Thursday 28 November 2013

Kerana rezeki itu milik Allah s.w.t...

Apabila saya memberitahu suami untuk sambung PhD di Jordan, suami menyokong kuat keputusan saya. Pergi ke KL utk ujian IELTS, pegi BTN utk kursus transformasi pelajar ke luar negara, semuanya dengan suami yg bersenggang mata drive dr Terengganu ke KL. Manisnya bila dikenang kembali. :). Tengah sarat mengandung 9 bulan sy hadiri juga kursus transformasi tu. Jadi kuat bila ada suami setia menunggu di rumah mak ciknya 5 hari 4 malam di Shah Alam. Untungnya bila suami bekerja sendiri. Tidak terikat dengan majikan. Jodoh terbaik dr Allah buat orang seperti saya yg perlukan suami sentiasa di sisi.

Kesudian suami utk ikut saya ke Jordan & meninggalkan sumber pendapatannya di Malaysia adalah sebuah pengorbanan yg besar utk dia & saya sendiri. Ramai yg bertanya, cukupkah belanja hidup di sini sedang suami tidak bekerja? Mampukah sy seorang menampung pbelanjaan keluarga di sini & hutang yg ada di malaysia? Suami x bekerjakah utk menampung sara hidup  di sini? Bagaimana bila pulang nnt, suami sukar memulakan bisnes komputernya krn lama ditinggalkan? Dan bermacam2 lagi soalan...

Saya tak nafikan saya juga risaukan perkara yg sama. Kadang2 risau kalau2 xcukup wang utk perbelanjaan harian di sini dgn kos hidup yg tinggi. Tapi keyakinan saya pada Allah pemberi rezeki itu adalah lebih BESAR.  Punca dan cara rezeki itu datang dgn cara berbeza. Rezeki yg Allah bagi kepada saya sendiri adalah juga rezeki suami. Sekiranya sy memperolehi pendapatan yg banyak jg selepas ini, adalah juga rezeki dari Allah untuk sy kongsi dgn suami. Mungkin Allah memberinya melalui saya. (Teringat kata-kata emak yg mrndorong saya berfikir seperti ini)

Rezeki Allah datang dlm pelbagai bentuk. Suami sendiri tidak pernah menyangka akan bermastautin di luar bumi Malaysia. Mendapat elaun pasangan setiap bulan kerana mengikut isteri belajar. Itu adalah rezekinya. Rezeki lubna juga merasa hidup di negara orang. Rezeki saya juga, di samping elaun belajar, gaji bulanan berjalan seperti biasa. Tolak elaun cola RM 250 sj. Jika saya kekal berjimat, tidak menyentuh duit gaji boleh menyimpan berpuluh ribu ringgit sehingga tamat belajar nanti. Kuncinya disiplin dlm berbelanja di sini harapnya.

Saya berpegang pada 1 kunci utama utk rasa tenang dengan kedudukan kewangan yg saya ada sekarang iaitu kurangkan bebanan hutang & banyakkan menyimpan. Suami menjual keretanya sebelum ke sini & saya jg menjual kereta saya pd adik lelaki. Yang tinggal ialah saya perlu mbayar pinjaman bulanan rumah dan yayasan terengganu jd sy tidak boleh menambah hutang lain.

Ketika di Malaysia, saya akn pastikan simpanan bulanan saya tidak diusik. Sekiranya saya hadkan pbelanjaan saya pd bulan tersebut harus tidak lebih dari RM500 sy pastikan diri mengikut had yg ditetapkan. Jika ingin bbelanja lebih sy akn tolak pula belanja pada bulan berikutnya.

Sebagai contoh:

Had belanja bulan Jun : RM500
Tiba2 nak guna lebih duit jadi sume sekali : RM700
Saya akn potong perbelanjaan bulan Julai menjadi : RM300 shj

Saya disiplinkan diri kecuali di saat kecemasan perlu bbelanja lebih dari had @ saya mempunyai lebihan simpanan duit jadi had belanja bulanan saya mungkin akan bertambah. 

Saya tak mahu bergantung sepenuhnya pd kewangan suami kerana saya tahu bisnes komputernya ada pasang surutnya. Saya hanya meminta suami memberi sekadar yg dia mampu. Jika dia ada lebihan duit sy akn pastikan dia mbayar hutang2 peribadinya. Bila dah duduk di Jordan ni, saya tak boleh memaksanya utk bkerja sbb saya perlukan dia utk menjg lubna. Mungkin bila kelas saya sudah habis nnt, suami boleh fikirkan cara menambah kewangan di sini. 

Ramai isteri yang mengeluh sbb terpaksa keluar belanja lebih utk keluarga bbanding suami. Sedangkan suami masing2 bkerja tetap, ada gaji bulanan. Saya juga sekali sekala pernah mengeluh perkara yg sama cuma bezanya suami sy tiada gaji bulanan yg tetap. Tapi bila saya terfikirkan kata-kata emak, kekayaan Saidatina Khadijah berbanding Nabi Muhammad yg prnh bekerja sbgi pengembala kambing, hati saya jadi sejuk kembali. Keredhaan Khadija pd hartanya utk suaminya Nabi Muhammad adalah kunci bahagia. 

Masak lagi..makan lagi

Malam semalam balik dari kelas jam 7 malam, suami tgh goreng jemput2 di dapur. Rajin betul dia menggoreng & sediakan sos cili ala2 colek rojak. Suami kalau buat kerja memang detail & amik masa sampai berjam jugak tuk siap. He2. Berbeza dgn saya buat kerja kurang detail & nak cepat siap. Ada pro & kontra utk kedua2 sifat, yg penting wasatiah @ bersederhana sebenarnya.

Ini bukti bergambar...


Itu yang malam semalam. Tengahari ni kami makan nasi beriani guna rempah beli di sini. Hmmm, bg saya kurang suka dgn warnanya tp dr sudut rasa boleh tahan...







KEPANTASAN urusan di pusat kesihatan di Jordan. Malaysia patut ambil teladan...

Pagi tadi keluar ke markaz amradh ambil keputusan ujian darah baru ni. Bila sampai, tengok ramai sudah orang2 menunggu. Semuanya lelaki, kecuali saya & khadeeja saja perempuan. Rupanya pegawai bertugas tgh selesaikan urusan lain di tingkat atas. Xpelah, nmpk gaya mcm cepat je urusan ambil result nanti jd xkisahlah kn beratur panjang. Tapi, akhirnya xperlu beratur pnjg, pegawai tu bila nmpk kami dia panggil "maliziyah..ta'ali.." Jadi terus potong line amik result. Hik2. Itulah kelebihan jd pompuan kt sini & kelebihan jd warganegara asing di bumi Jordan.

Satu kelebihan yg sy dapat rasa adalah urusan2 di mana2 pusat kesihatan di Amman, Jordan sangat cepat & pantas. Ini antara kisah kami berurusan dgn org2 kesihatan di sini:

1) Teringat waktu bawa khadeeja kali pertama ke klinik krn gatal2 kulit, xperlu menunggu utk mendaftar nama, terus masuk bilik doktor, cucuk kat buntut 2 kali, keluar & bayar duit konsultasi & terus balik. Xyah tunggu ubat, cari di farmasi berdasarkan preskripsi yg doktor bagi. Mudah sangat. Tak sempat nak buang angin pun.

2) Waktu cucuk lubna baru ni utk usia setahun, bgtau nk cucuk usia setahun. Masuk ke bilik doktor yg dah sedia ada ramai patients, diorg tanya warganegara & terus sedia alat tuk suntik. Xde tulis nama @ sesi pendaftaran. Xsempat nak tengok jarum suntik pun, tup2 tgk nurse titis ubat dlm mulut lubna pastu suntik di lengan. Sambil berdiri je sume. Siap. Pastu terus balik menonong je sambil tertanya2 dlm hati, eh lubna dah cucuk ke belum. Apa punya soalan pdhl depan mata kn cucuk tadi.

3) Baru ni keluar utk ujian darah, pegi kaunter bayar duit, terus ke tingkat 2. Sampai situ tgk ruang terbuka je utk ambil darah. Campur lelaki mahupun perempuan. Tapi xramai. Kalau ramai pun diorg wat sekejap betul. Letak passport & resit byrn atas meja, kerani akan daftar nama kita, dalam masa 2 minit, doktor pun panggil, amik darah, pastu mik passport semula & terus balik. Tak sempat nk panas punggung duk kat kerusi yg agak buruk2 jgk. Kelam kabut sebab duduk bangun je lebih. 

Kalau nak banding dgn pusat2 kesihatan kerajaan di Malaysia, memang di sini jauh lebih cepat & pantas. Walau pun, nampak x sistematik sekurangnya tak perlu menunggu lama. Teringat waktu pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan daerah marang & rhu renggeh utk ibu mengandung & selepas. Ramai atau tak ramai orang, siap proses sume paling sekejap 1 jam. Pernah ke klinik kesihatan, nampak ada 2 org je patients sdg menunggu. Saya pun bertanya pd salah sorang ibu dah berapa lama menunggu, dia kata dah dekat 2 jam tunggu nurse panggil utk cek bayi dia. Terkejut saya, xsanggup menunggu lama juga terus angkat punggung ambil semula buku bayi & tekad utk pergi klinik panel kt gong badak sj. Bg alasan pada nurse, nanti datang semula pdhl lepas dari tu langsung tak pernah datang bawa lubna.kui2. Jauh pun xpelah, asalkan xperlu menunggu berjam2 dgn bayi yg masih kecil. Harap rupa klinik je lawa sikit dari pusat2 kesihatan di Jordan tapi dari sudut kepantasan buat kerja mmg ketinggalan pusat kesihatan kita. Memang rupa bangunan pusat2 kesihatan kerajaan sini buruk, tp kerja cepat. Setakat inilah, xtahulah lain kali mcm mn pula.

Ini slip result darah. Simple sangat, banyak kali belek takut salah @ xcukup helaian...





Wednesday 27 November 2013

Penghibur hati ummi & walid..

Lubna masuk bilik kakak khadeeja & keluar dengan barang kakak saudaranya. Mentang2 kakak sedara pegi sekolah dia bebas keluar masuk. Keluar membawa kalender arab yg kakak khadeeja dpt dari sekolah. Macam2 aksi anak ummi..
                                   



                       

Sekarang giliran kertas ummi pula...


Tengok tv pulak..


Rasa boring...

     

Walid bagi main beg ummi..xjadi ummi baca buku cenggini..:(

                          













Tuesday 26 November 2013

Spageti kasih sayang

Bila cuaca sejuk sangat mudah lapar. Bila rasa boring lagi cepat lapar. Bila xde kerja lagi rasa nak lapar. Akhirnya berakhir dgn spageti bolognese dari dapur tabarbour merangkap makan malam sekali. Makan dalam talam, mudah kerja xyah basuh banyak pinggan, ikatan kasih sayang pun berganda2 di samping makan bertambah2..bila jauh dari malaysia, perasaan nak masak membuak2 setiap hari. Duduk malaysia pun setiap hari nak masak cuma kekangan kerja. Di sini bila xstudy, xpegi kelas memasak jelah dalam fikiran. Nak buat apa lagi, mengasah hobi jelah kerjanya di sini. Nama pun hadiah cuti belajar. Gunakan dgn sebaiknya...



                               

Gambar kanak- kanak makan sedang mengunyah...





Mengira-ngira bila kelas nak abis ni?

Rasa penat membaca, tangan gatal mencari kalender yang dibuat khas utk mengira baki mingguan kelas yg akan dihadiri. Tak sabar nak potong-potong dari minggu ke minggu. Memang x de bakat ganti imam Syafie...masa belajar pun nak berkira...


Tak sabar utk sampai pada kalender di bawah ini...


Kelas berakhir pada 16 Januari 2014. Kemudian akan ada imtihan nihai'e spnjg seminggu & cuti selama hampir 3 minggu. Besnye. 16 Februari kelas akan stat semula. Ya Allah rasa seronok tiba2. Rasa lebih bersemangat. Konon2. Padahal kepala sudah mula sakit. Mata semakin kabur. 


Sekejap je ummi tinggal...

Sekejap je saya tinggalkan nota yang saya baca, ada budak yang tolong sambung baca. Suami kata biar lubna ganti ummi masuk exam. Kecik tapak tangan, tapak kaki gajah ummi tadahkan. Tengoklah budak tu, xnak berganjak...








Lepas mengumpat pasal dia, barulah nak bangun...







فحص الدم في مركز الأمراض الصدرية UJIAN DARAH

Pagi ni dalam jam 9.15 kami keluar menaiki teksi ke Syari' Garden menuju ke markaz amradh untuk ujian darah bg membuat visa pelajar & keluarga.  Saya dan suami sahaja yg perlu bt ujian darah. JOD 30 seorang utk ujian darah. Sekejap je proses, daftar, bayar duit & terus ke tingkat 2 utk ujian darah. Lepas 2 hari boleh ambil result. Dlm 15 minit sume selesai. Lega. Tambang teksi dari rumah kami ke sini dlm JOD 1.80 sehala. Kira oklah. Jom tgk gambar yang ada..

                                   

Ini gambar dari jalan besar...gambar anak saudara Khadeeja..



Sampai di pekan Tabarbour, kami singgah di beberapa kedai sambil menunggu tempahan nasi mandy ayam siap. Kedai مطعم دار دارك..disinilah kami mrmbeli nasi2 arab yang pelbagai tu. nanti keluarga datang, kat sini kami akan bawak inshaAllah. Tapau balik umah pun boleh, nak minta antar ke rumah pun boleh tau..


Masjid suami selalu solat jumaat..


Kedai daging & brgn dapur berdekatan...


Sampai rumah, suami goreng kentang & kami makan dengan nasi mandy..alhamdulillah kenyang. Petang ni perlu sambung baca buku. Ada imtihan awwal sabtu ini dgn dr. Hamdan..hmmm..









Monday 25 November 2013

Kelas subjek المنهاج والمعرفة

Hari ni kelas Dr. Taha dari jam 6-9 malam. Tapi biasa akan stat lewat & balik awal dari jam 6.15 - 8 malam. Seronok lagi kami dapat balik awal. Macam biasa, kelas disambung dengan sesi presentation oleh pelajar mengikut giliran masing2. Hari ni dah kali ke-3 k.syikin bentang. Dr.Taha memang suka berbincang dari satu isu ke satu isu. Akhirnya, satu tajuk sampai 3 minggu baru habis dibentang.ni dah masukminggu ke-8 tapi baru siap bincang wahdah 2.

Sebelum keluar kelas sempat curi2 ambil gambar. Cuba teka mana satu pensyarah?


Dah dapat teka x? Lagi gambar curi..


Kebanyakan pelajar dah berumur. Confuse mana satu lecturer mana satu pelajar.

Sunday 24 November 2013

Kawasan kejiranan berdekatan rumah sewa

Lepas asar tadi rasa bosan, suami ajak ke mansur mall yang sedikit jauh dari rumah sewa. Sempat ambil beberapa keping gambar sekitar kawasan di sini..kediaman penduduk di sini kebanyakannya berbentuk apartment. Kalau yg kaya akan duduk di banglo mewah berbentuk apartment jugak tapi lebih cantik berbentuk seperti rumah. Jalan di sini tak berapa landai, curam & berbukit2. Jauh berbeza dgn bumi malaysia. Di sini asalnya adalah gurun pasir yang berkembang mnjadi bandar yg membangun..




Tengok struktur tanahnya berbukit2. Tapi ini belum betul2 curam..kalau sy bw keta manual kt sini mesti tersadai atas bukit xberani nak masuk gear sambil tekan minyak takut terundur..bangunan sini sepesen je sume, xde cat sbab diorg lebih suka warna asli batu bata. Jadi agak susah nak cam tempat sebab sume bangunan nmpk sama je..





Jemput jiran makan

Jumaat minggu lepas, kami menjemput jiran arab ke rumah menikmati minum petang bersama. Kami buat sate, nasi impit yg xjadi, kuah kacang & mee hoon goreng. Tak taulah sedap ke tidak pada diorg. Hik3..


Buruk benar langsir kami. Keh3. Belum beli rel langsir sekadar paku je. Tunggu mak datang..waa. Sy memang malas menjahit..




Semoga ikatan ukhuwah kami berkekalan :)













Saturday 23 November 2013

Lubna membaca..

Sekarang agak susah nak membaca atas lantai sebab lubna akan tarik segala pen & kertas di tangan saya. Jom tengok gaya lubna belajar...

 

  

Buatlah apa saja lubna, asalkan tak mengoyakkan kertas ummi. Gambar yang ini pula lubna tengah selongkar dompet saya...

  





 

Buku bertemu ruas..

Ada seorang pensyarah di sini sangat ditakuti para pelajar. Masing2 akan cuba mengelak dari mendaftar subjek dengannya melainkan jika xde pilihan lain memang terpaksa ambil dgn dia juga. Dr Hamdan namanya. Akibat takutnya kami semua pada dia, masing2 menahan nafas sepanjang 3 jam berada dalam kelasnya.

والان استطيع التنفس..sekarang saya baru boleh bernafas, kata salah seorang pelajar Arab sewaktu pensyarah keluar sebentar menjawab panggilan telefon. Saya tersenyum kelat. Dalam hati mengiyakan.

Hari ini, akibat tidak tahan dengan sikap pensyarah ni, seorang pelajar wanita kelas kami yang agak berumur, telah terang-terangan mengkritik sikap pensyarah di dalam kelas. Berderau darah kami. Betapa beraninya dia. 

Pelajar : Doktor mempunyai sikap yang suka menyerang! Doktor membuatkan kami tertekan dengan gaya doktor bertanya & bercakap!

Pensyarah : Apa yang kamu maksudkan? Kamu tak berhak berkata saya sedang menyerang kamu. Saya tidak menyerang kamu. Saya menganggap kamu sebagai pelajar doktorate perlu baca nota saya beratus2 kali & dpt menjawab apa yg sy minta! Kamu bukan kanak2 tadika yang perlukan gula2, kata2 yang berbunga!

Pelajar : tapi doktor lebih bersikap kepada menyerang! Bla bla bla...

Pensyarah : kamu tarik balik kata2 kamu itu! Perkataan serangan itu tidak sesuai kamu katakan kepada saya!

Pelajar : tidak! Saya masih menganggap doktor mempunyai sikap yang suka menyerang dan ia menjengkelkan! Bla bla bla..

Pensyarah : kamu harus tahu adab dan meminta maaf! Kamu tidak mahu minta maaf walau pun kamu bersalah! Kamu tidak mahu terima hakikat & belajar dari kesilapan! Bla bla bla...

Pelajar masih berkeras, enggan menarik balik kata2nya & apatah lagi meminta maaf.

Pensyarah : mungkin kamu yang mengadu tentang saya kepada fakulti?!bla bla bla...

Pelajar : ya saya yang mengadu! Saya mengadu dengan sikap doktor. Saya rasa tiada siapa yg mahu mendengarnya. Saya rasa seperti dizalimi oleh doktor!

Pensyarah : ...(terkedu)...

Perbualan di atas adalah serba sedikit yang saya dapat tangkap di dalam kelas wkt kejadian. Nampak tangan & kaki doktor sedikit menggeletar. Cuma saya tidak pasti samada dia menggeletar krn terkejut atau mengeletar kerana marah. Yang saya & sahabat teka, mungkin dia agak ketakutan dengan keberanian pelajar wanita tadi.

Hakikatnya semua orang merasa takut dengan doktor. Sikap muamalahnya sangat tidak disukai. Hatta pelajar arab sendiri mecemuhnya. Setiap semester pasti ada aduan tentang dia. Tapi fakulti  xdapat nak ambil tindakan mungkin sekadar dapat menasihati. Tapi xde perubahan. 

Bersifat menyerang & suka meninggikan suara & menengking. Kadang2 menghina & memalukan pelajar di hadapan pelajar lain. Membuatkan kami semua seperti pesalah. Setiap minit dalam kelasnya adalah perasaan gementar & stress. Menulis & menjawab berhadapan papan putih, berdiri di depan sambil menjawab serangannya diperlakukan seperti kanak2 sekolah. Setiap kali sebelum & selepas kelasnya kami stress. Dia harus tahu, pelajar PhD sumenye bekerja. Stress di tempat kerja & stress dgn lecturer sepertinya. Dia harus tahu, pelajar2 ini sume sudah dewasa, punya pasangan, anak & cucu. 

Saya terfikir, bagaimana sifatnya ketika muda dahulu? Adakah dia pelajar yang hebat sehingga merasakan org lain jg perlu hebat sepertinya? Apakah yg mendorongnya bersikap sedemikian?

Saya belajar lagi satu perkara, agar tidak bersikap seperti beliau. Mungkin ada berfikir, perangai doktor   ini tak menakutkan & biasa saje. Hakikatnya, jika tidak berada dalam situasinya kita tak akan pernah faham. Jika kita seorang pendidik yg baik, kita xkan dimalukan pelajar dalam kelas sendiri. Teringat saya hadis nabi ((من لا يرحم لا يرحم)) Siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.


Friday 22 November 2013

Laparnya!..bergegas masak fat rice

Pulang dari Abdali tadi masing2 kehilangan mood kerana kelaparan. Pagi tadi sebelum kluar kami hanya makan kek sgera shj. Akibatnya badan rasa lemah & lapar dgn cuaca yg sejuk2 pula. sampai di rumah, saya pun cepat2 masuk dapur menyediakan fat rice. Suami offer nak gorengkan ayam perapannya sendiri. Terbayang sedapnye fat rice dgn ayam goreng nnt. Tp sebab dh dekat dgn waktu solat jumaat jadi masing2 kn ikat perut lagi tungu sampai suami sy solat baru makan sama2. Inilah fat rice kami tuk hari ini..

      


Licin seperiuk nasi lemak kami. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah yang tidak pernah putus.




بالة سوق الجمعة، عبدلي Pasar bundle di Abdali

Pagi tadi dalam jam 9 kami bergerak ke pasar Jumaat menaiki teksi utk menambah koleksi baju2 & kot utk persediaan musim sejuk nnt. Xbanyak gambar ambil. Boleh tahan banyak pilihan! Bila semakin menghampiri musim sejuk semakin banyak bundle yang dikeluarkan. Tambang teksi dari Tabarbour sehala JOD 2.20..murah jgk berbanding pergi dengan teksi kenalan. Mau JOD 20 dia caj kalau pergi dengan dia.he2. Jom tgk gambar yg ada..

   

Baju yang saya pakai di bawah ni baru je dibeli, terus pakai. JOD15 harga dia. Walaupun bundle tapi masih baru..lubna tertidur bawah angin dingin sepoi2 bahasa.

                                 

Ini antara baju yang sempat dibeli di sini. Banyak baju lubna. Setiap helai baju lubna tu JOD 1 sahaja. Baju kot merah tu pula utk Khadeeja JOD 4 harganya. Masih baru & mmg cantik.

                       

Kot baru saya warna putih JOD 15...

                       

Suami tak beli apa2 utk hari ni. Lain kali kami akn turun lagi cari kasut dia pula inshaAllah.

                       

Memang pakaian bundle mjadi pilihan kebanyakan rakyat tempatan. Xtau sebab apa. Mungkin sebab yg baru sangat mahal & baju2 ni pakai utk musim tertentu saja. Kalau nak beli yg baru better beli satu dua je, sbb rasanya memang mahal. Jubah di sini yg baru boleh mcecah JOD 40 = RM 200. Mahal kan.

   

Thursday 21 November 2013

Makan malam ringkas semalam

 Asal nk buat jemput2 saje, tapi suami tukar jadi seperti makan rojak. Sedapnye makan waktu dingin2 ni. Sos tu pun sedap. Air tangan suami juga. Padanlah lama duk dapur rupanya sibuk bt sos & telur masin. Teringat mak selalu buat sos cili sendiri utk dimakan dgn jemput bilis. 



Spagetti KARI melatop!

Takde stok mee kuning, jadi ganti dengan spagetti. Rasanya lebih sedap! & tidak muak seperti mee. Bg yg tidak mengemari mee kning, boleh ganti makan kuah kari dgn spagetti. Selain dr bahan biasa utk mee kari, sy tambah sambal tumis lada kering, udang kering & bwg putih yg dikisar terlebih dahulu. Bertambah2 masing2 makan. Padahal memang setiap kali masak ape pun akn bertambah. Ceh.. 

                 



Resepi simple je. Xde tauhu goreng ganti dgn chicken pop corn..pandai2 lah bila dah jauh dr tanah air, kena kreatif sentiasa.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...