Tuesday 27 February 2018

Tengah rajin...

Masih istiqomah memasak di rumah...


Rasa sakit perut dan badan. Uzur belum kunjung tiba. Mood pun berubah-ubah. Selagi tak uzur selagi tulah ting tong rasa badan.

Selasa depan FBK (siswazah) anjurkan bengkel metodologi penyelidikan satu hari. Masalah utama jumlah peserta below achievement. 😅

Kesimpulannya kalau nak buat bengkel perlu tengok dulu permintaan dan keperluan. Kalau semata tengok orang lain buat, kita pun nak buat baik tak payah. Sekarang dah terpaksa minta fakulti lain hantar pelajar masing-masing. Hmmm.

Lantikan penyelaras siswazah ni bermula dari bulan september tahun lepas lagi. Dengan tambahan elaun RM400 sebulan rasa sejuklah sikit hati. Kalau tidak rasa nak berang saja sebab dia kerja lain tak menjadi. Kelas tah ke mana, penyelidikan tah ke mana, penerbitan tah ke laut. Huahua.

Thursday 22 February 2018

Nasi ayam oh nasi ayam....

Makan jumaat pagi...


Antara dua nasi ayam atau nasi minyak. Suami pilih nk makan nasi ayam.

Kalau ikutkan tekak nak makan dua dua. Tapi tak berapa rajin nak masak ayam masak merah. Jadilah nasi ayam rebus goreng siap.

 Menu beberapa hari ni lebih menyihatkan dengan sayur masak air hampir tiap hari. Kalau boleh nak elak beli makanan di luar sebab fobia keracunan makanan lagi.

Kecuali semalam ada bengkel penyeliaan siswazah terpaksa makan makanan yang disediakan. Tekak rasa kembang je. Lepas makan sayur kobis goreng kicap keluar angin sendawa tak berapa enak. Mungkin kobis tak dibasuh bersih. Serik. Lepas ni takyah amik sayur. Cincai aje diorang basuh dan potong. Yang sakit perut nanti diri sendiri yang makan.

Ini makan dua hari lepas. Sampai rumah terus ke dapur siapkan makan malam tapi makan pafa petang hari kuikui.

Lauk hari sebelumnya pula ayam bakar, lemak kangkung, kacang panjang tumis telur...
 

Harap dapat istiqimah bab makanan keluarga. Nak elak sangat makan makanan di luar. Makan tengahari di ofis saya akan usahakan bawa bekal sendiri inshaAllah.

Monday 19 February 2018

Ubah menu makan keluarga

Suami ada sakit gout. Tadi dah jumpa doktor homeopati. Pantang makan rawatan utama pesakit gout.

Kena mula dah jadual menu pantang makan suami dan seisi keluarga. Saya pun kena makan cara sihat. Badan makin berbam-bam dah sekarang.

Menu hari ni bakar dan masak sayur air. Kena gigih memasak sendiri. Minggu lepas kena keracunan makanan rasa serik nak beli makanan di luar. Cukup-cukuplah. Rasa sekarang lebih rela makan nasi putih telur mata kicap dari beli di luar.

Wednesday 7 February 2018

Bila diam tak bermaksud tak tahu apa-apa..

Bila jumpa orang yang bercakap tak berapa nak terang sekali dengan unsur nak temberang, biarkan aje. Nanti lama-lama pecahlah temberangnya. Tak yah cungkil-cungkil sampai masa samada orang tu tersasul sebut @ orang lain yang tersasul.

Hidup ini biar jelas, cakap pun biar ikhlas. Dari hati sampai ke hati. Takyah nak bertapis kalau di belakang pun cakapnya tak berlapik.

Bila jumpa orang camni saya iyakan aje cakapnya. Dalam hati berkata-kata, Allah ciptakan manusia ni cerdik,  bodohlah kalau percaya bulat-bulat.

Thursday 1 February 2018

Rasa rindu.....

Tak tau kenapa..

Rasa rindu pada matahari di Jordan...

Rasa rindu pada ketenangan di sana...

Rasa sejuk. Rasa nyaman pagi...

Apa khabar Abu Muhammad...

Tuan rumah sewa kami...

Antara rasa yang paling sakit...

Adalah rindu pada sesuatu yang tiada...

Rindu pada kenangan lama...

Bila diimbau semula...

Mengamit sejuta rasa...

Pahit, manis, rindu...

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...