Friday 26 April 2024

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...

Majlis Kesyukuran

Berkongsi majlis kesyukuran di Fakulti bersama sahabat Norasyikin..

Hanya Allah yang tahu gembira dan leganya hati kami. Sama2 merancang dan saling mencukupkan. Alhamdulillah.

Jamuan ini kami tempat dengan guard unisza yang memang dikenali dengan keenakan gulai kambingnya. Kos semua sekali RM1500 kongsi berdua. Gulai kambing seekor (70 orang makan), sambal ayam, nasi, sambal dan sayur goreng serta air sunquick (50 orang).


Thursday 18 April 2024

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah 


Nanti saya cerita prosesnya. 

DS54 pada 9 April 2024.

Hari Raya Aidilfitri 2024

Bila berhenti menulis rasa malas nak bermula semula. Oklah banyak program nak cerita. Mana yang sempat dititip di sini..


Raya kedua kakak dan adik sekeluarga pula balik dan kami pun bergambar semula..

Raya pertama di rumah atuk dan nenek tahun ini. Raya ketiga baru pulang ke Kelantan.

Gambar raya di Kelantan x banyak..gambar candid di rumah makcik dan sepupu yang kami akan bermalam kalau pulang ke Kelantan tapi kali ini penuh biliknya..


Jadi duduk hotel 2 malam. Satu di bintang square hotel di kubang kerian RM86 ..

Malam kedua di Troika apartment RM120 dapat diskaun..

Makan nasi ulam cikgu...rindu RM56
Swimming pool ...

Emart bawah troika..
Beraya di rumah kawan baik suami di Kelantan...

Thursday 4 April 2024

Majlid buka puasa di Rusila

Sabtu baru ni menghadiri iftar jamaie di masjid Rusila. Ini antara rutin Ramadhan kami..

Gulai daging style orang ganu lama menjadi kesukaan kami. Alhamdulillah.

Ini pula antara menu iftar kami ..

Eh eh ini apa pula..ini meja makan yang dibeli secara sengaja dan tidak sengaja. Pergi kekedai sp phua, terjumpa meja kaki tinggi yg murah. Kedai bg.less sbb ada defect. Asalnya satu set 4 kerusi RM600, jadi kami amik 2 set.sbb nk meja makan besar dan 8 kerusi. Total RM1200 termasuk kos hantar..murah kan..susah nak dapat harga ni untuk 8 kerusi.
Oh ye beli daging dan tulang segar dgn harga yang murah berdekatan unisza..beli 4 kg. Sekilo RM28 sahaja...

Ok, ini halaa dapat hadiah mewarna dan membaca...


Rupa balik dari sekolah..

Friday 29 March 2024

Cuci peti ais..

Ajak suami cuci peti ais setelah sekian lama tak bercuci..

Nampak dapur kiri kanan. Dapur rakyat marhean saje..takde kabinet ala english. Nak buat tapi rasa macam membazir pula.

Alhamdulillah siap jugak...

Anak bongsu bangun pagi hari cuti Nuzul Quran nak pegi sekolah. Lalu drpan sekolah tunjuk sekolah tutup...

Macam-macam ragam anak2. Ummi pun dah macam halilintar hari-hari di rumah. Pantang salah sikit cepat benar panas hati. Sedihnya.

Iftar Ramadhan..

Ada masak, ada beli..banyak masak dan beli yang ringan-ringan..



Seadanya. Rasa skrg makan sikit dah cepat kenyang dan muak. Harap kuruslah badan huhu. Berat skrg dah 85kg😭.

Monday 25 March 2024

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.


Friday 22 March 2024

Air Asia-Ettihad airline-Moraza bus..

Perjalanan ke Mesir agak memakan wang. Perjalanan dari Terengganu bermula awal pagi Khamis jam 8.50am menaiki Air Asia terus ke KLIA2. kos untuk 3 orang bersama tambahan 25kg bagasi berjumlah RM270. Rasa macam ok sebab perjalanan lebih pendek untuk ke KL. 

Manakala dari Malaysia ke Mesir kami ambil dengan travel agen. Kos tiket seorang RM1880 yang mana jauh lebih murah dari beli di website. Alhamdulillah. Kami bertiga kos RM5770. Transit di Abu Dhabi 3 jam masa pergi dan 8 jam masa pulang ke Malaysia. Beg 30kg seorang utk kargo dan 7kg untuk kabin. Seat selesa dan ruang kaki yang luas.

Gambar atas ketika trnsit di Abu Dhabi.


Sedikit review bergambar menu salam flight..


Pakat dengan suami untuk ambil dosh berlainan supaya boleh rasa perbezaan.
Dapat 3 seatcukup untuk kami bertiga..Halaa nak duduk tepi tingkap. Row sebelah sana rakan2 jabatan juga bersama ahli keluarga masing2. 



Ini pula bas Moraza yang kami ambil dari KLIA1 terus ke K.Terengganu. Selesa sungguh seatnya. Cuma beg seorang sahaja sebiji boleh bawa dan tidak lebih 20kg. Kami kena tambah sikit dalam RM30 untuk satu keluarga sebab sudah tentu balik dari Mesir macam-macam membeli. Kos per head RM70. Perjalanan selesa dan smooth sebab ketiduran belaka.

Flight mendarat di KLIA jam 8.50pm dan bas kami order onliner seminggu sebelum dan pilih jam 11.30pm. Alhamdulillah sempat semua siap sebelum bas sampai. Ingat ye slip pembelian moraza bas kena print siap2. Tunjuk di kaunter bas level 2 KLIA nanti dan dia akan bagi tiket bas. Kalau tidak x dapat naik bas pula.

Makan di KLIA harga tiga kali ganda dari di luar..yang ini masa sampai Malaysia..RM26..

Yang sebelum berlepas ke Mesir..RM17



Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...