Wednesday 13 May 2015

Jamu rakan Arab karipap

Hari ni saya bawa sedikit coklat dan karipap kentang ke kelas dr.ayasiroh. Alamak gambar pulak xsempat nak ambil. Hajat nak jamu kek tapi malas pulak nak buat. Sonok diorg makan karipap. Segan pulak rasa tapi suka hati. Siap ada pensyarah lain masuk makan karipap sekali dan amik coklat yg ada. Xbanyak pun sy bawa adalah dalam 12 biji karipap dan coklat sebekas kecil.

Minggu depan kalau sempat nak bawa lagi inshaAllah apa yg rajin dimasak. Tengoklah kot rasa nak buat karipap lagi atau mungkin pavlova pulak. Yang pasti citarasa Arab ni diorang xsuka pedas atau berempah sangat pada makanan. Mostly makanan diorg plain dan masin atau terlebih masin lagi diorg suka. Kalau ada rasa manis terus diorg cancel dan xlalu nak makan. Kecuali kalau utk kuih-muih xpe manis. Karipap tadi pun sy buh lada hitam dan rempah kurma shj tanpa sebutir gula pun serta sedikit daging hancur. Alhamdulillah kena dgn selera diorg.

Petang tadi dr.ayasiroh bagi kertas imtihan yg lepas. Alhamdulillah sy dpt 29/30. Gembira tp dalam masa yg sama rs macam tinggi sgt huhu. Markah paling tinggi pulak tu mcm kelas taqwim juga. Sebabnya doktor suka tengok kertas sy kemas, tulisan yg xcomot, dan ada carta yg sy lukis. Doktor siap tunjuk pada rakan sekelas kertas sy. Malu jugak tp bt biasa sj.

Kamu tahu tak kertas jawapan kamu paling terbaik dalam imtihan kafaah baru ni? Tiba2 doktor tanya dlm bahas amiyynya yg pekat (camno tah boleh faham, biasa susah jgk nak faham bahasa doktor ni). Sengih2 sy. Sy xtahu doktor, jawab sy jujur. Iye, lajnah sepakat dalam mesyuarat baru ni kertas jawapan kamu paling kemas dan kreatif serta terbaik. Hihihi senyum lebar dalam hati sampai sekarang. Alhamdulillah, haza min fadhli Robbi. Semuanya atas bantuan Allah juga.

Kunci menjawab imtihan dgn baik? Solat hajat, berdoa adalah kunci ketenangan untuk menghadapi apa2 ujian. Selebihnya adalah usaha dan tawakkal pada Allah pada akhirnya. Apa usaha sy?

1.     Merancang sebelum imtihan. Apa yg sy rancang? Mesti ramai yg pelik sblm imtihan pun kena rancang ke. Percayalah dgn rancangan inilah sy dapat menulis dgn lancar & kemas ketika imtihan. Dan tanpa rancangan inilah sy akan kelam-kabut ketika imtihan. Rancangan sy dalam 2 keadaan iaitu sebelum imtihan dan ketika imtihan

Sebelum imtihan :
  • Sy akan tentukan jenis pen yg sy akan pakai ketika menjawab serta warnanya. Biasanya sy akan guna pen yg paling sedap utk menulis. Sy sediakan pencil box khas utk imtihan. Dalam tu wajib ada beberapa pen hitam dan biru, pensel, pembaris, pemadam dan liquid paper. Sy tengok pelajar arab hanya bawa sebatang atau dua batang pen shj. Hasilnya kertas jawapan mereka penuh dgn garis panjang potong sana sini, tenyeh banyak2 dgn dakwat pen utk tutup kesalahan perkataan. Comot! 
  • Melukis carta, jadual, diagram menyokong isi. Setiap soalan seboleh yg mungkin sy akan datangkan carta khas masing2. Sebab tu sy siap bawa pensel dan pembaris serta pemadam. Mesti diorg ingat sy nak melukis. Keh3. Memang betul, sy melukis ketika imtihan. Melukis carta dan jadual!
  • Menyediakan contoh2 selagi boleh utk menyokong bahawa kita bukan sekadar teori semata2.
  • Berazam menulis dgn kemas dan mengelakkan daripada kesilapan bahasa dan ejaan.
Ketika imtihan:
  • Merangka jawapan di kertas soalan sebelum mula menulis. Sy akan tulis secara ringkas point2 penting di tepi setiap soalan dari A to Z. Ini bagi memastikan otak sy xlupa point penting yg sepatutnya ditulis nanti. Biasanya otak kita akan penat selepas sejam menulis. Kadang2 bila kita berpindah kepada soalan seterusnya otak kita xmampu mengingati point2 yg perlu diisi akibat letih. Jadi boleh rujuk semula point ringkas yg telah ditulis di tepi soalan yg sy buat ketika mula2 dpt kertas soalan. Proses ini umpama memahami kehendak setiap soalan secara umum sebelum mula menulis.
  • Mengira jumlah soalan besar dan anak2nya (cabang). Tujuannya utk sy bahagikan jumlah soalan dgn kertas jawapan nanti. Seboleh mungkin sy akan elak menulis jawapan bagi dua soalan besar dalam halaman yg sama. Kalau boleh setiap soalan ada halaman masing2 dan tidak berkongsi dengan soalan yg lain. Sy xsukakan kertas yg comot.
  • Menulis nama dgn lengkap, nama madah dan apa2 makumat dgn kemas pada kertas jawapan. 
  • Melukis carta dan memberi contoh.
  • Bertenang dan pastikan tulisan sentiasa kemas walaupun mungkin tidak lawa. Perlu menulis di bawah minda sedar.
  • Alert dgn masa. Sentiasa tengok jam utk pastikan sy xmenggunakan masa yg lama utk satu2 soalan. Biasanya sy akan target beberapa minit utk sesebuah soalan. Sekiranya masa yg diperuntukkan sudah terlebih sy akan tinggalkan sedikit ruang kosong untuk soalan tersebut dan mula menjawab soalan lain. Kadang2 sy sempat tambah jawapan dan kadang2 sy biarkan sj ruang kosong tu sbb buntu xingat apa sbrnya sy nak tambah di situ. Lagi2bila masa dh nak abis langsung buntu. Keh2. 
2.      Tulis jawapan dgn tujuan untuk kita persembahkan kpd pemeriksa. Letakkan diri kita sebagai pemeriksa itu paling terbaik. Automatik kita akan berhati2 ketika menjawab dan cb menulis sekemas yg boleh dan semudah yg boleh utk pemeriksa baca. Macam kita buat amal ibadat juga bila kita tahu adanya Allah yg memerhatikan kita dan malaikat yg mencatat amalan automatik kita akn berhati2 dlm setiap perbuatan & buat yg terbaik utk mendapat pahala di sisi Allah.

3.      Ketahui kehendak pensyarah sebagai pembuat soalan dan penyemak kertas kita. Xperlu tahu detail. Cukup kalau kita tahu yg doktor tu sukakan jawapan yg detail dan isi yg diambil dari nota dia maka kita perlu baca sebaik mungkin nota2 dari kelasnya walaupun ada berlambak lagi point yg mungkin lebih relevan dari sumber lain. Atau pun kita tahu doktor sukakan tulisan yg kemas maka kita kena jaga sebaik mungkin tulisan ketika menjawab. Ada setengah doktor suka dgn contoh2 yg bernas maka dalam imtihan amik hati dia dgn menulis sebanyak mungkin contoh yg bernas walaupun xdiminta!

4.   Teruskan solat hajat dan berdoa. Bernazar perkara yg baik sekiranya mampu untuk melaksanakannya.

Jangan ingat tips membaca untuk imtihan saje yg penting. Tips menjawab imtihan juga sangat penting. Macam dr. ayasiroh cakap tadi, sume pelajar tahu dan faham, tapi tak ramai yg dapat menyampaikan apa yg difahami dgn cara yg sistematik, kemas dan teratur. Walhal yg sebenar2nya apa yg diinginkan dari imtihan bukan sekadar maklumat betul dan salah tapi penyampaian dan pengisian yg tersusun kerana ia menggambarkan cara pelajar berfikir dan menyusun ilmu pengetahuannya secara sistematik dan berdisiplin. Itu maksud sebenar2nya manusia yg terpelajar. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...