-المنهاج والمعرفة
-تربية المعلمين
- حلقة بحث في المناهج والتدريس
-الاستراتيجيات في تنفيذ المناهج
Untuk semester depan samada 3 @ 4 subjek saya akan daftar. Bergantung kepada mood & result saya semester ni. Markah lulus adalah 70%. Bila dikira2,kemungkinan saya hanya punya 1 tahun setengah untuk menulis & menyiapkan tesis phd. Kelas saja dah ambil masa 2 tahun. Hmmm...
Sebelum mula bentang khuttah (proposal), ada satu peperiksaan sume student phd wajib ambil iaitu imtihan kafa'ah. Merangkumi keseluruhan subjek yang telah dipelajari. Mcm imtihan syamil di uiam. Pelajar diberi peluang untuk kali kedua menduduki exam ni sekiranya gagal utk kali pertama. Kalau gagal kali kedua, dikira gagal & boleh dibuang universiti.hmmm...
Ini portal rasmi WISE university...
Siap ada resepi sambal sotong sebelah tu untuk menu kami esok...oh lupa, esok petang saya ada exam pertengahan sem utk subjek tarbiyyah muallimin. Tgh study...
Ni nota yg saya salin semula. Nota dalam kelas serabut betul tulisannya. Mana taknya, doktor cakap punya laju. Memang tahap phd betul. Di sini saya belajar utk tulis b.arab dgn sangat cepat. Boleh perturun ilmu pada student balik malaysia nanti.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك