Saturday 30 July 2016

Kemas bilik tidur utama...تنظيف الغرفة الرئيسة

Cat warna lavender pd sebahagian dinding. Rasa perlu tambah lagi cat dan deko sebab kosong sangat nampak. Ini katil divan king size dan tilam yang dibeli baru ni. Sengaja tak beli kepala katil untuk dapatkan harga yang lebih murah dan dapat jimatkan ruang paling utama. Kepala katil saja dah satu kaki banyak ruang bilik boleh jimat bila xde kepala katil yang besar dan tebal. Bilik pulak x berapa besar.


Nak cari palang langsir dan langsir pula lps ni. Bilik tidur utama harus siap dulu seupaya balik msia tahun depan for good ada tempat untuk berehat...


Kongsi belanja pizza domino adik beradik di rumah mak...


Abang ipar bawa durian D24 dari dusun keluarganya...


Nasi lemak sotong kakak masak awal pagi jumaat...


Jamuan raya MTT selepas solat jumaat...


Belum buka buku merah malas betul nak pegi klinik. Minggu ni inshaAllah. Sian anak dalam perut tak tercara ummi macam2 nak kena buat sepanjang di msia ni. Mujur lubna dah boleh main sendiri dengan sepupunya walau pun hari2 gaduh. Kalau di jordan hanya piki tentang masak dan tesis sahaja. Mungkin boleh bagi extra care pada baby dalam kandungan inshaAllah.

Wednesday 27 July 2016

المجموعة التجريبية

محاضرة اليوم في الأسبوع السادس من الفصل الثالث للعام الجامعي ٢٠١٦


الحمدلله وأخييرا وليس آخرا

Minggu depan last kelas dan proses kumpul data melalui post test akan bermula semula. Alhamdulillah ya Allah. Selesai kelas baru rasa rajin untuk nilai semua test dan mula mendalami SPSS semula. Malas betul nak study awal spss. Memang santai betul menulis tesis berbanding zaman ke kelas dulu. Berharap dapat selesaikan awal tahun ini dan viva bulan satu tahun depan. Harapnya siap semua sebelum bersalin bulan tiga ya Allah mudahkanlah jalan ini. 

Beberapa hari ni sangat penat. Urus rumah di manir dan beli katil. Itu pun masih banyak barang yang berterabur belum habis dikemas. :'(

Saturday 23 July 2016

Klinik lagi...

Semalam cek perut di klinik muslimah kuala ibai sebab rasa sengal di kanan dan kiri bawah perut. Mujur xde apa2 yg serius alhamdulillah. Tapi lama sungguh nak boleh ke tunggu doktor panggil. Padahal patients sebelum saya adalah 3 orang sampai 2 jam menunggu nak tunggu giliran saya! Baru saya teringat tahun 2012 dulu pernah datang sekali dan memang lama juga menunggu. Tu yang klinik ni xtermasuk dalam senarai feveret klinik. Huhu. Ragu2 nak buat buku merah di klinik ini minggu depan atau tak. Serik menunggu lama walaupun doktor peramah.

صغيرتنا في الأسبوع السابع وخمسة أيام


اللهم اجعلها من عبادك الصالحين

Kecil sangat sebesar sebiji buah anggur. Rasa xsabar menunggunya membesar. Dalam hati sentiasa agar dapat menyiapkan tesis dan viva sebelum bersalinkan anak ini ameen ya Allah.

Malam tadi pegi open house di umah knisak. Lewat sungguh kami sampai jelas terpancar riak keletihan di wajah tuan rumah selepas seharian buat open house tuk anak muridnya dan rakan terdekat. Tapi sbb dgn knisak teman huhahuha jadi xrasa segan sangat kihkoh. Bila pula saya nk buat nasi arab jemput kawan2. Rasa mood nak masak merudum jatuh. 

Dalam kepala nak masak macam2. Nasi mansaf, mandy, kabsah, malfuf tapi momentum memasak tu dah hilang sejak disahkan hamil. Harap anak ini lahir rajin tak malas macam ummi sekarang. Isk3.

Oklah nak menelaah apa yang patut. Tadi baru saje LHDN call sahkan beberapa perkara. Harap cepatlah proses pindaan dan pengurangan cukai lepas ameen.

Thursday 21 July 2016

Hamil 7 minggu

Setakat hamil minggu ni xde alahan yang teruk. Cuma rasa malas yang berleluasa dan xberapa boleh bau tumisan masakan. Rasa malas tu ya Allah nak masak pun malas. Kejap2 baring atas katil. Bila rasa rajin sikit nak masak pegi dapur terus jadi malas semula. Nak kemas rumah sendiri di manir pun rasa malas. Plan nak basuh rumah, beli katil dan lain2. Tapi bila dah ngandung ni tiba2 jadi malas nak buat apa yang dah diplan sume tu.

Teruk tahun depan balik for good rumah di manir belum berkemas. Dengan kelahiran baru lagi, nak lapor diri masuk keja lagi, lubna lagi nak masuk sekolah. Bertindih2 nanti. Apa pun paling utama berharap dapat siapkan tesis tahun ni juga, dapat viva akhir tahun ni juga inshaAllah. Ameen ya Allah.

Ngandung kali ni xberapa ada mood nak gi jalan2 raya umah orang. Ada open house pun xberapa excited nak pegi. Kalau pegi pun makan gitu2 aje. Kalau x sebelum ni pantang dengar open house, jamuan makan melompat2 nak pegi. Bertong2 makan. Kelakar betul.

Yang pasti bila balik jordan semula akan rs menyesal sebab xmakan puas2. Kihkoh.

Kelas untuk data tesis tinggal lagi 2 minggu. Leganya kalau dh habis ni. Nak kena semak rekod2 ujian dan start smula study spss. Moga Allah mudahkan jalan ini. 



Saturday 16 July 2016

Punca salah faham?

Kali ni balik Malaysia baru saya tahu ada segelintir sahabat, sedara yang salah faham tentang status saya sekarang. Antara salah faham:

  • Saya dah berenti kerja dari UniSZA. (Adoilah nak tergelak pun iyo. Macam kayo nak tanggung kos hidup negara orang dengan duit sendiri. Nak buat pinjaman pun xlarat kos setahun sahaja cecah puluh ribu belajar kat negara orang)
  • Saya pergi balik dari Jordan - Malaysia dengan elaun penerbangan macam cikgu-cikgi sabah sarawak dapat tiap tahun. (Saya ni pi belajar bukan pi kojo)
  • Saya belajar PhD ikut cuti macam student degree. Habis cuti semester masuk kelas semula. (Yang ni orang dah ada master pun tanyo, nak kono libas ko apo. Awak tak pernah menulis tesis ko? Klo dolu-dolu menulis tesis  dalam kelas? Orang xpernah belajar master xpelah jugak kalau salah faham, ni yang dh habis master buleh tanya cuti sem ke sekarang balik malaysia??Apo punya soalan)
Inilah tiga salah faham paling banyak yang dapat dikenalpasti. Kena banyak MEMBACA. Bila jarang membaca tak tahu perkembangan dunia lain. Ilmu tu bukan mencakupi bidang kita saje, ilmu itu mencakupi pengetahuan dalam bidang lain juga. Lepas membaca kena BERFIKIR pula. Buat PERBANDINGAN. Yang kita tahu tak semestinya botul. Bila tak tahu google ajelah ai tu pun nk diajar.

Ade satu lagi pantang botul budak-budak lepasan SPM duk main FB boleh kiro tiap minggu bukok kalau pun tak setiap hari. Dalam duk main tnet boleh pulok terlepas tarikh isi borang mohon kemasukan UPU. Pastu tanyo buleh lagi ko nak masuk UniSZA tempoh permohonan dah tamat. Ai menyirap darah tiba-tiba. Ada jugok dalam hari-hari update FB boleh pulok tak perasan tawaran-tawaran kerja. Bila dah habis belajar baru terkedek nak cari kerja. Orang lain 5 bulan sebelum tamat belajar dah book tarikh interview. Hmmm.

Thursday 14 July 2016

LHDN oh LHDN..

Masalah besar bila sekali terlepas isi e-filing tahun 2014 akhirnya menerima surat arahan pemotongan gaji untuk tempoh 6 bulan. Semalam dan hari ni turun naik LHDN di PB square rupanya cukai tunggakan berjumlah RM 3420 adalah anggaran shj. Bila isi e-filing untuk tahun 2014 jumlah patut cukai RM 220 shj. Haaa ini mesti kes kerajaan duit x cukup.

Wednesday 13 July 2016

Tiap gambar ada cerita...لكل صورة لها قصة


Nasi mandy khas tuk tihah yang membantu saya mendapatkan sampel bagi text readability test di UMT, salah sorang rakan baik ketika ijazah dan master di UIAM dulu...



Tihah yang kali pertama berkunjung raya di rumah nenek suami...


Ziarah raya mak, adik lelaki dan adik ipar ke rumah nenek. Abah xlarat kepenatan tidur di hotel. Adik lelaki masih berkerusi roda stay di hotel juga sukar untuk datang dan bergerak ke sana ke mari...


NR cafe..cafe masakan panas kesukaan kami...makan abc spesel sebelum makanan sampai...order nasi goreng tonyam dan kuew teow kungfu...


Rezeki dari Allah alhamdulillah. Petang tadi ke klinik hafizah selepas selesai kelas. 5w 4d masih terlalu kecil. Teringat dengan keguguran tahun lepas. Gelisah sekiranya diuji gugur lagi...


Saturday 9 July 2016

Genap 5 tahun kami berkahwin...Alhamdulillah

Dari dulu berhajat nak buat majlis kesyukuran sempena ulangtahun perkahwinan tapi sehingga sekarang masih belum terlaksana. Harapnya habis PhD nanti bila kembali bertugas, persiapkan kelengkapan rumah yang terbengkalai dapatlah menunaikan hajat. Kalau boleh nak buat macam majlis kawin dulu kata saya pada suami. Siap dengan kanopi dan katering sekali dengan pelamin. Kihkih. Betapa saya rindukan saya diijabkabulkan dulu. Rasa manis dan seperti baru dilahirkan.

Petang tadi saya beli sedikit KFC dan suami tambah beli sate baung. Tak berhajat pun nak buat sambutan sekadar makan-makan ringan bersama nenek dan mak cik suami. Sedapnye sate baung ya Allah. Cuma sekrang harganya sebatang dah mencecah 90sen. Mahal beno nasib baik besar.

Esok rancang ajak fatihah rakan uia dulu makan nasi arab mandy di umah nenek. Dah janji di Jordan lagi nak jamu dia nasi arab selepas membantu saya mendapatkan data untuk test text readibility di UMK tempat dia mengajar. Tak sabar pula nak bertemu berborak sakan.

Hari ni tak berjalan ke mana-mana pun. Rasa mengantuk saje petang tadi. Esok lepas menjamu tihah mungkin duduk di rumah saje memandangkan esok warga Kelantan sudah mula bekerja. Mahu siapkan khuttoh tadris untuk rabu ini. Mencabar betul bila nak praktikkan, atas kertas nampak mudah saja. Atau mungkin khuttoh tadris saya belum betul-betul detail?? Atau penggunaan buku menjadikan strategi yang diuji tidak praktikal?? Yang pasti strategi tafkir bi saotin alin agak susah dilaksanakan tambah lagi dengan jumlah pelajar seramai 30 orang mustahil untuk fokus kepada setiap orang. Tak taulah apa jadi dengan data saya nanti harap validlah. 

Lately malas nak ambil gambar. Jadi tak berapa ada gambar kenangan sepanjang beraya di Malaysia. Raya haji nanti harapnya lebih meriah memandangkan kelas pun dah habis dan ada masa nak piki tentang baju raya. Raya baru ni pun pakai baju yang lepas. Tudung saje yang baru sampai 5 helai. Kihkoh. Penat dengan bahang ramadhan, ditambah pening menyusun pengisian kelas, dan adik yang eksiden belum boleh berjalan menjadikan raya kami sangat sederhana. Masing-masing tak sempat nak piki baju raya. Mujur sempat piki tentang makanan. Itu mmg mustahil utk dilupakan.

Friday 8 July 2016

Syawal yang berlalu...





Sekitar hari raya di Terengganu dan Kelantan. Hari ni kami beraya di kelantan pula. Pegi kenduri saudara dan open house saudara terdekat sekitar Kota Bharu. Esok merancang untuk menziarahi rakan taulan suami tapi belum pasti di mana. Makan punya makan sampai sendat rasa perut. Tambah lagi dengan perut yang mungkin 'berisi'. Lepas raya inshaAllah mahu check up di klinik. Ada rezeki tidak ke mana.

Raya ni merupakan raya kali kedua kami balik sepanjang belajar di Jordan. Kali pertama balik tahun 2014 dan sekarang 2016 pula. Suasana raya tak banyak berubah. Yang pasti melihat mak dan abah semakin dimamah usia hati rasa sedih. Belum tahu adakah masih berpeluang bersama mereka lagi. Takut diuji kehilangan atau sakit terlantar berpanjangan adakah kuat iman kami menjaga mereka. Sentiasa berdoa kesihatan yang baik buat mak dan abah hingga akhir hayat mereka.

Mahu menulis macam-macam tapi badan sudah lesu. Baru saje pekena nasi arab suami tapau dari majlis alumni maahad muhammadi lepas isyak tadi. Sebu rasa perut. Hidung pula sumbat dengan hingus akibat selsema dan batuk. Raya kali ini badan saya letih dan tak bermaya. Berbeza dengan ketika hamil lubna dulu saya agak cergas walau kerap mengantuk. Yang pasti mengantuk tiba-tiba tu dah jadi trademark saya bila mula hamil. Harap tidak ada sebarang alahan yang berat. Mahu menghabiskan tesis tahun ini juga Ya Allah.



Tuesday 5 July 2016

عيد الفطر

Pagi pertama syawal hari ini. Baju belum bergosok masih berkubang di atas katil, rasa tak percaya ramadhan sudah meninggalkan kita. Rasa perit jerih menahan dahaga dan lapar hilang sekelip mata. Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan lagi tahun-tahun hadapan dengan amalan-amalan yang lebih baik ameen.

Malam tadi melawat midah yang kematian anak yang dikandung sembilan bulan. قدر الله ما شاء. Nyawa yang dimiliki oleh Allah bila-bila masa ia boleh ditarik tanpa mengira usia dan masa. Kita manusia yang harus sentiasa bersedia. Mengingatkan hati dunia ini adalah sementara.

Allah sempena syawal yang mulia ini kurniakanlah aku hati yang baru. Sebuah hati yang bersih dari hasad dan dengki, dendam dan benci. Hati yang sentiasa mengingati akhirat dan melupakan dunia melainkan rasa tanggungjawab bekerja dan meraih harta untuk beribadat kepadaMU.

Lauk pauk berbuka puasa semalam dan untuk pagi raya...



Berbuka atas lantai ramai-ramai dua hari lepas...masak nasi kerabu bungkus dalam kertas nasi minyak...



Ok, mai menggosok baju.



Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...