongsi citer kehidupan biasa kami spnjg di jordan. Gembira sekiranya ia bermanfaat utk orang lain. Semoga berjaya utk anda juga wlu di mana berada:)
Delete