Saturday 23 November 2013

Buku bertemu ruas..

Ada seorang pensyarah di sini sangat ditakuti para pelajar. Masing2 akan cuba mengelak dari mendaftar subjek dengannya melainkan jika xde pilihan lain memang terpaksa ambil dgn dia juga. Dr Hamdan namanya. Akibat takutnya kami semua pada dia, masing2 menahan nafas sepanjang 3 jam berada dalam kelasnya.

والان استطيع التنفس..sekarang saya baru boleh bernafas, kata salah seorang pelajar Arab sewaktu pensyarah keluar sebentar menjawab panggilan telefon. Saya tersenyum kelat. Dalam hati mengiyakan.

Hari ini, akibat tidak tahan dengan sikap pensyarah ni, seorang pelajar wanita kelas kami yang agak berumur, telah terang-terangan mengkritik sikap pensyarah di dalam kelas. Berderau darah kami. Betapa beraninya dia. 

Pelajar : Doktor mempunyai sikap yang suka menyerang! Doktor membuatkan kami tertekan dengan gaya doktor bertanya & bercakap!

Pensyarah : Apa yang kamu maksudkan? Kamu tak berhak berkata saya sedang menyerang kamu. Saya tidak menyerang kamu. Saya menganggap kamu sebagai pelajar doktorate perlu baca nota saya beratus2 kali & dpt menjawab apa yg sy minta! Kamu bukan kanak2 tadika yang perlukan gula2, kata2 yang berbunga!

Pelajar : tapi doktor lebih bersikap kepada menyerang! Bla bla bla...

Pensyarah : kamu tarik balik kata2 kamu itu! Perkataan serangan itu tidak sesuai kamu katakan kepada saya!

Pelajar : tidak! Saya masih menganggap doktor mempunyai sikap yang suka menyerang dan ia menjengkelkan! Bla bla bla..

Pensyarah : kamu harus tahu adab dan meminta maaf! Kamu tidak mahu minta maaf walau pun kamu bersalah! Kamu tidak mahu terima hakikat & belajar dari kesilapan! Bla bla bla...

Pelajar masih berkeras, enggan menarik balik kata2nya & apatah lagi meminta maaf.

Pensyarah : mungkin kamu yang mengadu tentang saya kepada fakulti?!bla bla bla...

Pelajar : ya saya yang mengadu! Saya mengadu dengan sikap doktor. Saya rasa tiada siapa yg mahu mendengarnya. Saya rasa seperti dizalimi oleh doktor!

Pensyarah : ...(terkedu)...

Perbualan di atas adalah serba sedikit yang saya dapat tangkap di dalam kelas wkt kejadian. Nampak tangan & kaki doktor sedikit menggeletar. Cuma saya tidak pasti samada dia menggeletar krn terkejut atau mengeletar kerana marah. Yang saya & sahabat teka, mungkin dia agak ketakutan dengan keberanian pelajar wanita tadi.

Hakikatnya semua orang merasa takut dengan doktor. Sikap muamalahnya sangat tidak disukai. Hatta pelajar arab sendiri mecemuhnya. Setiap semester pasti ada aduan tentang dia. Tapi fakulti  xdapat nak ambil tindakan mungkin sekadar dapat menasihati. Tapi xde perubahan. 

Bersifat menyerang & suka meninggikan suara & menengking. Kadang2 menghina & memalukan pelajar di hadapan pelajar lain. Membuatkan kami semua seperti pesalah. Setiap minit dalam kelasnya adalah perasaan gementar & stress. Menulis & menjawab berhadapan papan putih, berdiri di depan sambil menjawab serangannya diperlakukan seperti kanak2 sekolah. Setiap kali sebelum & selepas kelasnya kami stress. Dia harus tahu, pelajar PhD sumenye bekerja. Stress di tempat kerja & stress dgn lecturer sepertinya. Dia harus tahu, pelajar2 ini sume sudah dewasa, punya pasangan, anak & cucu. 

Saya terfikir, bagaimana sifatnya ketika muda dahulu? Adakah dia pelajar yang hebat sehingga merasakan org lain jg perlu hebat sepertinya? Apakah yg mendorongnya bersikap sedemikian?

Saya belajar lagi satu perkara, agar tidak bersikap seperti beliau. Mungkin ada berfikir, perangai doktor   ini tak menakutkan & biasa saje. Hakikatnya, jika tidak berada dalam situasinya kita tak akan pernah faham. Jika kita seorang pendidik yg baik, kita xkan dimalukan pelajar dalam kelas sendiri. Teringat saya hadis nabi ((من لا يرحم لا يرحم)) Siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah