Friday 20 April 2018

Kuantan-raub-fraser hill-gombak

Minggu lepas saya sekeluarga travel banyak tempat. Last stop di kuantan mak abah, keluarga kakak dan keluarga saya duduk di homestay kuantan. Malasnya nak menaip tengok gambar dulu...

Bertemu salah seorang keluarga cina mak...


Kami dapat 10 bekas durian musang king dna tiga biji durian. Huhu. Puas hati makan. Memang keluarga cina mak kaya dengan musang king.

Destinasi terakhir kenduri sepupu di gombak. Ini sebenarnya tujuan travel kami..

Fraser hill. Jenuh nak naik atas sejam jugak jalan pusing-pusing...
Tidur semalam di fraser hill. Ada cerita seram sejuk kat sini tapi tak sempatlah nak taip banyak hihi. Cuma kami selamat tak bermalam di rumah agenda misteri tu. Huhu. Booking lima bilik di shahzan inn on the spot. Alhamdulillah ok shahzan inn. Breakfast terbaik.


Ziarah rumah fadlina kawan sejak dari sekolah rendah lagi. Rindu. Sekarang semua dah beranak dua


Thursday 5 April 2018

Ikan siakap bakar petai

Tak payah banyak cakap tengok gambar terus...


Balik dari kerja tadi ajak suami singgah pasar batu enam teringin makan ikan. Beli siakap RM12 seekor dan ikan kerisi tiga ekor RM14. Balik rumah tumis rempah ikan bakar tengok dalam internet resepinya, masak sayur bayam. Suami goreng bawang putih krup krap untuk stok bekalan.

Seronok memasak. Hilang rasa stress yang tak tau datang dari mana. Hobi bila makin meningkat dewasa selain dari makan dan tengok orang makan, saya suka memasak.

Nilah namanya pompuan. Hihihi.

Makan pagi 6 April...


Tuesday 3 April 2018

Sumbangan makanan

Pagi ni saya dan suami memasak nasi goreng untuk Pasti lubna. Kena sediakan untuk 170 pelajar. Tak tahulah cukup ke tidak yang kami masak :'(.

Menu sebelum ni macam-macam dalam kepala. Last2 nasi goreng sempoi aje. Kuang3x. Goreng sosej sikit.


Kalau ikutkan nak buat nasi arab, oqdah ayam, nasi paprik, ayam masak kicap. Akhirnya satu pun tak jadi. Teruk betul. Huhuhu.



Nasi yang digoreng dalam 7kg. Empat kali masak meggunakan periuk hitam seperti dalam gambar. Ada dua periuk hitam beli dari Jordan jadi masak sekaligus dua periuk atas dapur. Mula masak jam 6 pagi dan selesai masak nasi goreng jam 8 pagi. Siap potong bawang putih dan ayam malam sebelum. Mudahlah sikit kerja menggoreng bila bahan lain siap lebih awal.

Ini pula nasi zurbiyan petang semalam. Teringin...


Monday 2 April 2018

تعبانة جدا

Penat tak boleh lari dari kehidupan.

Penat emosi lebih parah dari penat jasmani.

Penat emosi hanya boleh dipulihkan dengan rasa tenang dan bahagia. Tak perlu fikir apa-apa. Tak perlu kejar apa-apa. Bestnya.

Selalu sangat fikir apa cara untuk mendapatkan duit tetap bulanan supaya boleh berhenti kerja. Pekerjaan yang goyang kaki dapat untung 5-6k sebulan pun cukuplah. Seronoknya berangan.

Masak ikan patin di rumah mak jumaat baru ni.


Bila ada anak kecil berganda penatnya. Balik rumah tak mungkin dapat berehat. Mahu tidur pun seakan mustahil. Semua ibubapa pasti lalui situasi yang sama. Tapi cara yang berbeza untuk menangani rasa beban.

Rasa mengantuk. Tapi hero heroin tengah aktif bermain menyepahkan kamar tidur. Lupakan hajat nak tidur. Baik gi dapur potong bawang untuk stok memasak rabu ni sempena hari sumbangan makanan di Pasti lubna.

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah