Wednesday 25 November 2015

Mak abah & adik tiba di Jordan..!

Alhamdulillah baru berkesempatan mencatat sejarah baru dalam hidup. Impian nak bawa mak abah dtg jordan telah pun terlaksana. Sempat dengar abah cerita semalam, dulu tahun 1983 abah mak pegi buat haji & sy pun belum lahir lagi, ketika di mekah ada tawarah jaulah ke jordan menaiki bas dgn kadar sekian2. Tapi kerana bimbang xcukup duit pulang msia nanti maka mak abah batalkan hasrat utk ke jordan selesai dari haji. Tapi rupa2nya selepas 32 tahun Allah makbulkan keinginan dan akhirnya mereka sampai ke sini..! 

Subhanallah, lambat atau cepat ada rezeki masing2 telah Allah catatkan. Yg utama adalah niat, usaha & tawakkal serta sabar. 

Gamabr sepanjang 3 hari sudah mak abah dan adik berada di sini...







Setakat ini sempat berjalan2 sekitar tobarbour & ashabul kahfi shj. Mak sy pula xboleh nk duduk lama dlm kenderaan sbb mabuk perjalanan jauh masih belum reda. Nampaknya perlu makan ubat tahan mabuk yg kami beli di farmasi tempoh hari kalau hendak berjalan jauh ke laut mati.

Gulai kambing & nasi arab..


Sup kambing...abah makan cicah roti...


Sarapan pagi mak buat nasi goreng sempoi tanpa bawang...


Seronok masak & makan bersama ahli keluarga. Kambing pula kegemaran abah sy. Nmpknya kena beli banyak kambing supaya abah puas makan kambing di sini.

Ok, nak piki masak apa pulak tengahari ni. Pagi nk nk berjalan ke sameh mall berdekatan. Mak nak cari minyak zaitun bawa balik malaysia.


Saturday 21 November 2015

Tidak semua impian menjadi kenyataan

Tekad khamis baru ni untuk menyiapkan 20 halaman fasol dua tidak menjadi kenyataan. Sehingga hari ini hanya mampu menyiapkan 3 halaman sahaja! Fikir-fikir rasanya mampu menulis satu halaman sahaja satu hari. Itu lebih baik dari zerro, huhu. Ditambah dengan lubna pula tiba-tiba demam panas sejak malam khamis. Melarut ke jumaat sekejap kebah sekejap panas. Lepas masukkan ubat paracetamol revanin dalam buntutnya barulah kebah panasnya alhamdulillah. Xmampu rasanya melihat anak sakit berpanjangan apatah lagi jika diuji dengan sakit yang berat, والعياذ بالله.

Ok, adik perempuan saya yang baru kahwin baru ni dah pun berlepas ke UK jam 10 pagi tadi waktu Malaysia. Semoga selamat sampai ke destinasinya ameen ya Allah. Esok pula giliran emak, abah dan adik bongsu saya berlepas ke Jordan pula:). Semoga Allah mudahkan perjalanan mereka, dalam penerbangan dan sepanjang berada di sini serta ketika pulang nanti. Hanya Allah yang tahu betapa bimbangnya saya akan keselamatan ahli keluarga tersayang lagi-lagi kalau berada di atas sana tu hanya Allah yang dapat menjaga mereka.

Baiklah seperti biasa menu makanan harian kami di sini.

 Nasi mansaf kambing pemberian basma..!


Sangatlah sedap!

Bubur nasi, kurma ayam...


Maggi dan kimchi..


Makaroni goreng...


Nasi goreng pagi tadi...


Makan dgn kopok lekor (malaysia mari) & kimchi.

Sambung menulis semula. Tabiat saya tak boleh lama-lama mengadap buku atau menulis (tesis). Cepat rasa bosan. Teruk sungguh rasa.

Thursday 19 November 2015

Tekad yg harapnya menjadi nyata

Tekad nak siapkan fasol dua sekurang2nya 20 mukasurat sebelum ahad ini. Huhuhu. InshaAllah boleh salwa..!

Lauk pagi tadi, nasi putih, ulam2an celur, ayam goreng kunyit kari, kicap bawang, budu tempoyak...


Makan simple macam nilah yg selalu sgt menambahkan ketagihan utk makan nasi dgn lebih banyak. Hihi.

Makan malam ini pula jemput2 dgn sambal ikan bilis petai...


Asyik makan je kojenya. Minggu ni tiap2 hari membaca resepi2 di internet. Aktiviti membaca utk tesis selang seli dgn membaca resepi. Xtaulah sekarang passion sy ialah memasak dan memasak. Semoga berjaya membuka restoran satu hari nanti ye salwa..! 

Wednesday 18 November 2015

Pulut kuning rendang daging


Sarapan pagi hari ni merangkap makan tengahari. Pulut kuning & rendang daging...




Dah xkempunan lagi. Kioh2.

Ok nak membaca.

Minggu depan mak, abah & adik sy smpi...!

Tuesday 17 November 2015

Urusan tolab muwafaqoh tajdid iqomah

Ada citer di sebaliknya. Petang semalam belek2 list senarai urusan tajdid iqomah utk keluarga. Tengok2 ada urusan EMJ yg perlu diselesaikan dulu sebelem ke wizarah dakhiliyyah. Ya Allah langsung xingat kena mohon pengesahan dr EMJ dulu baru boleh kemuka permohonan ke dakhiliyyah. Ya Allah geram betul mcm boleh langsung xingat. Hajat hari ni perlu ke dakhiliyyah shj tapi rupanya perlu ke EMJ dulu barulah ke dakhliyyah. Buka entry lepas di blog cari pasal pengesahan EMJ, maka terjumpalah entry bulan 10 tahun lepas yg kami ke EMJ utk mohon pengesahan sebelum ke dakhiliyyah, teruk betul, macam mana boleh x ingat??! Wkt tu pegi dgn k.kyn jg. Hmmm.

Redha sajelah. Jam 7.30 pagi kami keluar jalan sudah jem! Pusing kot syari' yajuz. Gitu gini kul 8.30 baru smpi EMJ. Urusan dgn mr.ziyad. Fotostat iqomah suami & anak sekali. Dlm list yg SELAMA bagi memang xtulis perlu fotostat iqomah suami & anak. Perlu dibaiki. Gitu gini dptlah surat pengesahan dr EMJ mengenai maklumat diri sy sbgi pegawai yg dihantar belajar oleh kjaan msia dgn gaji sekian2 serta permohonan utk merenew visa keluarga. Lupa pulak nk mik gambar suratnya. Jam 9 pagi selesai urusan maka teruslah ke dakhiliyyah. Alhamdulillah.

Sampai di dakhiliyyah sy masuk sorang sbb dh stat hujan renyai. Suami & anak tunggu dalam kereta. Minta borang tajdid iqomah 2 helai. Isi dgn sungguh2. Nasib baik bw liquid paper. Hampir2 tersalah isi maklumat bahagian المستدعي. Eh tengok borang baru ni tulis المستدعي/الكفيل haaa baru betul ada perkataan كفيل tu sekali klu tidak mmg confuse! Tahun lps sy siap salah isi. Bhgian tu sepatutnya maklumat ttg diri sy tp sy letak maklumat suami. Dhlah dua2 borang salah isi. Gigihlah amik borang semula selepas menunggu & dipanggil giliran di kaunter rupanya salah isi. Hua2. Jadi tahun ni belajar dr pengalaman tahun lps. Jgn buat silap. Tengok betul2 & bawa liquid paper...!

Seperkara lagi harga towabi' (cop setem) ialah JOD 10. JOD 5 utk satu permohonan. Bayar dulu cop setem di di kaunter khas lain baru dtg semula le kaunter mula2 tadi utk proses seterusnya. 1 disember nanti baru boleh dtg semula utk ambil surat muwafaqoh. Lepas tu baru boleh buat iqomah baru utk suami & anak di balai polis, tobarbour. Harapnya xdelah kena denda sebab dh lewat sebulan lebih huhu. Dan harapnya tahun lepas last tajdid iqomah sbb kami dh xsabar nk menetap di msia pulak. Hik2. Bila dipiki2 selepas berkahwin sy sempat duduk 2 tahun je di msia dgn suami. Lubna pulak sempat membesar 7 bulan saje di sana. 

Selesai semua dlm jam 10 pagi. Awal jg siap sbb sampai awal jg. Klu nk merebut dgn org ramai di dakhiliyyah silalah datang jam 10.30 pagi macam tahun lepas menunggu 23 orang baru smpi giliran. Macam2 jenis orang ada. Hari ni menunggu dlm 8 orang saje. Itupun skjp xlama alhamdulillah. Kaunter utk urusan iqomah sanawiyyah ni biasanya kaunter 27-28-29 shj.

Balik tobarbour lebih dekat dgn dakhiliyyah. Singgah di sameh mall sbb lubna asyik minta troli baby. Cari2 xjumpa, akhirnya beli plastesin ni. Ummi pun tumpang main sbb sy pun suka dgn tanah liat sejak dr kecik lg. Pantang tengok mainan yg berwarna warni mcm plastesin @ pensil warna, water color, crayon laaaaagi sy kemaruk. Hihi. Jod 5.500 (RM33++). 


Di bawah ni gmbr semalam. Suami bt kimci yg sedap..!


Masak tempoyak ayam, ikan pekasam, tauge goreng, kimci, nugget, budu!



JOD1 = RM 6.189. Merosot jatuh duit msia. Mula2 dtg dulu baru RM 4.50 utk sedinar. Sekarang ni mmg dalam proses berjimat cermat semula. Kecuali xdpt berjimat bila lubna minta mainan itu ini. Rs kesian sbb wkt kecik dulu pun jarang beli mainan utk dia. Baju2 pun ramai yg hadiahkan. Boleh kira dgn jari berapa helai je baju baru yg kami belikan. Hihi. Jadi skrg bila dah besar minta mainan sebolehnya cuba penuhi dgn syarat harga berpatutan dgn poket semasa.  Setiap kali sy kedekut nk beli itu ini tuk lubna, mak mesti akan ckp alah awak ni anak baru sorang pun berkira. Keh3 tergelak2  depan mak. Dalam hati a'ah betul jgk. Kih3. Nasiblah lubna dpt ummi kedekut taik idung masin. Kioh2.

Sunday 15 November 2015

Kitab muwafaqoh, tajdid iqomah

Alhamdulillah hari ni dh dapat muwafaqoh dr jamiah utk tajdid iqomah sanawiyyah. Pergi ke balai polis lebih kurang jam 1 petang. Bg dokumen apa yg patut terdiri dr iqomah lama, salinan passport bg cop keluar & masuk jordan yg paling terbaru, sekeping gambar passport. Isbat tolib xpula dia minta. Kali ni xperlu isi borang mcm dulu. Polis tu yg isikan. Mudah keja. Esok baru amik. Hmm ingatkan dpt terus. Mungkin sbb dh petang kot.

Kemudian pergi ke kuliyyah dirosah ulya yg terletak beberapa kilometer dr balai polis tobarbour. Naik tingkat tiga dgn mengah2 menggunakan tangga. Tujuan ke sana ialah utk mendapatkan kitab muwafaqoh tajuk utruhah phd sy. Alhamdulillah mmg dh ada. Dah siap lama dh sejak 29 oktober lagi. Mujur ringan tangan mesej khaulah tanya ttg kitab muwafaqoh ni, klu tunggu secratary qism agak ya mau makan berbulan2 menunggu huhu. Khaulah rakan sekelas sy yg bgtau suh pegi terus ke dirosah ulya & tanya ttg kitab tu. Alhamdulillah. Rs lebih lapang utk menulis. Xpelah yg penting secretary ala dh tolong sy dapatkan sign dr.amin & dr.taha utk sy sebelum balik msia baru ni. Bantuan yg sgt2 sy hargai di kala saat mendesak.

Ini kitab muwafaqoh ta'yn musyrif sekali dgn tajuk phd sy...


Xsangka akhirnya pencarian tajuk phd sy berakhir dengan tajuk ini. Hua2. Alhamdulillah ala kulli hal. Perlu lebih bnyk membaca.

Makan pagi merangkap tengahari...sup ayam...


Esok nk amik iqomah di balai polis. Kalau rs rajin ingat mau ke wizaroh dakhiliyyah utk mohon muwafaqoh tajdid iqomah utk suami & anak pula. Tengoklah macam mana. 

Lubna kacau!!


Saturday 14 November 2015

Masak lemak lengkuas ikan aye, peria & jering

Bukan main panjang nama resepi. Ikan ayer hitam ni bw dari kelantan. Goreng & bekukan. Sampai di jordan simpan dlm freezer dan masaklah dgn apa2 jenis lauk kegemaran. Ini salah satu lauk kegemaran suami & sy jugak sejak berkahwin dgn org kelantan...



Resepi:

Ikan aye
Bawang merah (kisar)
Cil besar merah (kisar)
Lengkuas (kisar)
Serbuk kunyit
Santan paket
Asam keping
Garam

Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak, buh serbuk kunyit. Setelah garing buh air, peria, jering & ikan. Masak sehingga mendidih. Buh santan paket. Masak smpi pekat dgn api perlahan sehingga naik minyak.

Boleh makan dgn nasi putih & sambal belacan. Xmau letak peria, letak timun @ kacang panjang pun sedap. Kalau bungkus nasi putih, buh lauk ni dan sambal belacan dan tunggu sampai nasi tu bengkak laaaagi best. Hik3.

Selamat mencuba.

Makan malam syawarma & zinger burger...


Beli di mat'am hanini. Rs muak sgt. Hua3. Padahal sblm tu beria teringin nk mkn syawarma. Syawarma di abu eiz rsnya lebih sedap & xmuak. Xsabar nk suh mak abah adik rs pulak mknn arab sini. Permudahkan perjalanan mereka ya Allah.

Friday 13 November 2015

Makan2 sempena hari kelahiran lubna

Hari ni kami ajak amni & midah makan2 sempena meraikan birthday lubna yg ke 3 tahun. Masak simple2 saje. Midah bawakan kek coklat & hadiah selipar utk lubna. Time kasih mak cik midah:)

Kek dua biji, keropok, mee goreng, buffalo chicken wing, lasagnia...sy goreng mee, kopok & hias kek saje. Yg lain sume suami buat hihi...


Buat kek carrot utk lubna. Bising dr mula buat kek cakap nk makan kek. Kih2...


Kek coklat dr midah...



Hajat nk panggil ramai lg tp xlarat nk masak banyak2. Kah3. Makan berenam ni pun dh cukup meriah & sonok. Eh lupa pulak mik gmbr dgn midah & amni.

Ok, dh 2 hari makan nasi minyak. Asalnya nk buat nasi minyak masa besday lubna tp sbb kempunan sgt nk mkn maka rabu & khamis sy masak nasi minyak berturut2 sampai naik muak...


Lubna dh cukup 3 tahun. Antara perkembangan yg boleh sy catatkan di sini ialah:

  1. Berat badan 14 kg.
  2. Sudah boleh kayuh basikal roda tiga.
  3. Sudah boleh menyusun ayat menggunakan 4 patah perkataan.
  4. Sudah faham arahan dan melaksanakan permintaan.
  5. Sudah pandai mengarah.
  6. Suka bergaya.
  7. Sudah pandai memanggil nama panggilan orang2 yg dikenali.
  8. Sudah pandai mewarna dalam garisan.
  9. Sudah pandai mengenal anggota badan.
  10. Sudah pandai melukis orang lidi.





Tuesday 10 November 2015

Harga rumah banglo di terengganu melampau naik..!

Petang tadi saje2 buka mudah.com. Tengok bahagian properties, land di terengganu. Ya Allah terkejut monkey tengok rumah banglo setingkat yg baru sudah mencecah harga RM400,000 di Kuala Terengganu! Memang harga cekik darah. Harga rumah semi D pula mencecah RM250,000 ke atas. 

Saya beli rumah banglo setingkat juga pada tahun 2011. Waktu tu sudah berharga RM250,000 tapi masih consider murah berbanding rumah banglo setingkat yg lain di kawasan kuala terengganu. Ada 4 bilik, 2 tandas dgn keluasan 1600 sq feet. Mungkin kerana lokasinya agak ke dalam lebih kurang 7km dari jalan besar. Tapi sekarang harganya berdasarkan situasi ekonomi terkini sudah pun mencecah RM350.000! Bayangkan perbezaan harga selama 4 tahun ini. 

Tengah surf mudah.com tetiba2 tertengok iklan orang nk jual rumah di kawasan berdekatan rumah sy. Tup2 rupanya pemilik rumah di kawasan perumahan yg sama nak jual rumahnya lot tepi dgn harga RM380,000. Wah, rs2nya dulu harga lot tepi ni dalam RM280,000. Sy sendiri xsempat nak beli lot tepi sbb setiap rumah lot tepi dh ada orang tempah. X pernah sempat kenal dgn pemilik umah ini sebab dia dan keluarga hanya datang sekali sekala. Lagi pulak sy masuk rumah tahun 2012, tahun 2013 dah sambung belajar di Jordan sampailah sekarang. Belum sempat kenal jiran melainkan jiran2 kanan dan kiri rumah. Belum sempat beli perabot perkakas pun dalam rumah melainkan yg penting shj. Hihi.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati utk beli rumah tahun itu. Dengan motivasi dari rakan sekerja syikin, perbincangan dgn mak ayah akhirnya sy beli rumah sendiri sebelum berkahwin lagi menggunakan loan kerajaan. Sy dah tetapkan awal2 untuk memiliki rumah banglo berharga tidak lebih dari RM250,000. Xmau menanggung hutang bulanan yg banyak. Alhamdulillah berjaya. Kalaulah dulu sy bermalas2an cakna tentang rumah agaknya skrg sy putih mata tengok harga rumah yg ada. Mungkin hanya mampu mendiami rumah teres shj. Cuma sekarang kadang2 terkilan tengok tanah depan Giant Gong Badak yg sy lepaskan. Harganya dulu RM75,000. Waktu tu mana nak tahu giant, mydin, sabasun akan naik. Rasanya sekarang harganya sudah mencecah RM180,000 mungkin. Maka berhuhuhuhu lah saya sampai sekarang.

Monday 9 November 2015

Menghitung bulan

Kalau dikira2 lagi berbaki 16 bulan sebelum tamat perjanjian tajaan cuti belajar. Progress tesisi? Setakat ni hanya 20% saje rasanya yg siap sejak habis kelas bulan 6 lepas. Sudah 4 bulan berlalu. Surat muwafaqoh dari qism pun belum kunjung tiba. Rasa down skejap. Lagi2 bila difikirkan camnelah nk buat semakan adawat dirosah dgn dakatir dr pelbagai universiti di sini? Rasa seram sejuk memikirkan.

Walaupun hari2 piki nak masak apa, dalam kepala hari2 juga memikir pasal tesis. Piki camne nak cari semangat, piki camne nk menulis b.arab dgn sebaiknya, piki camne nk cari artikel yg bagus2, camne ini camne itu. Banyak sgt piki, akhirnya menulis pun tidak. Hua2.

Walaupun dlm hati ada gusar, tapi masih bermalas-malasan. Tengok skrg punya masa utk menulis di blog. Haish. Oklah stop dulu.

Simple saje hari ni...


Hadiah besday lubna bagi lebih awal dr tarikh gara2 lalu di kedai mainan di mukhtar mall tadi...



Hari ni bw lubna masuk tempat permainan knk2 yg kena isi duit tu. Apatah namanya. Hari2 lubna cakap nk naik mainan, nak naik hison (kuda). Kesian pulak. Terbang Jod5 (Rm30). Sempatlah dia rasa beberapa jenis permainan. Alhamdulillah.

Usrah mutazawwijat minggu lepas...

  
                              


Sy bentang fasol 6 bahagian pendidikan sosial anak2. Rasa mcm ustajahlah pulak. Kadang2 teringat suasana mengajar di unisza dulu, kdg2 rs rindu. Tp xnak rindu over sgt sebab habis phd ni, 25 tahun kena berkhidmat dgn penuh maju jaya! 

Thursday 5 November 2015

Nasi mansaf

Sabtu baru ni mendapat jemputan xrasmi makan nasi mansaf di umah jiran, basma. Suka betul hati memandangkan dh lama xmakan mansaf. Yg di kedai kurang sedap pd tekak kami.

Inilah nasi mansaf makanan tempatan msykt jordan. Ditabur dgn kacang goreng & daun parsley. Berasnya mgunakan beras bulat jenama tiger ala2 beras sushi. Lembut & harum. Dimakan dgn syurbah @ sup yg dibuat drpd jamid iaitu susu kental yg popular di klgn msykt jordan.



Pulang msia nnt pasti merindukan nasi mansaf basma ini.

Hari ni hujan lebat di Amman. Tengok video banjir kilat di beberapa kawasan. Semacam tsunami kecil pun ye. Air deras. Suhu sekitar 15°c. Dalam rumah sudah mula sejuk tp tidak sesejuk di luar.

Hari ni kami beli tong gas baru. Stok untuk musim sejuk nanti. Mak abah dan adik pun akan datang akhir bulan 11 ni. Seronoknya. Semoga Allah mudahkan perjalanan mereka sampai, ketika berada di sini, dan pulang nnt. Adik perempuan sy yg baru berkahwin baru ni pun akan fly ke UK sehari sebelum mak abah sy fly ke jordan.

Bermula semalam sakit tekak, berat kepala. Makan madu xjalan. Minum air suam dgn madu & perahan lemon pun xberapa jalan. Minum air suam oklah sikit. Harap xmelarat sakitnya. Kalau tidak satu badan rs sengal.

Mcm biasa, hari2 memasak utk suami & anak tercinta. Rasa bahagia dpt masak, bahgia menternak lemak. Hmmm...



Nasi kerabu 2 hari berturut2. Bungkus dlm kertas minyak. Terasa mcm di terengganu & kelantan...



Mee celup..





Semangat betul bab2 makan ni kan. Hihik. 

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...