Tuesday 22 May 2018

Orang kaya raya...

Tengok orang kaya raya beli jam tangan harga ratus ribu, sebuah lampu rumah ratus ribu, sebotol perfume harga ribu riban terasa macam @#@()& ..orang biasa macam saya nak cukupkan 100k tunai pun tiarap guling kuak lentang sume ada.
Tapi sebenarnya bila rasa cukup dengan apa yang ada, itulah sebenar-benar perasaan kaya dan orang kaya. Bila banding dengan orang kaya raya, rasa ciput je apa yang saya ada. Tp bila muhasabah balik orang lain yang lebih malang rasa bersyukur tak terhingga. Yang terbaik adalah wasatiyah. Tidak terlampau kaya @ terlampau miskin.
Kita boleh lihat contoh dan bandingkan apa yang kita ada dengan orang terlebih kaya dari kita untuk buang rasa riak dengan apa kita ada. Supaya kita tak perasan bagus dan kaya walhal ada orang lain lebih kaya dari kita.
Dan kita boleh lihat dan banding dengan orang yang lebih susah dari kita untuk tanam rasa syukur. Supaya kita rasa tenang dengan rezeki yang Allah dah tentukan setelah kita berusaha.
Semua ada hikmah, kita yang kena cari dan ambil pengajaran.
Ok, Ramadhan kali ni rasa seronok walau penat dan haus. Kadang masak kadang beli di bazar ramadhan.
Masak yang simple saje setakat ni. Yang penting sedap dan cepat. Suami dan anak-anak pun tak cerewet bab makanan. Apa saya masak, itu dioranh makan.

Thursday 3 May 2018

UniCel

Karnivel e-learning di UniSZA. Kali pertama masuk memang kelakar bila tengok tajuk sendiri. Kihkoh. Tajuk orang lain canggih manggih.

Bidang teknologi pendidikan bukan bidang saya tapi bila dah nama pendidikan memang semua ke arah memanfaatkan teknologi dalam pendidikan. Nak tak nak kena bergerak seiring dengan perkembangan dunia.

Aplikasi Facebook Group untuk PdP literasi bahasa Arab (membaca & menulis). Mula daftar group ni pada awal februari. Letih jugalah nak fikir pengisian bahan. Lepas ni kena siapkan bahan lebih awal.

Karnivel ni peserta perlu bayar RM150 untuk penyertaan dan sediakan poster ukuran A1 dan present dalam masa 10 minit kepada juri. Presentation senang je tapi nak siapkan bahan selama beberapa bulan itu yang sukar. Nak tarik pelajat untuk aktif itu yang sukar. Majoroti pelajar suka, dan segelintir kurang suka guna Facebook. Padahal ruangan komen dalam FB memungkinkkan pelajar mempraktikkan bahasa Arab semaksimum mungkin. Nak dan tak nak sahaja.

Kami hantat dua penyertaan. Produk saya dan syikin. Emas untuk syikin dan perak untuk saya. Jadi kami dapat dua2 sebab berpasukan.

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...