Monday, 29 December 2025

Nasi mandy lagi..

Nasi mandy ayam... 

Menu untuk keluarga hari ini. Senang masak dalam pressure cooker. 

Makan mee tarik al-barakah di masjid terapung.. 

Rasa macam meggi. 

Borak adik-beradik cuti baru ni. Tapi sekarang semua sudah pulang ke sarang masing2.. 


Bertemu semula raya tahun depan inshaAllah. 




Friday, 26 December 2025

TC steak house

Dah lama berhajat nak singgah rasa akhirnya dengan pujukan adik yang balik ke Terengganu dari Johor maka kami ke sini untuk cuba..

Adik lelaki belanja daging family set dua set.. 

Lucu jugalah kata staff hanya 1 set saje boleh ditempah untuk 1 booking family. Padahal kami 3 family ada 16 orang. Tapi suami minta juga sebab macam tak masuk akal pula boleh order 1 set je.

Kos 1 set RM150, ambil 2 set dan selebihnya tambah sendiri. 

Monday, 22 December 2025

Baiki vios..

Ahad baru ni kereta vios berbunyi kuat di bahagian enjin lepaa suami hantar saya ke pejabat. Tersadai sekejap di masjid Wakaf Tembesu sebelum naik grab kawan balik ke rumah. 

Kata pomen fan belt hampir putus. Jadi lepas habis kelas jam 4 suami ambil saya naik expander dan ke masjid untuk bawa kereta ke bengkel kawannya. Berdebar betul, sudahlah lama tak bawa kereta. Terpaksa juga. Suami bawa expander dan saya bawa vios. Dengan bunyi semakin kuat terus saya berhenti depan maahad tok jiring. Tak berani nak bawa saya pula tukar bawa expander. Ni pun kelakar sebab setelah 3 tahun beli, kali pertwma saya bawa atas jalan besar huhu. 

Pendek cerita hantar bengkel dan pagi tadi baru ambil semula. Kos baiki tukar alat RM769. Huhuhu. Bajet hangus yang tak disangka. 

Ok, ini pula vacum baru yang adhoc beli sebab yang di rumah 2 biji sudah rosak😭. Jenama panasonic nampak gagah dan memang gagah. RM415 sebiji. Vacum paling mahal pernah beli. Saya tak boleh hidup tanya vacum. Menyapu tak sebersih vacum yang menyedut debu2 kecil. 

Ok sehari dua ni berulang alik dan tidur di rumah mak sebab adik2 ada yang balik ke rumah mak ayah..anak dan sepupu2 mm


Masak bawa ke rumah mak.. 

Penat juga tapi seronok memasak banyak dari biasa. 

Ini tengok traz perodua tadi sebelum ambil kereta di bengkel.. 

Cantik. 







Thursday, 18 December 2025

Majlis Anugerah Prestasi Pasti 2025

Sempena Majlis Anugerah Pasti..

Halaa hadiah celik minda 5 tahun.. 

Nanti ambil gambar lebih jelas dengan walid dan cikgu. 

Patutnya Hala nasyid atas pentas tapi entah macam mana boleh tercicir. Aduilah kesian anak ummi tak dapat menyanyi kali ini. Tahun lepas semangat naik pentas menyanyi dengan kawan2. Takpekah Halaa, tahun depan pula ye. 

Sayanggg anak ummi yang manis lagi petah. Ummi doakan Halaa berjaya cemerlang di dunia dan akhirat amiin. 

Ini pula masak untuk jamuan sekolah Alyan Rabu baru ni. Pulut kuning rendang ayam... 

Ada ke pulak dia cakap pada cikgu nak bawak balik kalau ada lebih. Cikgu mesej bagitahu😂. 

Ini jamuan ringkas akad nikah pak sedara dan mak sedara yang telah bercerai hampir 8 tahun dan Rabu baru ni berkawin semula.. Bila sudah memang jodoh.. Alhamdulillah.. 

Lucu dan rasa tak sangka. Mak sedara ni suka memasak dan sedap sangat. Terkejut mula2 dulu dengar dia berpisah dan betul2 bercerai dengan pak saudara. Padahal pada saya masa tu diorg adalah pasangan sejoli. Majlis ringkas.. 

Nasi tomato pengantin yang masak. 



Thursday, 11 December 2025

Alyan dapat no 6..

Alhamdulillah.. Lebih 10 kali ulang dapat no 6 sejak dari semalam..

Ummi letak di sinilah nampaknya. 9A 2B. Semoga kekal cemerlang dan UPSRI nanti dapat full A amiinn. Doa untuk kakak Lubna dan Halaa juga.

Oklah Rabu baru ni puasa jadi berat turun jadi 87kg Alhamdulillah. Tapi lepas tu naik semula jadi 88kg. Better dari bulan lepas berat saya 91kg😭. Hajat dapat turun 83kg rasa gembira dah.

Halaa di pasti sempena jamuan akhir tahun dan besday. 
Tema baju tidur. 

Nasi dagang atas tol makan baru ni dengan suami.. 

Friday, 5 December 2025

Proses diet.. diet dompet..

Nak slow2 diet tp berjaya beberapa hari. Sehari dua ni rasa nak makan banyak. 😢

Bawa anak2 makan di luar minggu ni. ICT Firdausy RM69.. 

KTCC makan pastry dan roti.. 

Pegi KTCC bila bawa anak2 dengan banyak tempat singgah memang makan belanja. RM170 untuk makan dan diy serta sikit barang dapur. 

Kopi nisang odw ke rumah mak.. Dan dumpling serta roti inti daging di kedai makan cina al barakah di masjid terapung.. 


Ini saje dah RM70 untuk 2 set dumpling, 6 biji roti daging, 3 aiskrim dan 1 air kopi nisang. 

Nampak gaya minggu ini bukan  ummi yang diet, tapi dompet duit yang diet. 

Well done anak2! 

Minggu depan semua makan je apa ada. Ummi kena kawl nafsu membeli. 

Oklah, hari ini bermula hujan semula setelah seminggu panas. Tapi pelik sikit sebab hujan turun tiba2 dan berhenti tiba2. Minggu lepas unisza pdpr kerana bimbangkan banjir dan hujan lebat. Rupanya panas seminggu. Esok bermula kelas fizikal, molek pulak hujan turun hari ni. Huhu. Qaddarallah ma yasha'. 



Saturday, 29 November 2025

Proses pindah bilik dan kemas.. hujan dan banjir

Dah hampir sebulan proses mengemas. Pindah bilik kerja suami dan bilik lubna serta alyan. Beli kipas siling RM102, almari gantung ikea dua buah RM440...


Comel kipas ni bilahnya agak pendek tapi angin agak kuat. Hatap bertahan lama walau tanpa jenama terkenal.

Bilik belum siap sepenuhnya dah siap nanti update semula. 

Dalam 2 hari ni hujan lebat sampai naik air di kawasan garaj. Berdebar kalau tiba2 air naik lebih tinggi tapi Alhamdulillah dalam masa 3 jam dah surut... 

Kereta vios dah keluarkan dan letak di tempat lebih tinggi. Tinggal kereta expander dalam pagar. 

Ini pagi tadi singgah kebun atuk tengok ikan keli.. 

Ambil kelapa atuk tanam... 

Minggu ni pdpr sepenuhnya memandangkan hujan lebat akan kembali turun bila2 masa. Musim tengkujuh sudah tiba. 

Anak kecilku melukis... 

Wednesday, 26 November 2025

Makan-makan..

Makan di kedai makan berhampiran rumah.. 

Makan tengahari dengan Kin dan anaknya Ain tengahari tadi... 


Dumpling sedap! 

Sherpard pie untuk makan malam ni.. 


Alhamdulillah. 

Ni menu semalam.. 


CU Mart beli tepoki.. 

Monday, 24 November 2025

Kenduri kahwin sepupu..

Kenduri sepupu iaitu anak pak sedara di Terengganu..Naim namanya.. 

Bertempat di rumah abang Jamil..


Order dari dua tempat yang berbeza... Untuk makan sendiri sahaja.. 

Koci RM37 untuk 30 biji plus rm10 cod dan cara berlauk ayam RM35 untuk 50 biji. Alhamdulillah sedap. 

Musim hujan ni bila sejuk teringat ke Jordan. Rasa rindu yang tidak berpenghujung...


Tuesday, 18 November 2025

Banyak benda lupa nak tulis

Makan nasi daun pisang di Mayang Mall.. Sedappp boleh refill nasi dan kuah..makan 2 orang RM44.. 


Buat nasi maqlubah untuk ppba minggu lepas.. 



Tawar sikit. Sedihnya. 

Buat laksa penang sendiri semalam. Jadi! 


Puas hati makan. Beli sekilo laksa RM7.50 dan sekilo ikan kembung RM15. 

Masak maqlubah lagi tadi.. 
Pagi tadi order cara berlauk ayam RM21/30 biji. Puas hati.. 
Ok, asyik makanan saje kan. Masih belum bosan bincang pasal makanan. Ini saje cerita dan gambar paling selamat untuk dikongsi di media sosial. Takkan nak letak gambar muka sendiri pula hari2.

Ini sekitar majlis tahlil saudara... Sopannya anak ummi.. 

Sedap betul! Alhamdulillah.