Thursday 30 April 2020

Ramadhan hari ke-8..PKP hari ke berapa entah...

Alhamdulillah masih berpuasa penuh. Anak sulung 8 tahun dah mula belajar sahur dan puasa juga. Tapi tiga hari saje puasa penuh setakat ini. Itu pun dah cukup bagus bagi ummi dan walid.

Hari ni nak bercakap tentang desas-desus yang meminta supaya penjawat awam dipotong gaji juga seperti pekerja swasta dan sendiri sepanjang PKP berlangsung. 

Sebenarnya dari sudut lain memang nampak tidak adil kerana penjawat awam yang bekerja dari rumah mendapat gaji penuh. Tetapi kalau difikir semula bukan semua penjawat bekerja dari rumah. Hanya sebahagian sektor sahaja.

Dan sebenarnya gaji pejawat awam ni tidaklah besar. Dan jumlah pun dalam 1.6 juta sahaja dari 33 juta rakyat Malaysia. Ramai yang masih berstatus B40. Paling tinggi gaji pun tahap professor agaknya dalam 20-30k itu pun gaji pada usia yang sudah agak senja. Tak mau ulas gaji menteri dan seumpamanya sebab tu masuk golongan lain yang tidaklah begitu ramai berbanding rakyat marhein. Tak sama seperti orang bisnes sungguh-sungguh jadi jutawan usia belum cecah 30 tahun. Pendapatan bulanan puluh ribu sebulan tu biasa.

Jadi penjawat awam ni nampak saja macam senang hakikatnya berkira-kira juga bila berbelanja termasuklah saya. Tak ada yang rumahnya mewah bak istana kecuali kalau pasangannya bisnes besar atau kedua2nya pejawat awam bergaji  besar (pendapatan isi rumah melebihi 20k sebulan kalau di Terengganu dikira mewah pada pendapat saya) ditambah pulak bisnes sampingan. Ada tapi tak ramai. 

Kebanyakan pensyarah dan pensyarah senior di universiti saya bekerja pun rumahnya sederhana sahaja. Bahkan rumah dan kereta pelajar lebih mewah dan canggih dari pensyarah. Janganlah dengki dengan penjawat awam. Kami orang biasa juga. Rumah peniaga-peniaga keropok lekor sohor, peniaga nasi ayam lebih jauh cantik dari rumah kami. Kalau bukan kerana gaji yang penjawat awam terima siapa lagi yang nak membeli makanan warung dari penjaja di tepi jalan hik2.

Suami saya orang bisnes juga tapi skala kecil sahaja. Kalau besar alamatnya tak bekerjalah saya sibuk menguruskan anak dan rumahtangga sendirian 😂. Saya lebih selesa begini. Belum mampu berjauhan dengan suami menguruskan rumahtangga sendiri andai dia mahu melebarkan sayapnya. Alhamdulillah cukup dengan apa yang ada.

Oklah, macam biasa kongsi gambar makanan aktiviti wajib berblog. Menu iftor kami...


Beli mainan berunsur pendidikan untuk anak. Menarik RM25 sahaja di shopee..

Boleh tahan berbelanja di shopee sepanjang PKP ni. Airfryer, vacuum, articial plant, mainan anak, barang komputer dan lain-lain. Dari berjimat jadi sebaliknya😂. Tapi beli yang harga sederhana sahaja. Bukan jenama yang mahal tapi masih dapat berfungsi dengan baik.





Saturday 25 April 2020

Sahur..Iftar..Tadarus online

Beberapa hari ni anak beranak haji Mat Noor bertadarus menggunakan google hangout. Alhamdulillah seronok pulak. Satu hari satu juzuk. Bermula lepas tarawikh di kediaman masing-masing...

Iftor hari kedua...

Iftor hari pertama...

Moreh...

Sahur...


Ringkas sahaja. Masak mana yang terlintas di fikiran. Dah berbulan PKP ni masak adalah rutin harian. Jadi bila Ramadhan ni sambung rutin biasa. 

Monday 20 April 2020

Tips siapkan PhD

Nak kongsi petua yang nampak kecil tapi sebenarnya membantu menambah semangat siapkan PhD:

1. Add friend Dr.OT di FB miliknya. Kata-katanya walau pedas tapi ada benarnya. Saya banyak dapat semangat dan info penulisan tesis secara tak langsung dari FB beliau. Teringin nak ucap terima kasih pada beliau tapi segan, siapalah saya.

2. Mendengar nasyid atau lagu yang membangkitkan semangat ketika rasa down. Saya terdengar lagu patriotik dari sebuah kumpulan penasyid Indonesia yang disimpan suami dalam pendrivenya. Sejak dari tu bila rasa sedih dan stress saya minta suami pasangkan di komputernya sambil saya berbaring dalam selimut menangis sembunyi-sembunyi. Terbukti semangat yang hilang kembali hadir. Try dengar nasyid ni: https://www.youtube.com/watch?v=lm_8upua8K8

3. Jangan berhenti, berehatlah kalau sudah penat tapi jangan lama. Jangan putus asa.

4. Jangan ego dan perasan bagus. Dengan SV jangan rasa kita lebih pandai. Ikut sahaja saranannya selagi boleh ikut. Saya perasan pelajar yang ada sikap ego dan berkeras dengan ideanya akan mengambil masa lebih lama untuk menyiapkan tesis.

Sunday 19 April 2020

Langsir dan bidai baru di ruangan tambahan

Pagi semalam tukang jahit langsir yang kami tempah datang memasang langsir dan bidai setelah hampir berminggu tertangguh. Peniaga dan pegusaha pun gusar nak keluar rumah andai ditahan polis kerana urusan tidak essential. Mujur rumah kami jarak tidak melebihi 10km. Tukang jahit ni Ida namanya duduk di Tepoh. Yang datang mengukur dan memasang ialah suaminya.

Langsir dan bidai siap dipasang..


Kos semuanya RM768. Jauh lebih murah dari kedai yang kami survey di Durian Burung. Bila difikir langsir dan bidai yang saya pilih melalui whatsapp lebih cantik dari tengok katalog yang saya pernah order untuk ruang tamu dan makan😭. 

Tulah bila dah katalog depan mata, jadi rambang mata semua nak. Tapi bila melalui whatspp pemilihan pun cepat dan malas nak memilih lama-lama sebab gambat pun tak banyak berbanding katalog buku.

Ini pulak hasil lepas kemas dapur pagi tadi saya tukar almari dapur dan ambil troli untuk letak laptop. Hihik. Troli ni saya nak letak barang baby nanti. Boleh tolak ke mana-mana, almaklumlah mesyuarat dan bengkel online hampir tiap minggu.


Bila nak caj tolak sebelah suis, senang kerja. Walau pun huduh tapi praktikal untuk orang yang tak suka duduk setempat macam saya.

Asalnya ada meja kerja tapi tak berapa berfungsi sebab jadi tempat singgahan barang anak-anak akhirnya. Jadi pindah letak meja ke bilik anak...



Panas membahang dan video conference

Panas sangat-sangat cuaca di luar. Menjelang Ramadhan lagi beberapa hari pasti mencabar sesiapa sahaja yang terpaksa bekerja di luar sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Yang duduk di rumah pasti agak kebosanan kerana rutin harian memasak, makan dan mengemas akan menjadi terhad dan keletihan berpuasa akan bertambah lagi kalau ada anak-anak riang tak berpuasa yang perlu dilayan. Tapi bagi yang biasa bermalas-malasan masa Ramadhan kadang habis dengan tidur dan bermain game sepanjang hari.

Maka seperti amalan sedia maklum, kena banyakkan membaca al-quran dan ibadah lain lebih dari hari biasa sepanjang Ramadhan nanti. Memandangkan tidak bekerja walau pun istilah bekerja dari rumah diwar-warkan kepada semua penjawat awam😆 apa lagi yang boleh dibuat.

Cakap pasal kerja ni, sejak PKP dilaksanakan banyak mesyuarat dan bengkel diadakan secara online samada menggunakan zoom, google meet, webex dll, yang saya perasan lepas mesyuarat online ni kepala jadi berat dan sakit. Padahal mendengar lebih banyak dari bercakap. Umpama baru lepas bermesyuarat sepanjang hari penatnya. Interaksi walau boleh dua hala tapi kena mendengar dengan cermat dan tidak selancar perbincangan bersemuka. Sakit kepala.

Tadi pun lepas berwebex berkenaan penilaian OBE oleh COMEI UniSZA rasa lesu dan sangat membosankan. Mungkin sebab saya pun dah maklum tentang bentuk penilaian. Bidang pendidikan tak boleh lari dari topik penilaian. Tengok pulak beberapa staf lain dalam tu gegey sungguh. Orang nak dengar Prof cakap apa, sibuklah duk marah ke orang tak tutup mikrofon. Orang yang baru masuk bukannya perasan pun. Lebih sudu dari kuah.

Ringkasnya mesyuarat secara online ni sesuai sekali-sekala sahaja bila masa gawat seperti PKP sekarang semua tak boleh berkumpul. Tapi lepas keadaan pulih sedia kala, mesyuarat bersemuka tu patut diutamakan kerana lebih selesa untuk bertukar-tukar pendapat dan santai. Boleh secara atas talian tapi sekali sekala dan ketika kecemasan. Lagi-lagi kalau orang jenis camera dan video shy macam saya ni😆.




Thursday 16 April 2020

Perbelanjaan isi rumah sejak PKP

Terdetik nak buat kiraan perbelanjaan sepanjang PKP di rumah. Adakah lebih berjimat atau terlebih belanja. Semak balik history pengeluaran duit, pembayaran kad kredit dan dapat trace secara kasar anggaran belanja bulanan.

Saya start kiraan pada 15 Mac sehingga 15 April 2020. Hasilnya sebanyak RM1005 pembelian dan pembayaran menggunakan kad kredit telah dilakukan dan sebanyak RM1606 adalah pengeluaran wang di ATM dan pembayaran to third party telah dilakukan melibatkan pembeliaan harian, bayaran zakat, SSPN, TNB, internet, sedekah, yuran sekolah anak dan beliaan secara online transfer. 

Jumlah perbelanjaan bulan ini sepanjang PKP secara kasar ialah RM2611. Jumlah perbelanjaan ini tidak termasuk potongan pinjaman rumah, pinjaman peribadi untuk tanah dan kereta, PCB, TH potongan angkasa dan takaful insurans sebab yang ini dipotong secara automatik setiap bulan.

Kesimpulannya, sepanjang PKP ni berlaku penjimatan kurang lebih RM2000 berbanding sebelum PKP untuk keluarga saya. Alhamdulillah. Antara faktor penjimatan perbelanjaan isi rumah kami ialah kerana:
  1. Kurangnya penggunaan minyak kereta di mana sebelum ini kadar bulanan minyak kereta lebih kurang RM450 sebulan. 
  2. Tidak  keluar rumah jadi tidak menyinggah membeli makanan pelbagai.
  3. Tidak membeli barangan dan perkakas dalam rumah.
  4. Tidak membeli di pasaraya besar seperti mydin mall. Sepanjang PKP ni hanya sekali suami pergi dan habis lebih kurang RM200. 
Tapi jumlah ni masih agak kasar dan belum terperinci. Bulan depan saya akan perincikan lagi perbelanjaan supaya lebih tepat dan jelas ke mana wang dibelanjakan sepanjang PKP di rumah.




Wednesday 15 April 2020

Dapur saya tahun 2020

Lepas makan malam tadi rasa ringan tulang dan hati nak mengemas dapur cenonet saya. Lap sana sinun sikit-sikit. Bekas-bekas tumpah makanan. Kadang suami pun lepas masak lap cincai-cincai saje 😂. Tak sama dengan kehendak sop isteri. Sabar jelah. Mujurlah rajin buat air, buat kuih dan masak mana boleh😌.

Gambaran dari pintu belakang dapur yang dipecahkan masa renovate baru ni...

Counter top yang cenonet tulah tempat persediaan masakan. Nak letak island table pun tak muat kecuali jenis memanjang kurus. 

Standing stove dan peti ais. Serabut nampak bahagian ni. Dah tempah roller blind belakang stove tu tapi sebab pkp lambat sikit tergendala sekejap. Nanti dah ada blind kat situ saya up semula gambarnya nak tengok perbezaan...
Troli beroda tempat letak stok tisu dan minyak. Nak kena cari cabinet kecil nanti sebab troli ni saya nk guna tuk letak barang baby nanti...

Sinki dan bahagian belakang sana ialah kawasan laundry dan pantry kecil...
Kabinet atas. Alamak berserabut nampak😂...
Kabinet bawah...

Tempat ubat-ubatan...

Bawah sinki...

Rempah ratus dan botol-botol...

Hajat nk tukar warna kabinet dapur. Padahal baru pasang tahun 2017. Bosan tengok warna kayu. Mungkin akan beli wallpaper putih khas tuk kabinet nanti. Baru ni tengok dalam video dapur usahawan kosmetik Yati sendayu tinggi ya Allah cantiknya dapurnya. Dapur impian saya dari dulu. Nak kena buat bisnes macam tu kot baru dapat dapur macam tu😂. Makan gaji ni dekat umur nak pencen baru dapat agaknya dapur macam tu hihik. 

Apa pun alhamdulillah dengan dapur sekarang. Dari takde langsung sekurangnya ada dapur sendiri, rumah sendiri. Dapat masak dengan selesa. Macam-macam menu dan resepi. Kadang bila dapur cantik sangat nak masak pun susah hati, sebab takut kotor hihihi. Dapur yang sekarang ni pun bila dah kemas sayang pulak nak memasak sebab takut kotor semula. Huhu.

Monday 13 April 2020

27 hari PKP

Hampir sebulan. Apa pembaharuan kehidupan sepanjang 27 hari? Takde. Masih dalam fasa 'honeymoon' walau kadang terasa bosannya begini. Hajat nak menulis artikel hilang tanpa jejak. Hajat nak ajar anak banyak-banyak masih sambil lewa. Kecewa pada diri.

Main cikgu-cikgu. Main sungguh-sungguh sepanjang pkp ni.

Masak sungguh-sungguh...



Main masak dan mengemas. Tu saje kesungguhan takat ni. 

Lupa nak update check up kandungan dan minum air gula di KK Manir baru ni. Orang sederhana ramai dan berjalan lancar alhamdulillah. Lepas minum air gula jam 8.20 dan ambil darah saya tunggu sehingga jam 10.30 untuk minum kali kedua dan ambil darah. Kerusi banyak selesa nak menunggu. Klinik pun baru.


Thursday 2 April 2020

PKP hari ke-17

Seronoknya bermalas-malasan macam ni. Tapi lama-lama rasa tepu kepala. Lagi-lagi bila anak mengeluh bosan.

Masak sempena cuti wajib...


Nasi mandy permintaan istimewa dari suami sempena hari Jumaat. Sebulan wajib ada masak nasi arab samada mandy atau maqlubah. Hihi.


Haa kawan-kawan masak apa sepanjang di rumah? Kami kadang-kadang je beli makanan luar berdekatan rumah. Roti canai, nasi bungkus, kfc. Tapi tak setiap hari, muak makan bungkus. Last sekali makanan rumah juga yang dicari.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...