Sunday 28 January 2018

Baru dapat gaji tapi...

Gaji bulan januari baru saja masuk tapi bayar itu ini akhirnya baki tinggal suku dari gaji penuh. Pegi kl tengah bulan baru ni banyak belanja. Nafsu membeli kadang-kadang membuak-buak. Kena kawal semula duit keluar masuk.

Kadang-kadang rasa duit laju habis sebab tak berkat. Kerja yang dilakukan tak setimpal dengan gaji yang diterima. Astaghfirullah. Kena lebih gigih berkhidmat. Jangan banyak mengeluh dan memberi lasan. Nasihat untuk diri yang selalu alpa.

Fasol ni dah bermula rasminya hari ini. Kelas saya esok jam 11-1pm. Alhamdulillah untuk sementara ni beban jam tak sebanyak sem lepas. Tapi tak taulah nanti tengah fasol berubah pula jadual sebab ada beberapa pensyarah yang akan menyambung pelajaran.

Lubna dah masuk PASTI. Lega bila dia dah mula suka bersekolah. Sebulan RM25 sahaja sampai jam 12.30. Bulan depan nak masukkan ke kekas iqra' akan jadi RM50 sebulan yurannya. Murah sangat alhamdulillah.

Sunday 7 January 2018

Januari 2018

Sekejap masa berlalu. Dah sanah 2018. Umur pula 34 tahun ni walau belum masuk bulan enam lagi. :'(

Fasol depan akan mengajar 1 madah saja dengan kontak jam 8 jam seminggu. Lega sekejap. Itu pun belum habis lega sebab ada beberapa tenaga pengajar yang akan sambung belajar dan bercuti. Harap tak perlu pikul masa mengajar tambahan. Tugas sebagai penyelaras siswazah pun semakin bertambah.

Lubna dah masuk Pasti alhamdulillah. Menangis meraung-raung tak nk kena tinggal. Masuk hari ni dah empat hari dia ke raudhoh. Macam biasa pagi-pagi ada dialog ummi tak nak gi sekolah sambil buat muka sedih. Ummi kena keras hati. Ummi doakan lubna seronok dan gembira di raudhoh.

Anak kedua dah genap sepuluh bulanm makin banyak keletah lucu. Belum pandai berjalan sendiri. Merangkak memang dah laju. Dah boleh berjalan nanti hai tak tahulah macam mana. Hari-hari main kejar-kejar agaknya.



Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...