Saturday 31 October 2020

La Hot Spring, Jerteh

Percutian ad hoc ke La Hot Spring Jerteh selama satu malam. Sedap mandi air sungai yang cetek. Sejuk airnya.

Gambar sepanjang di sana... 



Tempah tiga buah chalet yang ada ruang tamu tiap satu. Keluarga saya, keluarga kakak dan mak abah RM150 semalam tiap satu. Agak mahal tapi pilihan bilik lain dah habis. Yang harga RM90 habis ditempah. 




Wednesday 28 October 2020

Kari kepala ikan

Semalam cuba rasa kari kepala ikan d Kedai R.A River di Teluk Pasu. Rasanya di Telemong lebih sedap kari ikannya...


RM25 sebekas saiz sedang. Tambah beli kari telur sotong yang sedap. 

Hari ni tukar bateri kereta selepas semalam macam lambat nak start. Baru setahun tiga bulan pakai dah kena tukar. Kali ni suami cuba ke kedai Melayu pula. Tahun lepas ke kedai cina. Lepas test sume memang bateri kereta dah nak kong. RM200 habis hari ini. Mujur gaji dah masuk. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Ini pula lauk saya masak beberapa hari lepas. Habiskan apa yang dal peti sebelum tambah stok baru... 


Oklah nak solat isyak. Halaa dah tidur harap nyenyak lama. 


Thursday 22 October 2020

Balik Kelantan

Kelantan negeri kelahiran suami. Alhamdulillah suka balik Kelantan macam-macam ada. Baru ni balik mak abah ikut sekali bercuti mengubah angin. Tempah hotel H Elite di Wakaf Che Yeh. Dah dua kali kami menginap di sini.

Bilik 220 dan 221 di tingkat tujuh. RM147 termasuk tax satu malam. Lebih mahal dari sebelum ni. Parking di basement. Kaunter, lobi dan cafe di tingkat 4. Kolam tingkat 18.


Nasi kandar N. Iman Kota Bharu. Banyak dan sangat murah! 

Sarapan di hotel. Ada nasi hujan panas sambal ayam, laksa johor, nasi air dan western food...berbaloi...

Nasi dagang ikan makan di rumah ummi... 

Mak abah datang melawat nenek suami... 

Laksa putih Beris.. Sekilo RM11, sebekas RM3.. Murah dan sedap. Kami beli 2kg dan sebekas makan dalam kereta..pakej termasuk kuah, ulam dan sambal. 

Masak hari ini.. Suku suku separuh pebuh pinggan🙃

Thursday 15 October 2020

Masak-masak

Sejak ada bayi kecil urusan memasak kelam kabut kadang tak sempat nak snap gambar untuk blog. Kadang gambar pun x cantik sebab nak cepat.

Masak apa yang mampu.. 



Skill memasak pun dah kurang. 😭 Suami kata xpelah bila makan habis jugak. Huhu. 



Monday 12 October 2020

Hari Keluarga PPBA


Beli bungkus nasi air dingin di Kelantan dan makan di rumah. Goreng kacang peas sedapnyelah...

Ni hadiah baby..syukran kawan2🌹

Makan malam potluck hari keluarga...

Suasana di resort tempat berlangsung hari keluarga jabatan...

Halaa 2 bulan 5 hari

Sudah mencapai 5kg berat Halaa pada usia dua bulan. Tinggi 61cm. Alhamdulillah. Ummi suka baby bambam dan bulat.

Hari ni kami beli nasi arab di restoran Aroma Arab di bandar. Teringin makan nasi arab tapi malas nak masak. Sedap tapi agak Melayu rasanya macam saya je buat haha. 


Beli 4 bungkus nasi mandy ayam RM40. Nasi banyak. Odw balik beli kopok leko kesum di batu enam. Sedap sangat. Hampir hari-hari makan kopok leko. Beruntung sangat duduk Ganu boleh makan macam jenis keropok.

Hari ni takde mood nak masak dan agak penat. Kebetulan ada sesi perkongsian inovasi dengan PM Dr. Roslan anjuran j/k penyelidikan FBK via webex. Kemudian diikuti perkongsian ringkas dengan pemenang AiiTel2020 minggu lepas. U. Fauzi (Emas) U. Firdaus (Perak), saya sendiri gangsa. Alhamdulillah moga ada lagi peluang tuk join tahun depan. 

Ok ini gambar di rumah makabah hujung minggi lepas. Adik dari Melaka balik melawat mak abah. Sepupu-sepupu... 


Beli basikal untuk Lubna dan Alyan... 

Terlebih tinggi dari saiz anak-anak. Hua3. Terkial-kial anak naik. Takpelah leh pakai lama. RM220 (Lubna) dan RM150 (Alyan). Beli di kedai basikal di Cendering. 

Ini pula masak nasi mandy tuk adik yang datang ke rumah minggu lepas...



Thursday 1 October 2020

Selamat hari lahir buat suami tersayang...

Genap 41 tahun dah abang. Tahun ni sambit beramai-ranai di rumah mak. Sekali dengan besday mak dan kakak bulan September. Baru nak upload hari ni hehe...

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...