Friday 26 April 2024

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...

Majlis Kesyukuran

Berkongsi majlis kesyukuran di Fakulti bersama sahabat Norasyikin..

Hanya Allah yang tahu gembira dan leganya hati kami. Sama2 merancang dan saling mencukupkan. Alhamdulillah.

Jamuan ini kami tempat dengan guard unisza yang memang dikenali dengan keenakan gulai kambingnya. Kos semua sekali RM1500 kongsi berdua. Gulai kambing seekor (70 orang makan), sambal ayam, nasi, sambal dan sayur goreng serta air sunquick (50 orang).


Thursday 18 April 2024

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah 


Nanti saya cerita prosesnya. 

DS54 pada 9 April 2024.

Hari Raya Aidilfitri 2024

Bila berhenti menulis rasa malas nak bermula semula. Oklah banyak program nak cerita. Mana yang sempat dititip di sini..


Raya kedua kakak dan adik sekeluarga pula balik dan kami pun bergambar semula..

Raya pertama di rumah atuk dan nenek tahun ini. Raya ketiga baru pulang ke Kelantan.

Gambar raya di Kelantan x banyak..gambar candid di rumah makcik dan sepupu yang kami akan bermalam kalau pulang ke Kelantan tapi kali ini penuh biliknya..


Jadi duduk hotel 2 malam. Satu di bintang square hotel di kubang kerian RM86 ..

Malam kedua di Troika apartment RM120 dapat diskaun..

Makan nasi ulam cikgu...rindu RM56
Swimming pool ...

Emart bawah troika..
Beraya di rumah kawan baik suami di Kelantan...

Thursday 4 April 2024

Majlid buka puasa di Rusila

Sabtu baru ni menghadiri iftar jamaie di masjid Rusila. Ini antara rutin Ramadhan kami..

Gulai daging style orang ganu lama menjadi kesukaan kami. Alhamdulillah.

Ini pula antara menu iftar kami ..

Eh eh ini apa pula..ini meja makan yang dibeli secara sengaja dan tidak sengaja. Pergi kekedai sp phua, terjumpa meja kaki tinggi yg murah. Kedai bg.less sbb ada defect. Asalnya satu set 4 kerusi RM600, jadi kami amik 2 set.sbb nk meja makan besar dan 8 kerusi. Total RM1200 termasuk kos hantar..murah kan..susah nak dapat harga ni untuk 8 kerusi.
Oh ye beli daging dan tulang segar dgn harga yang murah berdekatan unisza..beli 4 kg. Sekilo RM28 sahaja...

Ok, ini halaa dapat hadiah mewarna dan membaca...


Rupa balik dari sekolah..

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...