Thursday 15 February 2024

Kelantan 2024 dan makan2 di rumah mak sempena selesai UPSRI anak2

Kenduri kahwin ...

Dua kenduri berturut di Kelantan. Alhamdulillah.

Makan2 di rumah nenek..sempena anak2 selesai upsri.. anak sedara Aisyah dapat 10A..



Sayang semua!

Thursday 8 February 2024

Majlis perpisahan sekolah anak-anak..

Sekejap saje berlalu..

Lubna dah tamat darjah 5 dan berpindah ke sekolah baru.

Alyan tamat tahun 6 Pasti dan akan masuk ke sekolah baru.

Halaa akan masuk Pasti 4 tahun

Sebahagian kenangan saat-saat terakhir persekolahan..

Tuesday 6 February 2024

Tukar tayar vios..UPSRI..

Tukar tayar kereta vios empat biji dengan kos RM747 (Beli di shopee), RM30 allignment, RM130 brake pad. Kedai di Durian Burung. Kedai minta beli di shopee dan dia akan arrange date untuk datang pasang. Mudah juga.

Alyan pegi lawatan Pasti ke Balai Bomba Bukit Payong. Seronok kemain dapat nak lori bomba..

Anak sulung dapat 1A 7B 4C 1D untuk UPSRI. Habis disapunya semua huruf🤣. Kena marah jugaklah seposen. Tapi takpelah, belah petang belanja makan texas atas permintaannya...

Takpelah Lubna. Nanti usaha lagi, tak boleh putus asa. Ummi walid sayang Lubna.

Saturday 3 February 2024

Blessings from Allah...🌷🩷

Salam hidup ini cuba kira berapa banyak nikmat yang Allah bagi. Nikmat yang selalu terlupa dan tak pernah terfikir..

1. Dapat duduk satu negeri dengan mak ayah (Daerah berlainan tapi berdekatan dalam 25 minit naik bypass jalan baru). Pernah dengar tak yang Allah pilih duduk dekat dengan makayah dapat berbakti selagi boleh adalah insan terpilih. Allahuakbar.

2. Dapat suami yang kampung halaman sebelah negeri iaitu Kelantan. Perjalanan walaupun 3 jam tetapi sebenarnya adalah dekat. Dapat jalan2 bumi Kelantan dengan makanan yang macam2 bersempadan dengan Thailand nikmatnya.

3. Dikurniakan 3 anak ( 2 P 1 L) yang comel dan sihat. Alhamdulillah. Orang lain berhempas nak anak. Dah ada anak, takde pula anak lelaki @ perempuan. Allahuakbar. Peliharalah zuriat kami ya Allah. Kurniakanlah kami keturunan yang soleh dan solehah serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.

4. Siap PhD umur 32. Allahuakbar. Tak pernah sangka rezeki ini. Tengok orang lain susah payah siapkan PhD dengan macam2 dugaan sehingga makan banyak tahun, rasa hebatnya nikmat Allah ini. Hasratnya nak dapatkan sebelum umur 30 tapi perancangan Allah lebih baik.

5. Nikmat pendapatan yang lebih dari cukup pada saya. Alhamdulillah rabbil Alamin. Dengan rezeki ini dapat membeli rumah sendiri, tanah sebagai aset dan kenderaan yang tak pernah terfikir akan dimiliki ketika kecil. Nikmat manakah yang kita dustai.

6. Tinggal di bumi Terengganu yang tenang lagi aman. Allah bantulah Palestin😭. Damaikanlah bumi Malaysia.

7. Nikmat kesihatan yang baik walaupun dah mula rasa tidak segar seperti ketika muda. Mak ayah dan suami serta anak2 yang sihat. Allahuakbar.

8. Nikmat belajar di luar negara di peringkat tertinggi pengajian di bumi Anbiya Jordan selama 3.5 tahun. Allah Allah. Tidak mudah tapi Allah kata kun fayakun.

9. Melahirkan anak di luar negara. Subhanallah ini cita2 saya zaman dulu kala. Allah maqbulkan. Terima kasih ya Allah. Pengalaman yang sentiasa segar di ingatan.

10. Menunaikan umrah dari darat menaiki bas dari Jordan ke Saudi bersama suami, anak dan keluarga pelajar  Malaysia. Allah ,pengalaman yg takkan pernah dilupakan. Nak cari semula gambar2 dulu untuk tatapan sekarang.

Banyak nikmat tidak tersebut dan tidak terhitung. Kalau dibanding dengan orang lain pasti rasa tidak bersyukur. Berhenti membanding dan lihat kelebihan diri. Sekalipun apa yang diingini tidak ada, maka usahakanlah selagi daya. Jika tidak berjaya, percayalah ada hikmah di sebaliknya sesudah berusaha.

Di rumah mak petang tadi masakkan lontong untuk jamu adik-beradik abah..

Pasar Manir pagi tadi...

Hasil belian RM85

--------
Servis kereta vios pagi tadi kosnya RM15 (upah)+RM60 (minyak kereta suami beli di shopee)

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...