Saturday 28 October 2023

Palestin..Semoga Allah membantu Umat Islam

Rasa sedih yang teramat melihat situasi di Palestin. Bertahun lupa tentang mereka walaupun tahu keadaan di sana yang rumit. Kali ini betul-betul terkesan. Allha bantulah mereka dan umat Islam. Allah jadikan kami antara hambaMu yang bertakwa.

Cemburu melihat para syuhada yang dipilih Allah. Ummi berdoa agar ada kalangan keturunan kita yang mati syahid tapi ummi tak pasti kuat atau tidak bila tiba saatnya..

Alyan nanti ummi nak hantar ke Palestin ye berjihad dengan tentera Islam di sana.. terkebil-kebil dia tak faham. Sedihnya rupanya saya gagal mengingatkan anak2 tentang sejarah besar Islam yang lalu dan akan datang tentang bumi Palestin. Masih belum terlambat ummi walid ibu ayah sekalian. Sematkan dalam hati anak2 rasa cinta untuk Palestin dan umat Islam serta orang mencintai keamanan seluruhnya...


 
Pergi rumah mak semalam pinjam mafla Palestin untuk program anak di sekolah esok.

Petang ni teringin makan oqda dajjaj
 Baru ni makan beli di restoran Arab Al-Nakhla kali ini cuba bt sendiri..

Roti suami buat..sedap sgt. Teringat orang di Palestin makan roti kosong tanpa lauk..sedih..

Nak habis dah.

Ini beli makan di rumah baru ni..

Sarapan nasi lemak pagi tadi...

Semalam..
Dessert minggu ni kek secret recipe..
Yong taufu air tangan suami..
Mewah dengan gambar makanan. Malu dengan orang di Palestin, Syria dan Yaman yg sedang bergolak.

Tuesday 24 October 2023

Anaqi Village Chalet 2023

Sempena hantar anak saudara sulung ke KLIA berlepas ke Algeria kami adik beradik bersama keluarga masing-masing sepakat menginap bersama di Anaqi Village, Sepang. Sewa 5 bilik semua sekali. Ya Allah puas hati sungguh. Kali kedua datang ke sini...

Satu malam untuk bilik english style RM180..
Hantar Khadeeja di airport KLIA pada malamnya...

Singgah beli nasi ambeng lepas check out di D'rebung berdekatan dengan chalet.. sebungkus sekarang dah RM12...beli 3 bungkus..

Menuju ke Seremban dan singgah di rumah adik emak (keluarga angkat)..ucu jamu mee kari...sayang ucu..teringat kenangan atok dan ucu. Sekejap sahaja masa berlalu..ya Allah jagalah ucu, peliharalah dia dari kejahatan manusia dan tipu daya..permudahkan urusannya ..
Sambung cuti di Melaka pula..Allah seronok sungguh jalan2 ye..tidur di rumah adik dua malam di Melaka Pindah.

Outing ke Taman Botanical Melaka pagi Sabtu selepas sarapan. Masuk percuma. Tapi kami sewa buggy utk round sekitar taman hutan. Buggy kecik RM40, yang besar RM50. Sewa dua biji boleh gerak selama 40 minit. Nasib tak baik buggy mati tengah jalan haha. Teruk betul. Mujur dapat free trip sekali round lagi.. bergambar kenangan sebelum bertolak..drive sendiri ye..

Singgah berhenti...

Selesai explore taman, kami ke pusat honeybee di sebelah untuk cuba madu free. Hasilnya beli dua botol besar madu propolis dan royal berharga RM90 tiap satu dan dapat percuma satu botol madu biasa..untung kedai kan..

Pantai klebang, suasana pasar..

Ini punca sampai dua kali ke pantai klebang. Kali pertama sampai je kiosk baru tutup. Esok ya pegi semula seawal petang. Gara-gara anak nak rasa corndog aqilicious yang dia tengok dalam utube. Kali ni je ummi walid layan ye lepas ni xde dah kuang2...sebijik ni RM13..
Pasar tani pagi Alor Gajah...

Odw balik Terengganu singgah rumah kakak di Dungun...perut lapar kemain semua ...

Yang sempat beli...
Ada kisah tragis nak boleh sampai ke Kl ni. Suami tertinggal telefon bercaj di rumah. Perasan masa dh sampai Gambang. Aduh ujian sungguh. Bebel saya dalam kereta sambil tahan air mata marah dan kecewa sebab terpaksa patah balik. Penatnya Ya Allah. Jam 8.30am bertolak kononnya tapi bila berpatah balik jadi jam 2.30 bertolak makan terus ke KLIA dan sampai jam 9 malam. Huhuhu.

Monday 16 October 2023

Kalut Cafe..

Balik dari kerja, singgah anak beranak ke Kalut Cafe berdekatan ILP Gong Badak...
Mee sup stambong campur RM10..
Rasa sedap tapi suasana kurang selesa. Sempit dan dekat dengan pelanggan lain.

Harga oklah tak murah tak mahal. Semua sekali RM41. ABC dan cendol biasa sahaja rasanya. Ini gara2 tengok iklan di FB. Rasanya ini kali pertama dan terakhir datang huhu.

Sunday 15 October 2023

Bawa nasi maqlubah ke pantry AB

Hajat lama nak jamu rakan di pantry..terhasillah nasi maqlubah..

Ini portion untuk rumah...


Alhamdulillah.

Seronok memasak dan menjamu. Cuma akan rasa sedih kalau tak sedap.

Penerbitan buku sahabat dan sy sebagai penumpang😆

Tuesday 10 October 2023

Masak2..

Bila muak makanan luar, maka masak..

Anak kedua ikut ke ofis baru ni sebab xberapa sihat ke sekolah...


Bila dah xde emasa maka rasa tenang dan lebih bebas. Nikmatnya ya Allah.

Sunday 8 October 2023

Pak Mat Western..

Asyik tengok iklan kambing perap pak mat western jadi trt beli satu..buat makan malam ni dan diganding dengan homemade fries dan nugget ramly bersama roti tortila..

Rasanya tidak sedahsyat iklannya😂.

Ada lagi kambing perap lain yang lebih sedap huhu.

Agak manis rasa sos perapannya huhu.

Lawatan LI 2023

Zon timur utamanya di Kelantan.
Singgah di satey Suria di Jabi...

Antara tempat lawatan..

Bermalam 3 malam. Satu di hotel sekitar Pasir Puteh dan dua malam di Troika Residence Kota Bharu..mandi kolam..

Singgah di rumah ummi..
Makan2 sepanjang di sana..

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...