Friday 30 June 2023

Raya kedua Aidiladha..

Raya kedua jatuh pada hari Jumaat.
Pagi mahu ke pxr melihat barang2 sale gara2 mall akan ditutup dan diganti dengan lotus. Tapi rupanya dah tutup pxrnya.huhu. Jadi pusing ke Mydin pula membeli keperluan yang hampir habis.

Cari hadiah orang kawin juga dan buah tangan untuk tuan rumah yang menjemput sempena jamuan korban dan kesyukuran.

Petangnya ke rumah Fadlina iaitu staf FBk dahulu pernah berkhidmat bersama fakulti. Jemputan kesyukuran..

Tuan rumah masak sendiri semuanya. Hebat sungguh. Masak pula dengan kuantiti yang banyak untuk tetamu yang tak putus kunjung tiba. Saya tak mampu walau suka menjamu. Kek-kek pun buat sendiri. 

Ini makan malam kami. Anak kedua sibuklah bertanya nak makan apa malam ni.. ummi tak jadi nak berdiet betul 2..


Potati wedges suami buat, saya buat roti sardin celup telur.. alhamdulillah kenyang. Kalau ikutkan anak minta lasagna. Bahan dah beli pagi tadi tapi terlupa pula daging kisar. Esoklah beli pula. Tadi ke mydin kami beli lagi kentang satu raga. Fuhh suke betul Rm12.80 sahaja. Itu yang senang hati buay wedges sendiri. Lebih menjimatkan banding beli ready made.

Potato wedges ni ikut resepi adik ipar. Potong ikut wedges dan rebus separuh masak. Letak serbuk bestari dan goreng sehingga garing. Sedappp.


Thursday 29 June 2023

Aidiladha 2023..penuh rasa syukur

Alhamdulillah..misi korban suami dan saya berjaya tahun ini...

Kali kedua buat dengan Pasti Banggol Peradong. Puas hati alhamdulillah. Laju je proses sembelihan dan lapah. Wakilkan pada pihak sana untuk sembelihan, dan selesai boleh datang ambil. Dalam jam 10 lebih kami turun untuk lihat suasana korban. Dalam 20++ ekor lembu dijadikan korban tahun ini di sini.

Tinggal 2kg daging untuk urusetia Pasti. Selebihnya bawa balik. Lembu sederhana kecil RM500 sebahagian. Daging dapat dalam 6kg lebih sikit...


Ajak mak abah dan tiba-tiba kakak bagitahu dah on the way ke rumah. Masak2..




Seronok nak sambut raya sampai jadi xberapa plan untuk sambut besday 28hb baru yang jatuh pada hari Arafah. Kihkoh. Kira jamu keluarga ni sebagai satu cara sambutan jugaklah. Nanti suami janji nak belanja makan sempena besday pula.

----

Sabtu baru ni jemputan jamuan dari Dekan dan penolong pendaftar FBK...



Singgah solat zuhur di pejabat...sebelum ke destinasi kenduri seterusnya...


Tuesday 27 June 2023

Jarang-jarang masakan panas di luar..

Restoran Marshima ni selalu lalu tapi tak pernah nak singgah sebab ramai orang. Kali ni rasa nk makan masakan panas..


Suami ambil mee celup sedap jugak. Tak sempat ambil gambar.

Rasanya 4/5..harga pun standard.  Bihun goreng udang memang sedap.

Balik dari Jordan dulu kerap makan masakan panas sampai naik muak. Sekarang terasa nak makan pula sekali sekala.

Sunday 25 June 2023

Renew passport dan buat baru..

Plan hari ni nak renew passport sendiri, suami dan anak2 yang belum ada passport.

Alhamdulillah settle. Sampai di UTC, Paya Bunga dalam jam 8.14am gitu dengan suami dan 3 anak. Angka giliran ke 22. Padahal rasa awal dah ramai lagi lebih awal.

Nak buat passport kalau perempuan bertudung pakai tudung hitam@gelap yang tak bercorak tau. Kalau lelaki better pakai hitam @ baju tak bercorak dan warna gelap. Tapi tadi ada je yang pakai baju kelabu dan tudung koko gelap ok je. Cuma jangan bercorak. Anak laki saya pun pakai baju hijau lumut sebab takde baju hitam.

Mula2 bagi passport lama, ic sendiri. Pegawai akan keyin maklumat kita. Amik gambar di kaunter juga. Mudah sangat. lepas tu cop jari dan sign. Siap. Tunggu kaunter 6 panggil nombor pulak untuk bayaran secara debit/kredit sahaja. Cash tidak diterima. Selesai bayar, tunggu nama dipanggil di kaunter 10 untuk ambil passport. Haa sekejap je rupanya. Dalam 9.50 pagi settle semua. Alhamdulillah.

Kalau passport anak yang baru pulak, penjaga akan sign kan dan cop jari. Bawa surat beranak anak yang asli juga ye. Tak perlu fotostat. Anak pun akan cop jari juga pada borang nanti. 

Kos renew passport RM200/dewasa untuk 5 tahun. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM100 untuk 5 tahun juga.

Dokumen wajib bawa:
-Kad pengenalan
-Surat beranak anak
-Passport lama
-Kad debit/kredit

Ok, sambung nanti.

Selesai urusan di jabatan imegresen, kami beli roti di harold, singgah diy dan odw pulang makan nasi kukus..


Biasa saje rasanya. RM43 untuk 4 bungkus dan air.


Thursday 22 June 2023

Kenny rogers KTCC..Redeem voucher

Petang semalam singgah KTCC balik dari kerja odw ke rumah mak...


Voucher RM50.. topup lagi RM57..

Kali kedua untuk tahun ini makan di kenny rogers. Sudah mula rasa muak.

Beli barang2 di shopee minggu ni dan sampai minggi ni juga alhamdulillah..ni paling suka vacum handheld berwayar...


Survey dalam masa yang agak singkat. Asalnya nak beli yang cordless tapi lepas baca review kena caj lama, bateri 30-45 minit je rasa macam xbes pula. Kuasa sedutan pula kurang kuat kecuali munkgin kalau beli yang harga above RM500 oklah kot. Tapi peruntukan bajet tak sebanyak itu untuk beli vacum jenis ni. Akhirnya perrysmith jadi pilihan selain harganya yang saya rasa masuk akal, kalau rosak tak terkilan sangat..RM139..sale dapat Rm129.

Ini pula jolicare, sangat bagus untuk anak eczema..sebelum ni beli yang kecil kali klni timbang tara untung beli yang besar sikit..


Anak yang ada eczema boleh cuba. Anak saya yang ketiga dari baby ada eczema. Macam2 krim cuba abis beratus ringgit. Adik cadang yang ni alhamdulillah menjadi sangat. Harganya RM139 untuk 30gm. Beli di Shopee.

Sarapan hari ni walid masak nasi goreng...

Beginilah hari2 kami. Yang pasti makan dalam kertas minyak sonang kojo. Alas meja baru beli di kedai RM2..210cm harganya RM16.80. Saiz sesuai untuk meja makan 6 kerusi.

Bengkel pengajian anjal semalam. Para KPP hadir...mungkin bengkel terakhir saya hadir sebagai KPP hehe...

Ok, nak kemas rumah.

Ini bilik anak sulung baru selesi cat minggu lepas..

Rumah sudah lama jadi banyak bahagian perlu dicat semula untuk bagi nafas baru.


Friday 16 June 2023

Soto simple..majlis alumni IIUM

Keinginan nak masak menu luar dari kebiasaan..soto nasi impit..

Pedas berdesing cili kicap guna cili api kampung huhu.

Hasil bershopping di Mydin semalam. 10kg seguna salam RM15..puas hati. Saya memang peminat kentang dari kecil. Gebun montel macam kentang juga..😆

Dinner alumni IIUM di Raia Hotel. Boleh bawa spouse sekali dan free.. alhamdulillah..jumpa beberapa rakan juga yang sama berkhidmat di UniSZA..




Sedap! Lagi2 bila free 😁

Jun 2023..stew kambing

Banyak perkara nak cerita tapi tak tahu mana satu dulu ye..


Masak stew kambing hari ni




Lewat petang pegi ke Mydin Dataran Austin lebih kurang 10 minit dari rumah untuk beli roti perancis. Tapi macam biasa, asa saje barang lain tambahan beli sampai RM153. Memang x boleh pegi mall kan. Huhu.

Lukisan Alyan anak kedua..bakat melukis tak berapa menyerlah kalau banding dengan kakak..jadilah walaupun orang lidi. Besar nanti boleh tengok..


Anak2 yang dicintai tapi kerap betul dimarahin. Hmmm.

Hari ni seharian mengecat bilik Lubna. Penatnyee ya Allah. 7 liter cat jotun warna viola untuk sebuah bilik kecil berukuran 10x10 kaki. Gambar nanti saya kongsikan. Anak sulung mula gemar dengan warna ungu. Nampaknya kena cari cadar ungu nanti.

Yang ini makan tengahari di warung berdekatan UniSZA. Sedap sup dagingnya..

Makan berempat dengan suami dan dua anak. RM30 semua sekali. Nasu bukamg sup daging, nasi air, dua meggi sup. 



Saturday 10 June 2023

Warung Santai D'River

Dah beberapa hari teringin nak makan kari kepala ikan..Akhirnya balik dari ambil anak dari kelas KAFA terus kami tuju ke kedai viral ini...


Dulu pergi sebelum pkp, sekarang dah banyak berubah wajah..

Yang pasti harga makin mahal ye..untuk semua ni termasuk nasi 5 pinggan, teh peng 2 gelas ialah RM65..Lauk sepiring kecil shj..kepala ikan ambil yang paling kecil yang ada RM34..cakap dengan suami next time beli pes dia aje RM9.90 atau beli bungkus kari kepala ikan sahaja..lauk lain biasa sahaja sebenarnya kedai biasa pun ada jual.

Tapi kari ikannya memang sedap. Pekat likat. Cuma itulah kenapa saya dan suami rasa yang dulu lebih sedap ye??

Sotong fresh RM28 sekilo. Beli 3kg dgn k.Dah kakak Syikin..

Siap basuh..puas hati ❤️

Penuh dah peti ais beku saya huhu

Friday 9 June 2023

Kelas tambahan UPSRI dan UPKK

Sejak Mac lepas anak sulung ke kelas tambahan KAFA untuk persediaan UPKK secara persendirian. Kelas 3 kali seminggu ada pagi dan ada petang. Jadual berubah mengikut kesesuaian.

Bermula Jun ini pula kelas tambahan untuk UPSRI yang wajib diambil di sekolah. Jadi ada dua peperiksaan untuk anak sulung saya. Tidak mudah tapi boleh InshaAllah..selagi mampu.

Dalam kepala berfikir bekal makanan apa untuk anak memandanglan habis sekolah jam 2, dan sambung kelas tambahan UPSRI jam 2.30 di sekolah. Kelas KAFA terpaksa ponteng dulu nampaknya minggu ni.

Tengahari ke kedai one stop centre lepas hantar anak ke kelas KAFA dan membeli makanan frozen yang tercapai. Nuggets, burger dll. Beli sambal readymade juga senang boleh bawa bekal dengan nasi putih. Sambal D'river..padahal petang ni plan nak ke kedainya makan kepala ikan..tp xpelah beli dulu...

Lega rasa bila dapat solusi biarlah untuk seminggu dulu. Minggu depan pikir lain pula. Tak berbaloi suami nak ulang alik hantar makanan ke sekolah. Jadi belah pagi anak akan beli dulu di kantin dan belah petang makan bekal dari rumah. Kantin tak jual makanan petang. Jam 4.30 baru ambil balik. Harap dipermudahkan InshaAllah. 

Jadual kelas tambahan sekolah..


Jadual KAFA di masjid..

Dah bertindan. Nanti ustazah akan keluar jadual baru pula kata cikgu KAFA.

Nasi beriani kambing semalam..

Guna rempah SHAN beli di kedai Ajeez.

Ok, ini perancangan bekal anak ke sekolah untuk kelas tambahan..bekal adiknya juga:

A
Roti putih
Burger
Wedges

I
Roti putih
Nugget
Wedges

S
Nasi putih
Sambal
Telur mata
Ulam

R
Nasi putih
Nugget
Sambal
Ulam

K
Nasi putih
Satu lauk






Sunday 4 June 2023

Junior UIA berkunjung ke rumah...

Alhamdulillah setelah lama baru dapat bertemu Safira dan baby barunya yang sangatlah comel mashaAllah..




Rasa nak colek baby Kirana comel sangat2..macam anak org putih..geram betul. Rasa nak baby lagilah😭

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...