Friday, 13 November 2026

Sambut Hari Lahir Lubna ke 14

Sambut sehari lebih awal memandangkan Lubna minta makan di Shabuyaki. Kali kelima saya dan suami dan kali kedua untuk anak2...


Kenyang tersandar. Ambil sup Kim hi (sedapp) dan seaweed (sup warna pucat dan kurang sedap). Ambil 17 pinggan daging kambing, lembu, ikan dan ayam. Kos RM175. Lubna dapat 20% diskaun sempena birthday. Halaa dan Alyan separuh harga dewasa.

12hb baru ni juga servis kali pertama yaris cross dengan kos RM238. Suami pergi sendiri. Servis dalam sejam tapi menunggu membasuh 3 jam lebih hmm tak berbaloi basuh kereta di SC walau pun free. Tapi ada makanan kata suami sepanjang menunggu..

Alhamdulillah. Tunggu servis 10000km pula atau bulan 5 kata suami.

Hari ni Halaa pergi lawatan sekolah ke muzium, TTI dan A&W. Excited sungguh dia.

Ummi pun seronok tengok aktiviti anak2. 

Ini pula kiriman dari emak yang baru balik dari UK.. Ya Allah seronoknya tengok roti dan coklat.. 
Sedap betul rotinya.

Nasi daging minggu lepas.. Baru nak upload. Alyan kata birthday dia nanti nak nasi daging dan pergi zoo rimba.. Kihkoh.. 
Pagi semalam janji dengan anak2  beli aiskrim buah di giant, singgah makan roti canai juga di food court.. 
RM10.90 sebiji. Untuk 3 orang hmmm.

Makin besar anak2 makin demand nak makan macam2. Duit banyak habis untuk keperluan makan dan barang anak2 serta sekolah. Xpelah bulan depan kita lebih berhemah. 

Sunday, 8 November 2026

Cuti 3 hari yang amat bermakna

Cuti Deepavali dapat 3 hari off dari Jumaat hingga Ahad.

Tak tau kenapa tapi rasa legaaa sebab tak perlu ke mana2 dan dapat kemas beberapa bahagian rumah.

Rasa penuh dalam hati.

Rasa nak pencen dan duduk rumah lama. 

Rasa nak isolatekan diri dari dunia luar. 

Rasa macam2.

Aktivit anak2 di rumah selain dari bergaduh.. 

Makan nasi ayam di batu burok pagi tadi.. 

Sedap. RM44 semua sekali. 


Monday, 2 November 2026

Dah sebulan lebih mak ayah di UK

Tengok anak dan cucu baru..

Adik iaitu Muaz, Firdaus dan isterinya Hazirah menyusul awal November untuk teman mak abah pulang ke Malaysia..Duduk semalam di UK dan pergi ke Paris.. 

Alhamdulillah. Kali pertama semua sampai Paris. Impian abah dah lama sebut nak pergi Paris. Perancangan agak adhoc bermula dari adik Balqis minta datang UK untuk bantu jaga anak2 sebab perlu operation susulan selepas komlikasi czer bulan 6 yang lepas. 

Halaa temuduga SRIDI

Takde persediaan khusus.

2 hari sebelum ujian baru tahu ada ujian jawi. Hmmm. 

Ujian pada 24 Oktober baru ini. 

Keputusan tak pasti bila dapat. 

Untuk backup ada mohon sekolah lain juga. 

Berserah pada Allah mana yang terbaik untuk Halaa. 

Makan2

Letak gambar ye dulu outing dengan keluarga kecil kami.. 

Langit petang.. RM106.. 
Ayam gepuk pak gendut.. RM58.. 
Nasi kandar mydin.. 

Iftar di rumah.. Gulai gearbox beli di Kelantan bulan lepas. Letaak dakam freeze elok lagi.. 
Nasi beriani.. Bila rajin.. 
Guna rempah segera prun.

Saya suka letsk harga makanan untuk rujukan sendiri dan tahun mendatang. Boleh compare harga dulu dan tahun lain. 

Monday, 19 October 2026

Tuesday, 13 October 2026

Urusan kereta baru dan lama

JPJ: Pergi bersama suami dan menunggu runner sampai. Runner akan isi borang untuk dapatkan geran dan road tax kereta baru serta tukar plat kereta lama. Kami guna no plat lama. Dari jam 10.15 dan jam 11.40 selesai. Perlu sign dan thumbprint. 

Carsome: Selesai JPJ, kami ke carsome untuk jual kereta vios lama kesayangan. Isi maklumat di kaunter dan settle. Duit masuk dalam masa 24 jam kalau tiada apa isu. Masa ni kena tinggal kereta jadi sedih sikit dan amik gambar kenangan..

Duit masuk dalam beberapa jam lepas siap urusan. Alhamdulillah. Bolehlah dari jual sendiri yang kami pun xtahu cara dan prosedurnya. Memang mudah di carsome sebab xperlu fikir banyak dah. Huhu. 

Toyota bandar: Dari carsome Panji Alam, kami naik grab ke toyota dalam jam 1 sampai. Tapi kereta baru belum siap sepenuhnya. Jadi salesman bagi pinjam kereta untuk kami balik dulu dan datang semula jam 5.30 petang. Bergambar kenangan..

Ambil yaris cross hibrid RM109k. Rebat RM3k jadi RM106k. 

Kos bayar untuk insurans dan road tax: RM1400 ++

Kos guaman bank dalam RM220. 

Loan dgn bank rakyat 2.10%, skim reduce balance. 


Sunday, 11 October 2026

Konvokesyen UniSZA ke 18

Hari kedua majlis konvokesyen di UniSZA. Semalam di bawah dan pagi ini di atas pentas mewakili Dekan.

Pagi Ahad.. 
Pagi Isnin.. 

Bertembung dengan pelajar.. 

Kenduri di Kelantan

Walau masih berbaki demam tapi gagahkan diri ke Kelantan memandangkan dah lama tak jalan2 cari makan di sana dan kebetulan ada kenduri.

Saya suka kenduri di Kelantan sebab menunya ada macam2.

Lauk rare: patin tempoyak, baung masam lemak cili api, umbut kelapa masak gulai, gulai kambing.. Uish semua sedap. Tapi sebab tekaknrasa payau jadi tak berapa nak makan banyak. Lalsa putih pun sedap betul. 
Bermalam dua hari di apartment milik u. Bob. Apartment baru yang sangat selesa. Berdekatan dgn aeon mall dan mudah untuk keluar masuk.

Di level 4 blok C ada playground. Memang bes sebab masih belum ramai penghuni. Makan pagi di sini beli bungkus sambil tunggu anak main. 

Beli nasi kerabu pucuk pite te Aziemah yang viral..

Meme sedap.

Makan nasi ulam cikgu hari Khamis sampai Kelate..RM62.. Bila anak2 ambil sendiri lauk ayam hmm.. 

Nak bergambar. Padahal banyak kali dah ambil gambar di sini..