Monday 11 May 2015

Proses berpantang ke laut...

Nampaknya selepas bergumbira dgn natijah kafaah yg xrasmi khamis baru ni, pantang makanan sy ke laut saje. Bila dpt tau natijah rasmi semalam lagilah sy tutup mata telan apa yg sedap di tekak. Hik2. cuma air sejuk dan segala sayur2 yg sejuk dan berangin serta buah yg sejuk sy belum sentuh lagi. Tapi sy dh stat memasak guna minyak masak jagung. Klu bebrapa hari sblm ni guna minyak zaitun saje.

Pelan2. Mana yg tabah teruskan berpantang. Badan mmg rasa lebih ringan dan sedap bila kita jg makan. Pagi tadi jumpa doktor utk cek lagi rahim. Doktor cek di bhgian bawah dan jelas rahim sudah bersih dari sisa2 yg besar. Yg ada sedikit cebisan darah. Confirm tak perlukan sbrg d&c alhamduillah:). Lagi seminggu akan datang lagi sbb doktor nak pantau rahim supaya cepat kecut dan kembali pada saiz asalnya inshaAllah. Kena bnyk mkn kunyit hidup ni. Kt sini xde kunyit hidup. Yg ada sy import bawak dr msia. Tu pun xbanyak adalah dlm segenggam je. Berjimat cermat sy guna takut habis. 

Oklah menu langgar pantang hari ni ialah roti canai dan kari ikan...


Kari kepala ikan salmon...


Roti canai sy bakar dgn sedikit minyak. Kalau lagi bnyk minyak lagi sedap. Xboleh2.

Resepi roti canai ulang tayang: 1 cwn air sejuk, minyak 2 sd besar, susu manis 2 sd besar, telur 1 biji, garam. Kacau sebati semua dan bubuh 4 cawan tepung gandum sikit demi sedikit. Uli2 dan bulatkan kecil2 dan rehatkan utk beberapa jam atau sehari. Jgn lupa oleh minyak masak pd setiap bebola doh utk elak dr melekat dan mudah nk canai nnt. Sy canai atas dulang tarik2 je.

Menu langgar pantang malam tadi. Asam pedas salmon dan salmon goreng tepung...


Menu tengahari semalam...


Meriah makan berat badan pun naik semula.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...