Sunday, 30 August 2026

Tak suka orang banyak cakap, banyak cadang..

42 tahun hidup, ada prinsip baru yang mula menumbuh dalam diri iaitu jangan banyak bercakap. Buat dulu baru bercakap.

Jadi jemu tengok orang banyak bercakap tapi tak buat. Banyak tulis di media sosial tapi diri sendiri pun ada isu. Pepatah kata cakap tak serupa bikin.

Ramai orang sekeliling yang kita jumpa suka bercakap tapi bila tengok praktikalnya jauh panggang dari api. 

Ramai juga yang kita jumpa tak suka bercakap tapi praktikalnya bagus. 

Kalau jumpa orang suka bercakap dan asyik mencadang saje, saya akan senyap dan diam. Rasa bosan. Saya suka bukti fizikal dan  tak suka teori semata. Kata2 yang takde hala tuju adalah angan2. كلام هواء. 

Jadi sekarang saya pun kena kurangkan bercakap. Sebab takut orang pun bosan macam saya. 

Menu hari ni, sizzling homemade yg bau kedai, tapi rasa rumah.. 

Minta maaflah abe (suami) sebab harapannya setinggi langit. Tapi rasanya humble sekali kihkoh. Bau kedai dah kata suami, tapi bila rasa ermmm kehkoh.

Ni pula sangat jadi. Pulut durian santan.. 

Tak puas makan di rumah kti semalam, hari ni buat sendiri. Beli durian di sekitar kampung RM50 dapat 5 butir. Puas hati isi kuning Alhamdulillah. 






Kenduri adik lelaki 22 Ogos 2026

Adik ke-6..

Alhamdulillah. Berjodoh dengan orang Gombak. 

Lancar semuanya. 

Menu pantai barat. Agak kurang pada lidah dan tekak saya. Tapi dessert dan laksa penang sedapnya. 

Bawak anak2 ke Ikea bersama anak saudara Ahad baru ni. Ramainya orang semata nak beli karipap. Mujur laju barisan beratur. 

Masa balik semalam singgah beli makanan2 arab. 3 kedai saya pergi beli makanan. Qasar balqis, taj hadramaut dan shafi syawarma. Paling sedap taj hadramaut nasi madghoutnya. Makan dalam kereta sahaja..

Ini homestay adik tempahkan. Cantik. Homestay  1milik masjid al-khairiyah..
Tak ambil pula gambar rumah sewa baru adik. Sempat bermalam 1 malam lepas kenduri. 

Kenduri Student di Kelantan dan jamuan kesyukuran kawan

Berturut makan kenduri Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan tidak balik Kelantan, akhirnya pulang jua Sabtu baru ni. Ada kenduri student dan esoknya ke jamuan kesyukuran k. Ti dan keluarga..

Hotel khalifa inn, selesa sungguh rupanya RM160 untuk 1 malam.. 


Ada peti ais, mesin basuh dan dapur kecil. 

Hotel dekat dengan nasi ulam cikgu. Sebelum balik makan dulu di sini. Anak2 pun suka.. RM46
Kenduri kesyukuran k. Ti dan keluarga sempena maulidur rasul.. 

Seronok betul tengok pulut durian.

Kedai tongmo kami selalu singgah kalau ke Kelantan. Berpindah tempat baru.. 
Singgah rumah sepupu suami dan makcik.. 
Singgah ziarah rumah adik suami...

Baru ni servis expander 70000km kosnya RM270. 

Sunday, 16 August 2026

Kali pertama check up

Sejak naik double line upt, hati rasa gusar dan gundah gulana. Rasa takut menghadapi saat susah check up di klinik, saat melahirkan dan selepas. Takut anak sindrom down (nauzubillah) & macam2 lagi.

Kali pertama ke umc bertemu Dr Malini.. 

Nampak kantung sahaja. Janin tidak jelas. Lagi dua minggu bertemu.

Hari ni takde mood makan nasi. Tapi waktu petang balik dari kerja rasa nak makan ikan bakar. Pusing merata kami mencari kedai. Akhirnya di sini sekitar Tok Jiring sebelah Petronas.. 

MashaAllah puas hati. Sedap semuanya. RM76 sungguh berbaloi Alhamdulillah. Bamboo village nama kedai kalau tak silap.


Wednesday, 12 August 2026

Happy Birthday Halaa..

Yang ke enam tahun..

Makan di woodfire. 

Beli kek di secret recipe.. 

Semoga membesar jadi orang yng cemerlang dunia dan akhirat. Amiin ya Allah. 

Tuesday, 4 August 2026

Ayam pak gendut dengan suami..

Kali kedua makan di luar dengan suami setelah kejadian patah kaki April lalu.. 

Walaupun sedikit slow dan terencut tapi sudah tidak memerlukan tongkat Alhamdulillah. 

Ini pula belanja Kin makan sempena besdaynya 30 Julai baru ni. Sekali sekala.. 


Sunday, 2 August 2026

Potong rumput


Gotong royong semalam potong rumput yang sudah panjang. 
Suami potong sambil duduk sekali sekala memandangkan kaki belum kuat.