Monday 18 May 2015

Nasi majbus

Dah lama rasanya buat nasi majbus ni cuma terlupa letak di blog. Kali pertama makan waktu majlis aqiqah anak pelajar msia di sini. Kali kedua kami beli di mat'am ahalina di jubayhah & kali ni pulak sy masak sendiri ikut resepi dlm majalah arab. Sedap!



Nanti sy tepek resepinya tapi dlm bahasa Arablah. Huhu.

Resepi nasi arab yg sy siap tejemah dari majalah fatafet...

NASI MAJBUS

Bahan:
·         Ayam 1 ekor (1kg)
·         3 cawan basmathi
·         2 bj bawang besar
·         4 ulas bawang putih
·         4  btg kulit kayu manis
·         4 biji pelaga
·         4 biji bunga cengkih
·         6 biji lada hitam
·         1 ssudu kecil mixed spice
·         2 helai day bay
·         Garam

Penyediaan nasi:
·         1 sudu kecil garam
·         1 sudu besar cuka putih
·         ½ cawan air mawar
·         Sedikit za’faran
**Basuh dan rendam beras selama 1 jam bersama bahan di atas.
**Gunakan periuk yg besar utk memasak nasi. Tumis bawang besar dan putih bersama sedikit minyak. Tumis sehingga warna keperangan dgn api yg besar. Letak mixed spice dan masak seketika. Letak ayam dan masak bersama rempah seketika. Letak air panas serta garam dan masak lagi sehingga ayam masak. Keluarkan ayam dan biarkan air rebusan di dalam periuk. Letakkan beras yg telah direndam dan dibasuh tadi. Masak dgn api yg kuat. Letak za’faran. Setelah air kering letak sedikit minyak sapi di atas nasi dan biarkan ia cair dan biarkan nasi masak seadanya.

Penyediaan filling:
·         3 biji bawang besar dipotong kiub kecil
·         2 ulas bawang putih cincang
·         ½ cawan kacang kuda
·         ½ cawan kismis kuning
·         ½  sudu kecil serbuk pelaga
·         ½ sudu kecil lemon hitam kering (ganti lemon biasa pun boleh)
·         ½ sudu kecil kulit kayu manis
·         ½ sudu kecil mixed spice
**Goreng bawang bersama sedikit garam tanpa minyak sehingga kekuningan. Tamba sedikit air dan tunggu hingga kering. Letak kismis dan kacang kuda, bawang putih dan mixed spice dan sedikit minyak zaitun. Masak sekejap dan asingkan.

Penyediaan ayam selepas siap direbus:
·         Serbuk pelaga
·         Serbuk kulit kayu manis
**Lumur pada ayam yg siap direbus dan bakar atau goreng.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...