Friday 31 March 2023

Iftor di rumah mak lagi..

Kali ni suami belanje nasi arab dari restoran taiba tok jiring sempena hari gajinya..ecewah2..semoga dipermudahkan urusan kerja abang dan kita semua..janji nak belanja mak abah aritu..

Nasi mandy ayam 5pax RM63
Syawarma ayam 3 RM15
Roti arab 1 RM3
Odqah ayam RM10
Nasi tambah 2 RM10

Kenyang menyandar..dengan buah tembikai dan anggur..huhu..

Alhamdulillah sedap sangat nasi arab kedai ni. Next boleh beli lagi. Hari tu dah tempah untuk program jabatan. Next boleh tempah lagi.

Tolong pasang rak besi mak baru beli...

Handset baru..

Handset lama dah tak dapat orang hubungi dan saya pun xdapat nak call orang. Rosaknya dari sejak dari tahun lepas tapi bulan ni baru beli.

Sepanjang takde handset sy guna tablet yang boleh letak simcard dan boleh bt panggilan seperti biasa tp gitulah gedabak nak bawa ke mana2.

Piki punya piki rasanya tak mau yang mahal dan belum bersedia beli iPhone yang harganya hampir 7k. Macam tak berbaloi kegunaannya pun terhad dan kalau rasa bosan nak tukar mst rasa serba salah. Jadi decide beli android biasa tapi punya kualiti gambar yg tinggi. Boleh tukar anset tiap 4 tahun🤣

Xiaomi 11T pro.. cadangan suami juga

Masa beli dapat harga RM1405. Dalam masa beberapa seminggu dah naik harga ke?

Puas hati dengan harga dan spesifikasinya. Setakat ni rasa berbaloi. Dah cakap dgn suami nk yg bawah 1500 je. Kalau lebih baik beli iphone🤣. Handset yg lama beli jenis kalis air 2k harganya masa tu, dalam 4 tahun masalah bateri cpt kong dan xdpt bt panggilan. Jadi ni point beli handset atas 1.5k klu nk rosak dlm ms 4 tahun dia akan buat perangai.




Tuesday 28 March 2023

Iftor di rumah mak..

Rasa sayu mak abah dh makin menua..rasa sayu iftor di rumah mak tak semeriah masa zaman kanak2 dulu..semua dah duduk jauh..

Sempat sy goreng ikan dari rumah balik dari kerja dan bawa ke rumah mak. Bawa sikit lauk pauk frozen dan kuih. Nanti iftor lagi di rumah mak InshaAllah. Abah selalu berbuka di surau dulu sebab nak azan. Selesai solat baru balik rumah makan berat. Begitulah rutin sekian lama.

Hajat nak bersedeqah pada rakan dan staf di ofis..minta anak sulung tolong bungkuskan... coklat Cadbury dpt harga promosi RM4.49 di pacific KTCC semalam..


2 anak dara ummi yang rajin membantu bungkus coklat dalam plastik.

Ini iftor hari kedua @ ketiga kalau xsilap. Simpan sini sebagai kenangan iftor 2023...

Sudah 6 hari Ramadhan dan saya baru nak stat puasa esok hehehehe. Ya Allah bantulah hambaMu ini menjalani ibadah puasa di hari yang panas dan mencabar dgn kelas dan banyaknye tugasan bersama anak kecik yg masih lagi mnyusu malam2. Gerun rasa membayangkan hari esok. Ramadhan kali ni cuaca sangat panas. Dah banyak hari tidak hujan.😭


Monday 27 March 2023

Iftor di Kenny Rogers KTCC

Redeem truerewards kad kredit bank islam dan pilih voucher kenny rogers bernilai RM50. Setakat ni purata sudah lebih 10 voucher kami tebus. Pernah ambil voucher giant RM50, mydin RM50 beberapa kali, KFC, mcd dll. Kali ni first time amik kenny rogers sebab nak kelainan pula.

Dalam jam 6 sampai di KTCC ..order dulu kemudian pegi jalan2 sementara tunggu maghrib.. seronok bila ada kelainan sekali sekala..



Paling lewat sampai ayam roasted..sian suami mujur ada mknn lain dh sampai...

Jumlah RM147. Tolak RM50 jadi RM97 perlu tambah sendiri. Berapa bintang? Rasanya 5/5 sedap! Dah lama rasanya tak makan sini sejak sbelum ke Jordan lagi. Boleh repeat lagi kata saya pd suami.

Friday 24 March 2023

Ramadhan iftor 1

Iftor pertama kami...saya masak bihun goreng sahaja..yg lain beli tepi jalan..


Sejak Rabu saya uzur jadi xmerasa puasa awal Ramadhan yg jatuh pada hari Khamis..jeles suami🤣..nyanyi pun dia kt orang tak puasa je yang nyanyi sebab tak pose🤣 (dalam keta kdg saya suka nyanyi kah2)..lepas tu buatlah gaya sedih, suami kata ehmm xyah buat sedih, pasni boleh makan kah3..jeles sangattt nampak...

Yang ini makan di a&w rabu malam baru ni..ingat nk mkn di chicken rice shop tapi ayam dah habis hmm geram jgk pdhl baru jam 8++ malam ke mmg awal habis selalu...tahlah kt tganu ni kadang pelik habis stok sokmo apa2 barang...a&w pulak kecewa rs makanan xsetimpal harga..

Oklah.

Wednesday 15 March 2023

Aktiviti...

Kenduri di Kelantan belah suami...

Keluarga cina datang melawat...

Hotel Ridel. Bajet sungguh hotel ni. Walk in sahaja sebab adhoc RM100..kalau online xsampai RM80 pun huhu. Rumah sepupu penuh kebetulan ada tetamu jadi xdpt bermalam seperti biasa di sana.. perbelanjaan luar jangka...
Sebelum ke kenduri di Tumpat singgah pengkalan kubo rambang mata tengok coklat..

Friday 10 March 2023

Birthday Alyan 6 tahun

Sambut awal beberapa hari di rumah emak kebetulan ramai ada...

Dah besar nanti boleh tengok gambar2 ni. Sayang semua. 

Catatan: Alyan umur 6 tahun berat 31kg. Ummi kn plan diet untuk semua termasuk diri sendiri🥺.

Hari Selasa lepas ada bengkel fakulti di Ancasa Royale hotel Pekan selama dua malam. Penat tapi seronok alhamdulillah...

Bawak keluarga tambahan bayar RM 273...


Bawak bekal dr rumah takut xsempat nk singgah membeli. Kebetulan anak2 kena chicken pox Isnin baru ni😭. Pegi hotel dengan kesan ciken pox di kulit. Aduilah. Dugaan sepanjang jadi kpp.

Saturday 4 March 2023

Cuti sekolah 2023

Berlonggok semua di rumah nenek hampir seminggu. Saya dan suami ulang alik kadang bermalam di rumah mak. 

Adik dari Melaka balik bercuti dan rajin bawak jalan2 budak2 ni..ummi walid keja seperti biasa..



Bawak budak kecik ni ke ofis kubang lanar ofis dikerjakan...yg ini kes xmau masuk bilik..hmm
Sambut birthday atuk yg ke 70...
Sambutan majlis wada' Dr Sayed di pantry Abu Bakar...

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...