Thursday 28 September 2023

Minor renovation 2023..

Cuti maulidur Rasul kami tidak ke mana-mana kerana sudah setting masa dengan tukang untuk reno dapur pagi esok inshaAllah.

Plan nak pecah tembok asal dapur lama yang menyambung ke dapur baru. Kemas dan kosongkan ruang yang perlu untuk memudahkan proses pecah dinding..


Dinding yang bakal dipecah..
Ruang dapur baru di sebelah sana. Masih belun rupa dapur idaman huhu..

Estimate siap dalam masa 4 hari InshaAllah.. permudahkanlah urusan kami ya Allah untuk ketenangan dan kebahagiaan seisi rumah. 

Pagi ini 29/9/2023

Tutup dengan plastik untuk elak habuk seoptimum yang boleh...


Sunday 24 September 2023

Kek choclate au lite..kek besday terkumpul kami..

Ini antara kek feveret kami sekeluarga.
Memandangkan tahun ini belum ada kek untuk sambutan besday saya dan suami, jadi saya kumpulkan hari ini..


Baru berbaloi. Hari betul-betul rasa nak makan baru beli. Hari besday kadang tak teringin nak makan tapi beli juga akhirnya jadi membazir. 

Harga untuk kek ni RM78 sebiji. Sangat berbaloi dengan harga dan rasa. Rasa premium coklat. Baru beberapa jam dah tinggal separuh kek ni dimakan anak beranak haha.

Next kek lain pula. Pemanis mulutacam kek ni sekali sekala sy akan beli untuk kepelbagaian rasa. Biar ada kelainan pada menu seisi keluarga. 

Thursday 21 September 2023

Birthday suami dan emak 2023..

Tahun ni ialah tahun yang agak lesu bagi saya. Sambutan hari lahir anak2 dan keluarga biasa sahaja. Kali ni untuk suami hanya ucapan kad dan cabutan bertuah haha..

Kelakarnya suami cabut dapat wang tunai RM100 tapi nak request cabutan paling mahal. Hahaha. Tapi sebab tak puas hati tak dapat yang dihajati maka kami anak beranak buat cabutan. Lucunya saya, lubna dan halaa cabut dapat telefon bimbit RM1000. Dan Alyan cabut dapat secret recipe. Maka decide xpelah handset baru untuk walid. Tambah lagi handsetnya dah rosak banyak dan retak pulak skrin gara2 anak bongsu. 

Untuk mak pula tadi kami adik beradik pakat adhoc transfer duit sikit sorang dan beli kain dan kek..

Ringkas saje tahun ini. Hanya saya dan kakak sekeluarga yang ada memandangkan kami yang dekat. Adik beradik yang lain jauh dari Terengganu.

Semoga Allah berkati emak dan suami kehidupan di dunia dan akhirat. Awa sayangggg mak dan abang.

Ok, ini makan baru ni di kedai nasi ayam yunan tok jembal..rasa sedap tapi sedap lagi nasi di batu burok..
Harga sepinggan nasi ayam tauge RM9.

Ini pula bengkel audit Mauritius baru ni...makan2 wajib ada...
Bengkel buku...

Bermalam di rumah kakak baru ni di Dungun..bawa anak jalan2 main sgn sepupu..

Sedapnya nasi lemak kakak wangi serai semerbak...


Picnic..

Masak sup daging minggu lepas saat rajin...
Susah nk masak sekarang sebab malas yang amat. Harap lepas reno dapur jadi semangat semula. Nak pecah tembok sikit InshaAllah.


Sunday 17 September 2023

Tamat jawatan KPPBA 15 September 2023

Alhamdulillah..kenangan pahit dan manis sebagai KPPBA sepanjang dia tahun September 2021-2023..

Mesyuarat terakhir...



Selesai mesyuarat terakhir saya bersama rakan jabatan.. alhamdulillah..


Pakat dengan Dr Fauzi untuk jamu rakan-rakan jabatan sempena kesyukuran saya tamat jawatan dan fauzi post doc. Alhamdulillah nikmatnya tengok gambar-gambar ni.

Friday 15 September 2023

K.Zan belanja tim semakan BAS...

Alhamdulillah.. seronoknya makan sama2 dan dibelanja pulak tu hihi..Cofee house tak silap nama cafe..

Petangnya terserempak k.Zan di KTCC haha..anak2 berhenti mewarna sekejap di honda showroom..anak k.Zan mewarna sekejap...


Ok, ini lunch tadi..

Saturday 9 September 2023

Nasi ayam Yunan, Batu Burok

Keluar dari amik anak kelas KAFA terus ke kedai RM2 dan adhoc plan makan di kedai nasi ayam legend ..

Suami yang perkenalkan tempat ni masa mula-mula kahwin dulu. Sedap sungguh. Bukan senang saya nak suka nasi ayam kedai.

Harga makin naik, sepinggan lengkap dah jadi RM9. Kalau amik sayur campur kailan & tauge RM12 sepinggan sayur asing. Tauge dia memang sedappp. 9 🌟 untuk rasa dan kurang satu sebab cili sambal kurang pedas.

Alhamdulillah, nikmat Tuhan yang sering dilupakan. 

Friday 8 September 2023

Mencari durian di Besut...

Petang semalam...
Antara hasil tangkapan...


Petai besar matanya RM5 seikat. Suka hati. Bendi seplastik besar RM6. Manggis RM10. Durian RM5 sekilo beli RM45 + RM20 setompok dapat dalam 26 biji saiz kecil dan sederhana. Alhamdulillah.

Ini baki durian yang kirim dengan mak baru ni. RM50 untuk 18 biji..sedap sungguh..

Ini jamuan rakyat sambil menderma di MTT. Gulai di sini dan di Masjid Rusila memang legend..

Tuesday 5 September 2023

Food court KTCC

Petang ni di sini pula sebab teringin makan mee celup san nasi putih sup daging ..

Menu dari 3 kedai berbeza. Alhamdulillah kenyang menyandar. Tak kenapa lately rasa nak masak makin pudar.

Marshima seafood..

Ini kali ketiga rasanya makan di sini. Cuba try set nasi pula kali ni...



Servis laju sungguh. Sekejap je menunggu siap dah belaka. Ambil set A RM57. Nasi putih dan air teh jug banyak sungguh. Alhamdulillah. Cuma agak muak sebab kami ambil namprik pau.

Midah dan Amni ajak makan durian di rumah..kemain picnic sekali dgn pakej nasi lemak..sedap sungguh..


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...