Saturday 30 May 2015

Kelas tamat alhamdulillah!

Semalam secara rasminya kelas PhD melabuhkan tirainya alhamdulillah. Xsangka 13 madah berjaya sy abiskan dalam masa 4 semester (1 tahun 6 bulan)  sepanjang berada di sini. Ingat lagi waktu mula2 tengok khuttoh dirosah tu rs macam jauh sgt nk boleh abis. Rs macam entah boleh ke tidak abis sbb rs lambat sgt masa berlalu. Alhamdulillah di sebalik setiap yg pahit pasti ada kemanisan. Apa pun 3 imtihan nihaie perlu sy abiskan dulu sblm betul2 boleh mula menjenguk tesis & cabaran yg seterusnya.

Oklah, sejak jumaat baru ni mcm2 aktiviti kami buat antaranya menghadiri majlis harijadi anak k.shila di sweileh. Sonok betul sampai ke malam baru balik. Jomlah tengok gambar...




Gigih k.shila masak nasi majbus yg kami belajar masak sama2 kt umah sy baru ni. Pastu bt laksa juga dibantu oleh adik2 ijazah yg duduk berdekatan dgn umahnya. Sy xgigih nk masak bnyk macam tu. Perlu hati yg waja kih2.

Semalam pula sempena dh abis kelas sy belanja suami & lubna makan KFC lagi. Sonok sgt kelas dh abis jd rs nak makan yg sedap je. Nasi arab kt kedai dh muak & xrs spesel dah, KFC juga yg rs sedap hik3...


Semalam pulak lepas makan KFC kami terus bersiap utk antar u.ghazali ke mator. Ustaz balik sorang utk kumpul data di msia. K.shila & anak2 tinggal sendirian sebulan tanpa suami. Kheir inshaAllah...


Tengok ada budak menyelit dua org sebelah kanan. Lubna dan awfa. Awfa anak aisyah student PhD di uni yarmouk irbid. Suka betul tengok budak dua orang ni main. Hi3.


Puas saya & aisyah panggil anak2 masing2 nk ajak bergambar. Xmakan saman betul lubna dan awfa ni ye. Akhirnya sy & aisyah bergambar mcm org bujang. Budak dua orang tu ni kejanya...


Duk main cium lantai. Alahai anak2 dara ni abis lantai mator korang cium ye.


Aisyah sekeluarga pun balik msia sebulan saje sbb adiknya kawin minggu depan. Tengok org balik rs nak balik jg. Adik sy pun nk kawin bulan 9 ni isk3. Rs nak balik tp macam2 plan akan tergendala klu kami balik msia bln 9 ni. Dalam dilema.....

Friday 29 May 2015

Study Plan terkini (2015)

Sempena dengan berakhirnya subjek PhD ni, sy kena buat study plan yg baru khas utk penulisan tesis. Plan penulisan tesis...

Jun    : Baiki proposal
Julai  : Tunjuk proposal pada raisah qism & minta cadangan musyrif
Ogos : Baiki proposal ikut kehendak musyrif
Sept  : Fasol II (Itor nazori)
Nov  : Fasol III (Manjhaj dirosah wa ijroaat)
Dis   : Rangka model pengajaran
Jan   : Rangka model pengajaran utk dilaksanakan
Feb  : Balik Malaysia utk kumpul data
Mac : Kumpul data
April: Kumpul data
Mei  : Analisis data
Jun   : Analisis data

Cukup SETAHUN perancangan. Kita merancang Allah juga yg menentukan dan sebaik-baik perancang. Yang penting فإذا عزمت فتوكل على الله. Kalau yg dirancang itu tidak menjadi pasti ada silap di mana2 malah itulah sebenarnya yg terbaik untuk kita. Yang penting rancang dan usaha dahulu!

Sambil plan tesis dalam kepala ni xabis2 plan nak gi jalan2 serata dunia. Macam banyak duit.  Lagi2 perbelanjaan tiket mmg saya yg akan bayar utk suami dan anak memandangkan gaji sy saje yg berjalan sejak duduk di sini. Memang xbanyak tp bolehlah nk pegi 3-4 buah negara spanjang berada di Jordan ni. Lagipun Jordan ni dh di tengah2 negara2 yg memang sy teringin nak pergi:

  1. Mekah & Madinah (Umrah). Perjalanan boleh melalui darat (naik bas 12 jam termasuk urusan dokumentasi di sempadan) atau flight (dlm 1 jam 40  minit). Dekat je kan kalau naik flight sorang return dlm RM 1700! Student msia di sini mmg ada bt rombongan naik bas ke Mekah tp sy dan keluarga masih belum berpeluang join sekali sbb sesi pengajian universiti kami x sama. InshaAllah awal tahun depan semoga ada rezki kami join bersama.
  2. Turki. Dah lama mengidam nak pegi. Isk3. Suka dgn pemandangan di sana. Kalau naik flight direct dalam 2 jam 55 minit shj dari Jordan. Harga tiket dalam RM1600 return. Haa dekat kan. Jordan ni mmg dh centre negara2 yg memang sy hajat nk pegi.
  3. Morocco atau Maghribi dlm b.Arab. Harga tiket  dalam RM1700 - RM2000 ++ (return).  Kalau turun di casablanca perjalanan akan lebih lama sbb stop transit di tempat lain dulu.
  4. United Kingdom. Yang ni memang lagi lama mengidam nak pegi. Kalau turun di London dalam 6 jam perjalanan dari Jordan. Harga tiket sorang dlm RM 2500 ++ (return). Sebelum pilih dtg joden pun sy dalam dilema nk pegi UK atau Joden. Tapi sbb sayangkan b.Arab sy pilih pegi Joden, isk3. Sampai skrg sy pujuk hati x sambung di Uk pun sy akan pegi juga ke sana utk makan angin inshaAllah.
Ini empat tempat yg sy berhajat nak pergi sbelum tamat PhD dan balik Malaysia. InshaAllah, inshaAllah.

Negara yg pernah sy pergi x banyak pun. Setakat ni baru pernah menjejakkan kaki ke tiga buah negara: 
  • Beijing, China (Bentang kertas conference)
  • Jordan (Sedang sambung PhD di sini)
  • Oman (Stop sehari di oman dlm perjalanan pulang ke Msia, sempat singgah umah kawan dan shopping souvenirs)
Lepas pergi ke tiga negara inilah sy tekad nak jejakkan kaki ke negara lain juga. Sy suka tengok budaya dan makanan org tempatan. Suka dgn pemandangan yg berbeza dgn negara kita. InshaAllah sekiranya ada rezeki tidak ke mana.



Thursday 28 May 2015

Minggu terakhir sem II, 2014/2015

Tinggal satu lagi kelas semester ini alhamdulillah. Tp kenapa tiba2 rs biasa je. Hari tu bukan main xsabar nak abis kelas. Nilah agknya yg Allah sebut hanya sedikit hambaNya yg bersyukur. Bila belum dpt nikmat rs nk sgt2 bila dh dapat xhargai pulak & minta yg lain.

Penat kepala dan badan. Penat melayan perasaan marah pd Arab pun ye. Beberapa hari ni rs marah pd msykt arab membuak2. Malam tadi sorang kwn arab mesej minta sendkan pd dia rumusan tesis yg sy bt utk kelas taqwim. Ada rakannya minta nk guna utk antar pd doktor yg lain di bwh madah taqwim juga, kebetulan sem ni kelas taqwim dipecah dua. Jadi ada dua doktor yg mengajar & kebetulan antara wajibat yg diminta ialah rumusan tesis yg lepas. Pendekkan citer sy bls xsiap lg, xamanah amik keja org, haram dia bt mcm tu..terkezut monkey kwn sy ni sy tulis mcm tu. Haa baru dia tau. 

Teruk betul perangai arab ni. Sy mmg tau sape yg minta mgkn dia malu nak minta dgn sy suh org lain minta. Sblm2 ni mmg dia prnh minta sy carikan artikel utk presentation dia, pastu minta tolong piki isi bahas dia. Sy janji je pastu buat xtahu. Bila dia tanya sy kt klu awak google ada banyak sgt bahan dlm b.inggeris. Terus dia merajuk. Tp dgn arab ni klu dia mrajuk bt xtau je jgn caring sgt. Tunjuk sikit2 simpati tp jgn suke ati nk offer tolong itu ini. Esok lusa dia oklah lgpun dia tau kita ni bukan kuli dia nk minta itu ini.

Oklah penat otak badan. Menu kami bberapa hari ni. Kn ltk jgk sbb itulah penyeti blog ni. Bila boring tgk smula mknn rs segar. Teruk betul..kih3...





Lubna solat ikut ummi.. Anak solehah ameen..




Monday 25 May 2015

Kelas nasi majbus...

Hari ni sy buat kelas nasi majbus. Kihkoh. Kawan2 dr sweileh dtg ke rumah nk belajar cara buat nasi arab. Baru nak stat masak boleh plk gas abis teruk betul. Mujur ada keta, suami kuar kejap cari tong gas dgn u.ghazali. 

Ok, kami berempat chef2 amatur. Sonok betul masak sambil borak2. Yg bestnya kami sume bekas pelajar sejati UIAM tetapi berlainan batch. Degree & master UIAM bidang bahasa Arab pulak tu semua! Bertemu dan baru berkenal2an di Jordan! Hebat sungguh rancangan Allah.


Tadaaa..nasi majbus, pavlova (suami buat) dan karipap sy bt semalam...





Seronok betul. Kul 10.45 diorg sampai, kul 5.30 baru balik. Zohor dan asar sume di umah sy. Ada rezeki boleh bt lagi inshaAllah.

Nasi ayam semalam...


Ok, lubna kacau!

Friday 22 May 2015

Tinggal lagi dua bahas...

Usbu' jayy kelas terakhir sy. Alhamdulillah. Tinggal lagi 2 bahas belum siap. Satu terjemah artikel, satu lagi tulis laporan ttg tesis dulu2 berkenaan dgn tajuk.

Semalam dh hantar dua bahas dgn dr.hamdan. Doktor boleh xingat bahas kedua dia yg bagi tugasannya minggu lepas. Pastu siap tanya dgn nada suara tinggi. Apa ni?? Yg mana?? Bla33. Walau pun doktor ni pernah puji kertas sy, bg markah yg agak baik tp sy masih xsukakan doktor ni atas sikap dia yg macam tadi. Bengis. Suka marah xbertempat. Kdg2 bias pun ye. Buktinya ada sorang student sll dtg lambat tp xpernah dia marah (biasanya dia mmg suka marah student yg lewat!). Lama2 baru sy perasan setahu sy student ni suaminya kerja hebat. Sy agak doktor ni mmg xberani nk marah student yg keja besar (ada student terdiri dr pegawai tinggi kerajaan di kementerian) @ latar blkg kluarga yg hebat. Sungguh xpatut. Makin menyampah dgn org arab. Sy bukan nk suh student tu kn marah tp sy xsuka sifat manusia yg berat sebelah! Cakap xserupa bikin.

 Sy perasan juga doktor hamdan makin lama makin pelupa. Pernah amik dgn dia juga dulu tapi rsnya xpernah pulak dia jd pelupa. Pelupa yg sy maksudkan kdg2 dia ajar tajuk yg sama 2 minggu berturut2. Point yg sama, huraian yg sama, bila ada student tegur dia bt suara nada tinggi tanda marah. Jd sume ikut jelah xberani nk membantah. Tugasan yg dia bagi pun dia lupa nk minta. Ada sorang student belum present langsung dia xingat. Budak tu pulak senyap je amik ksempatan xyah present. Xtaulah, kena duk kt negara lain plk baru dpt tau beza arab ni dgn bangsa lain pulak.

Oklah jom tengok menu sy smlm. Kuzi daging...



Sambal ayam biasa...


Nasi berlauk dua hari lepas. Hahaha...


Ok, biskut ni sgt sedap. First time makan bila kawan arab bawa ke kelas. Smlm kami beli di carrefour...


Wednesday 20 May 2015

Nasi maqlubah mudah

Semalam rs nak makan maqlubah. Mujur ada saki baki rempah maqlubah yg dulu...


Bt maqlubah yg light je rasanya xbnyk rempah klu x cepat muak...


Nak resepi? Malas nak nulis. Yg pasti bhn utama maqlubah ialah kulit kayu manis. 

Kelas petang tadi sy sempat mik gmbr dr.ayasiroh..saje nk bt kenang2an memandangkan kelas tinggal lagi seminggu. Kih2..


Juma dan noora...


Ok, nk kemas bilik. Ahad ni hajat nk jemput kawan dtg makan inshaAllah.

Monday 18 May 2015

Nasi majbus

Dah lama rasanya buat nasi majbus ni cuma terlupa letak di blog. Kali pertama makan waktu majlis aqiqah anak pelajar msia di sini. Kali kedua kami beli di mat'am ahalina di jubayhah & kali ni pulak sy masak sendiri ikut resepi dlm majalah arab. Sedap!



Nanti sy tepek resepinya tapi dlm bahasa Arablah. Huhu.

Resepi nasi arab yg sy siap tejemah dari majalah fatafet...

NASI MAJBUS

Bahan:
·         Ayam 1 ekor (1kg)
·         3 cawan basmathi
·         2 bj bawang besar
·         4 ulas bawang putih
·         4  btg kulit kayu manis
·         4 biji pelaga
·         4 biji bunga cengkih
·         6 biji lada hitam
·         1 ssudu kecil mixed spice
·         2 helai day bay
·         Garam

Penyediaan nasi:
·         1 sudu kecil garam
·         1 sudu besar cuka putih
·         ½ cawan air mawar
·         Sedikit za’faran
**Basuh dan rendam beras selama 1 jam bersama bahan di atas.
**Gunakan periuk yg besar utk memasak nasi. Tumis bawang besar dan putih bersama sedikit minyak. Tumis sehingga warna keperangan dgn api yg besar. Letak mixed spice dan masak seketika. Letak ayam dan masak bersama rempah seketika. Letak air panas serta garam dan masak lagi sehingga ayam masak. Keluarkan ayam dan biarkan air rebusan di dalam periuk. Letakkan beras yg telah direndam dan dibasuh tadi. Masak dgn api yg kuat. Letak za’faran. Setelah air kering letak sedikit minyak sapi di atas nasi dan biarkan ia cair dan biarkan nasi masak seadanya.

Penyediaan filling:
·         3 biji bawang besar dipotong kiub kecil
·         2 ulas bawang putih cincang
·         ½ cawan kacang kuda
·         ½ cawan kismis kuning
·         ½  sudu kecil serbuk pelaga
·         ½ sudu kecil lemon hitam kering (ganti lemon biasa pun boleh)
·         ½ sudu kecil kulit kayu manis
·         ½ sudu kecil mixed spice
**Goreng bawang bersama sedikit garam tanpa minyak sehingga kekuningan. Tamba sedikit air dan tunggu hingga kering. Letak kismis dan kacang kuda, bawang putih dan mixed spice dan sedikit minyak zaitun. Masak sekejap dan asingkan.

Penyediaan ayam selepas siap direbus:
·         Serbuk pelaga
·         Serbuk kulit kayu manis
**Lumur pada ayam yg siap direbus dan bakar atau goreng.

Beli periuk lagi...

Suka betul beli barang dapur. Xtaulah nape. Rasa gembira lps beli. Agaknya klu duk di msia penuh dh dapur kecil sy dgn periuk belanga & pinggan mangkuk. Sebab di sini bukan duduk di umah sendiri jd tahan nafsu nak beli itu ini. Bila piki balik msia nnt susah kena angkut satu hal pulak terus xjadi nak beli macam2. Yelah tu. 

Periuk ceramic baru beli tadi di mundo blanco...


Belah kiri JD25 belah kanan JD23 selepas diskaun 10% setiap satu. Lebih kurang RM240. Ni dah pasang hajat nk bawak balik msia nanti inshaAllah. Seronok betul rase.

Tengahari tadi sy masak kurma ayam. Teringin sgt makan. Lepas masak baru perasan tarikh luput rempah kurma pada bulan januari tahun ni. Huhuhu. Mujur rasenya masih ok. Suami suh simpan dlm peti ais. Nk buang sayang sbb rs masih elok. Lagipun kt sini mana nk cari rempah2 macam ni. Sume bawa dari msia. Guna pulak bercatu. Belum lagi asam keping, serai, lengkuas kadang2 sampai dua tiga kali pakai utk masak sebab kat sini xde. Hahaha. Selagi ada rasa selagi tu kami guna. Jimat cermat.

Makan dalam dulang. Periuk masak bukan main mahal dan cantik. Last2 makan dlm dulang besi jugak. Kihkoh. Senang xpayah basuh bnyk pinggan...


Pembuka selera budu dan cili. Jimat cermat sy makan budu dan cili. Takut betul kalau abis...


Kelas tinggal lagi dua minggu. Seronoknya alhamdulillah. Rs mcm xpercaya sy dh pun lulus imtihan kafaah dan boleh mula menulis tesis. Lega teramat. Alhamdulillah.

Sunday 17 May 2015

Tukar saiz jubah di wasot balad

Hari ni kami keluar smula ke wasot balad. Sy kena tukar semula jubah kepada saiz yg lebih besar. Siap tukar kami singgah makan nasi arab di mat'am anwar makkah pula. First time makan di sini...


Nasi maqlubah, nasi kari, nasi kabsa, ayam bakar, masyawi musyakkal...



Sedap betul. Tempat pun lapang. Di jordan ruang makan utk keluarga biasanya di tingkat  atas. Solah lil ailat dalam bahasa arab.

Saturday 16 May 2015

Beli jubah di wasot balad

Habis kelas jam 4 petang tadi kami ke sweileh sbb nak amik rempah yg sy beli dgn student msia di sini.  Tup2 rs nak pergi terus ke balad lepas tu. Jubah sy dh lusuh kebanyakannya sbb selalu ulang pakai. Baju kurung dh lama xpakai sbb angin sini agak kuat. Tak berani nak pakai. Jubah lah paling selesa sejak duduk di negara arab ni.

Sblm beli jubah kami singgah makan di mat'am anwar. Sedap sungguh walaupun simple. Maqlubah billaham dan dajaj mashwiyy...


Gambar jubah nanti sy letak. 3 helai sy beli sekaligus. Jod 10 setiap satu. Dalam Rm51 duit msia sehelai. Murah sgt berbanding di msia. Dah tempat asal usul dia.

Gambar anak2 sedara sy di malaysia! Yg paling besar adik bongsu sy...


2 anak sedara yg baru saje dilahirkan...bilalah dpt tengok diorg ni. Rsnya tahun ni xbalik lagi msia...


Binti soghirah..lubna ulya..


Ok nk berehat. Bahas ada 4 lagi belum siap! Masuk kelas dr.hamdan baru ni dia tambah satu lagi maham. Ya Allah penat betul raser. Nak boleh ke abis 2 minggu ni berduyun2 buhus kena siapkan. Lagi best sume kena present dpn kelas. Berapa kali nk present daaa. Huaaaaa. Nangis dalam hati. 

Friday 15 May 2015

Usrah bulanan & majlis wada' di rumah residen duta malaysia...

SPenat!!

Seronok!!

Usrah petang tadi di rumah midah di sweileh...


Sy jamu pulut kuning & roti canai yg agak keras.Huhuhu...




Di rumah duta pada malamnya...lubna & aisyah..


Ceramah isra' mi'raj u.farid ravi...




Nk berehat. Esok kelas. Seharian berpenat2an memasak dr pagi pula tu.

Wednesday 13 May 2015

Jamu rakan Arab karipap

Hari ni saya bawa sedikit coklat dan karipap kentang ke kelas dr.ayasiroh. Alamak gambar pulak xsempat nak ambil. Hajat nak jamu kek tapi malas pulak nak buat. Sonok diorg makan karipap. Segan pulak rasa tapi suka hati. Siap ada pensyarah lain masuk makan karipap sekali dan amik coklat yg ada. Xbanyak pun sy bawa adalah dalam 12 biji karipap dan coklat sebekas kecil.

Minggu depan kalau sempat nak bawa lagi inshaAllah apa yg rajin dimasak. Tengoklah kot rasa nak buat karipap lagi atau mungkin pavlova pulak. Yang pasti citarasa Arab ni diorang xsuka pedas atau berempah sangat pada makanan. Mostly makanan diorg plain dan masin atau terlebih masin lagi diorg suka. Kalau ada rasa manis terus diorg cancel dan xlalu nak makan. Kecuali kalau utk kuih-muih xpe manis. Karipap tadi pun sy buh lada hitam dan rempah kurma shj tanpa sebutir gula pun serta sedikit daging hancur. Alhamdulillah kena dgn selera diorg.

Petang tadi dr.ayasiroh bagi kertas imtihan yg lepas. Alhamdulillah sy dpt 29/30. Gembira tp dalam masa yg sama rs macam tinggi sgt huhu. Markah paling tinggi pulak tu mcm kelas taqwim juga. Sebabnya doktor suka tengok kertas sy kemas, tulisan yg xcomot, dan ada carta yg sy lukis. Doktor siap tunjuk pada rakan sekelas kertas sy. Malu jugak tp bt biasa sj.

Kamu tahu tak kertas jawapan kamu paling terbaik dalam imtihan kafaah baru ni? Tiba2 doktor tanya dlm bahas amiyynya yg pekat (camno tah boleh faham, biasa susah jgk nak faham bahasa doktor ni). Sengih2 sy. Sy xtahu doktor, jawab sy jujur. Iye, lajnah sepakat dalam mesyuarat baru ni kertas jawapan kamu paling kemas dan kreatif serta terbaik. Hihihi senyum lebar dalam hati sampai sekarang. Alhamdulillah, haza min fadhli Robbi. Semuanya atas bantuan Allah juga.

Kunci menjawab imtihan dgn baik? Solat hajat, berdoa adalah kunci ketenangan untuk menghadapi apa2 ujian. Selebihnya adalah usaha dan tawakkal pada Allah pada akhirnya. Apa usaha sy?

1.     Merancang sebelum imtihan. Apa yg sy rancang? Mesti ramai yg pelik sblm imtihan pun kena rancang ke. Percayalah dgn rancangan inilah sy dapat menulis dgn lancar & kemas ketika imtihan. Dan tanpa rancangan inilah sy akan kelam-kabut ketika imtihan. Rancangan sy dalam 2 keadaan iaitu sebelum imtihan dan ketika imtihan

Sebelum imtihan :
  • Sy akan tentukan jenis pen yg sy akan pakai ketika menjawab serta warnanya. Biasanya sy akan guna pen yg paling sedap utk menulis. Sy sediakan pencil box khas utk imtihan. Dalam tu wajib ada beberapa pen hitam dan biru, pensel, pembaris, pemadam dan liquid paper. Sy tengok pelajar arab hanya bawa sebatang atau dua batang pen shj. Hasilnya kertas jawapan mereka penuh dgn garis panjang potong sana sini, tenyeh banyak2 dgn dakwat pen utk tutup kesalahan perkataan. Comot! 
  • Melukis carta, jadual, diagram menyokong isi. Setiap soalan seboleh yg mungkin sy akan datangkan carta khas masing2. Sebab tu sy siap bawa pensel dan pembaris serta pemadam. Mesti diorg ingat sy nak melukis. Keh3. Memang betul, sy melukis ketika imtihan. Melukis carta dan jadual!
  • Menyediakan contoh2 selagi boleh utk menyokong bahawa kita bukan sekadar teori semata2.
  • Berazam menulis dgn kemas dan mengelakkan daripada kesilapan bahasa dan ejaan.
Ketika imtihan:
  • Merangka jawapan di kertas soalan sebelum mula menulis. Sy akan tulis secara ringkas point2 penting di tepi setiap soalan dari A to Z. Ini bagi memastikan otak sy xlupa point penting yg sepatutnya ditulis nanti. Biasanya otak kita akan penat selepas sejam menulis. Kadang2 bila kita berpindah kepada soalan seterusnya otak kita xmampu mengingati point2 yg perlu diisi akibat letih. Jadi boleh rujuk semula point ringkas yg telah ditulis di tepi soalan yg sy buat ketika mula2 dpt kertas soalan. Proses ini umpama memahami kehendak setiap soalan secara umum sebelum mula menulis.
  • Mengira jumlah soalan besar dan anak2nya (cabang). Tujuannya utk sy bahagikan jumlah soalan dgn kertas jawapan nanti. Seboleh mungkin sy akan elak menulis jawapan bagi dua soalan besar dalam halaman yg sama. Kalau boleh setiap soalan ada halaman masing2 dan tidak berkongsi dengan soalan yg lain. Sy xsukakan kertas yg comot.
  • Menulis nama dgn lengkap, nama madah dan apa2 makumat dgn kemas pada kertas jawapan. 
  • Melukis carta dan memberi contoh.
  • Bertenang dan pastikan tulisan sentiasa kemas walaupun mungkin tidak lawa. Perlu menulis di bawah minda sedar.
  • Alert dgn masa. Sentiasa tengok jam utk pastikan sy xmenggunakan masa yg lama utk satu2 soalan. Biasanya sy akan target beberapa minit utk sesebuah soalan. Sekiranya masa yg diperuntukkan sudah terlebih sy akan tinggalkan sedikit ruang kosong untuk soalan tersebut dan mula menjawab soalan lain. Kadang2 sy sempat tambah jawapan dan kadang2 sy biarkan sj ruang kosong tu sbb buntu xingat apa sbrnya sy nak tambah di situ. Lagi2bila masa dh nak abis langsung buntu. Keh2. 
2.      Tulis jawapan dgn tujuan untuk kita persembahkan kpd pemeriksa. Letakkan diri kita sebagai pemeriksa itu paling terbaik. Automatik kita akan berhati2 ketika menjawab dan cb menulis sekemas yg boleh dan semudah yg boleh utk pemeriksa baca. Macam kita buat amal ibadat juga bila kita tahu adanya Allah yg memerhatikan kita dan malaikat yg mencatat amalan automatik kita akn berhati2 dlm setiap perbuatan & buat yg terbaik utk mendapat pahala di sisi Allah.

3.      Ketahui kehendak pensyarah sebagai pembuat soalan dan penyemak kertas kita. Xperlu tahu detail. Cukup kalau kita tahu yg doktor tu sukakan jawapan yg detail dan isi yg diambil dari nota dia maka kita perlu baca sebaik mungkin nota2 dari kelasnya walaupun ada berlambak lagi point yg mungkin lebih relevan dari sumber lain. Atau pun kita tahu doktor sukakan tulisan yg kemas maka kita kena jaga sebaik mungkin tulisan ketika menjawab. Ada setengah doktor suka dgn contoh2 yg bernas maka dalam imtihan amik hati dia dgn menulis sebanyak mungkin contoh yg bernas walaupun xdiminta!

4.   Teruskan solat hajat dan berdoa. Bernazar perkara yg baik sekiranya mampu untuk melaksanakannya.

Jangan ingat tips membaca untuk imtihan saje yg penting. Tips menjawab imtihan juga sangat penting. Macam dr. ayasiroh cakap tadi, sume pelajar tahu dan faham, tapi tak ramai yg dapat menyampaikan apa yg difahami dgn cara yg sistematik, kemas dan teratur. Walhal yg sebenar2nya apa yg diinginkan dari imtihan bukan sekadar maklumat betul dan salah tapi penyampaian dan pengisian yg tersusun kerana ia menggambarkan cara pelajar berfikir dan menyusun ilmu pengetahuannya secara sistematik dan berdisiplin. Itu maksud sebenar2nya manusia yg terpelajar. 

Monday 11 May 2015

Proses berpantang ke laut...

Nampaknya selepas bergumbira dgn natijah kafaah yg xrasmi khamis baru ni, pantang makanan sy ke laut saje. Bila dpt tau natijah rasmi semalam lagilah sy tutup mata telan apa yg sedap di tekak. Hik2. cuma air sejuk dan segala sayur2 yg sejuk dan berangin serta buah yg sejuk sy belum sentuh lagi. Tapi sy dh stat memasak guna minyak masak jagung. Klu bebrapa hari sblm ni guna minyak zaitun saje.

Pelan2. Mana yg tabah teruskan berpantang. Badan mmg rasa lebih ringan dan sedap bila kita jg makan. Pagi tadi jumpa doktor utk cek lagi rahim. Doktor cek di bhgian bawah dan jelas rahim sudah bersih dari sisa2 yg besar. Yg ada sedikit cebisan darah. Confirm tak perlukan sbrg d&c alhamduillah:). Lagi seminggu akan datang lagi sbb doktor nak pantau rahim supaya cepat kecut dan kembali pada saiz asalnya inshaAllah. Kena bnyk mkn kunyit hidup ni. Kt sini xde kunyit hidup. Yg ada sy import bawak dr msia. Tu pun xbanyak adalah dlm segenggam je. Berjimat cermat sy guna takut habis. 

Oklah menu langgar pantang hari ni ialah roti canai dan kari ikan...


Kari kepala ikan salmon...


Roti canai sy bakar dgn sedikit minyak. Kalau lagi bnyk minyak lagi sedap. Xboleh2.

Resepi roti canai ulang tayang: 1 cwn air sejuk, minyak 2 sd besar, susu manis 2 sd besar, telur 1 biji, garam. Kacau sebati semua dan bubuh 4 cawan tepung gandum sikit demi sedikit. Uli2 dan bulatkan kecil2 dan rehatkan utk beberapa jam atau sehari. Jgn lupa oleh minyak masak pd setiap bebola doh utk elak dr melekat dan mudah nk canai nnt. Sy canai atas dulang tarik2 je.

Menu langgar pantang malam tadi. Asam pedas salmon dan salmon goreng tepung...


Menu tengahari semalam...


Meriah makan berat badan pun naik semula.



Sunday 10 May 2015

Alhmdulillah, sy lulus imtihan kafaah (Rasmi)

Syukur tidak terkata atas ni'mat Allah ini. Rasa seperti di awangan. Awal sem dulu rasa mustahil je boleh lulus imtihan ini memandangkan sy agak malas membaca. Lagi2 bila ada anak satu ni melayan kelincahan lubna rasa seperti mustahil untuk cemerlang dalam pelajaran apatah lagi utk lulus dalam imtihan kafaah yg memerlukan calon membaca 7 buah subjek dlm masa yg singkat! Tambah lagi bahasa utk menjawab bukan  dlm bahasa kita tapi dlm bahasa orang. Double triple rasa kepayahannya. Tapi xpe sbb sy sukakan bahasa Arab!

Saya tekad untuk menduduki imtihan kafaah ni lepas melihat taqwim jamiah yg menetapkan imtihan ini pada bulan april dan disember sahaja bagi tahun 2015. Plan asal saya nk ambil imtihan ni ketika fasol soifiy (summer) pada bulan ogos tengok2 xde dlm taqwim jamiah. Teruk betul rasa waktu tu. Xkan sy nak hold sampai bulan disember ni. Apa sy nak buat sepanjang 6 bulan selepas kelas tamat jun ini??

Jadi nak xnak kena tekad amik juga april lepas. Walau pun sy tau akan bergelut dan bergelumang dgn 3 subjek lagi spnjg sem ini. Suami banyak kali kata cubalah dulu. InshaAllah berjaya. Walau pun sy tau suami mungkin xdapat nk jamin 100% kejayaan sy & xdpt nk ringankan 100% beban yg sy rasa tp sekurangnya dia percaya sy boleh lakukan. Jadi sedikit sebanyak rs yakin nak taqdim imtihan april lepas mula terbit dalam hati.

Yg bestnya hampir setiap minggu sy akan tanya suami: "berapa peratus kepercayaan abang yg awa akan berjaya dalam imtihan ni?" hahaha apa punya soklan. Kerut2 suami nak faham. Lagi best dua tiga minggu sebelum imtihan sy siap ckp pada suami tengoklah kalau rasa nk daftar awa daftar klu rs xmau awa hold ke bulan disember. Kah3. Sesuka hati je.  

Masa terus berjalan sampai kadang2 sy terlupa sy sedang mengandung. Saya terus mengamalkan makanan pilihan yg baik ketika hamil, membaca surah2 pilihan, solat sunat hajat tetapi sy gagal mengawal emosi stress dan berpenat2 hampir setiap hari. Bukan saje penat utk persediaan imtihan kafaah tp penat utk tiga buah kelas yg sy daftar juga semester ini. Persediaan sebelum ke kelas, di dalam  kelas, selepas kelas semuanya memerlukan kekuatan tenaga dan mental. Lagi2 bila berhadapan dgn doktor yg super double garang spt dr.hamdan. Seminggu pertama kelas dgn dr.hamdan hampir setiap hari sy menangis. Suami stress tgk sy menangis sampai suh sy drop subjek ni. Siap bg amaran lagi klu sy gugur puncanya adalah sbb dr.hamdan. Huhuhu. Memang emosi sy langsung xstabil lepas dpt berita kelas dr.tahani diganti dgn dr.hamdan. Dan akhirnya kandungan sy gugur pada 1 mei 2015 ketika usia 10 minggu (8 minggu usia janin sbnr).

Sy mula membuat solat hajat hampir pada setiap kali solat wajib. Saya mohon dipermudahkan kelas dgn dr.hamdan. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dr dalam. Lama2 sy mula terfikir inilah hikmahnya. Allah nk sy solat hajat minta dan mohon padaNya banyak2. Baru sy terfikir utk melakukan solat sunat hajat utk berjaya dalam imtihan kafaah ini juga. Bermula dari situ hampir setiap hari sy xtinggal solat sunat hajat mohon agar berjaya dalam kafaah ini dan diringankan beban yg dirasa spnjg kelas dgn dr.hamdan dan kelas2 lain. Alhamdulillah, bulan april sj hari khamis dua minggu berturut2 kelas dgn dr.hamdan xde sbb jamiah cuti dan minggu seterusnya cuti hari pekerja yg jatuh pd hari jumaat ditarik pada hari khamis. Hihihihi.

Natijah di portal pagi ni...

Hajat nak bt majlis kesyukuran dlm masa terdekat inshaAllah. Semoga Allah memudahkan niat sy ini.

Kertas2 ini yg sy baca sepanjang dua bulan di samping buku2 yg berkaitan. Ada citer di sebalik kertas2 ni. Lepas abis imtihan kafaah sy masih belum menyimpan kertas2 ini di stor. Sy susun elok2 bawah meja study sbb atas meja dah penuh dgn buku. Sy cakap pd suami sy takut nk simpan mana tahu kalau gagal kena buka semula...


Semalam sy cakap lagi pada suami bilalah natijah rasmi nak keluar ni. Semak dah rasa tengok kertas2 tu duk bawah meja. Suami pun cakap alah kalau gagal pun bukan boleh amik sekali lagi terus, kena tunggu bulan disember jugak kalau perlu amik. Eh ye tak ye jugakkan. Lalu sy pun terus mengambil plastik dan meletak segala mak kertas ke dalam plastik utk disimpan dalam stor. Dalam hati rasa sedih, berharap sgt agar xperlu lagi utk melihat nota2 ini akibat kerana gagal.

Alhamdulillah doa kami diperkenankan Allah=)



Saturday 9 May 2015

Jalan2 cari mood...

Jeng jeng..kami keluar ke sweileh makan di warung pelajar msia di jordan!


Menu malam ni ada nasi kerabu dan aneka roti canai. Warung ni baru dalam dua bulan beroperasi atas usaha dan inisiatif beberapa student2 lelaki (ijazah) di Amman. Kebetulan umah sewa diorg ada halaman yg agak luas jadi amik kesempatan buka warung masakan melayu. Bijak2. Tapi warung ni xdibuka setiap hari. Hanya dibuka pada hari jumaat dan pagi sabtu shj. Kalau musim itmihan mungkin akan ditutup sementara sbb masing2 masih pun masih belajar. Menu yg kami order...


Yg ni hasil belian di mundo blanco (Pasaraya barangan dapur dan hiasan rumah) smlm...


Petang tadi kelas dr.ayasiroh doktor bagi markah imtihan nisfiy masing2. Rezeki sy dpt markah paling tinggi dlm kelas utk madah taqwim 28/30. Hihi. Alhamdulillah. Cuma macam biasa rasa malu sgt2. Sebab xtau nak respon mcm mana bila kena puji (wlupun dh bnyk kali kena puji cehhhh). Tengok muka student arab ada mcm xpuas hati je. Kui3.

Kelas minggu lepas pun dr.hamdan yg garang puji kertas imtihan kafaah sy. Wallahi enti syatturoh jiddan wa mubdi'ah fil imtihan bas fi musykilat lazim te'rifinha...sudah, walaupun doktor puji bagus terselit jg perkataan musykilat tu. Gelisah sekejap. Harap2 sy memang betul2 lulus kafaah baru ni. Berdebar nk tunggu esok result rasmi dlm portal. 

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...